ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 11 June 2015

RAMADAN SEPATUTNYA LEBIH SEPI

Seorang siak masjid saya bertanya, "Tak niaga dipasar ramadan tahun ini?." Jawabnya, "Saya rugi banyak tahun lalu, bukan rugi duit tapi rugi peluang yg Allah beri. rugi kerana menolong orang memuas nafsu makan."
Jom kita ulas sikit jawapan ini.
Ada yg melihat ramadan sebagai pintu rezeki sedangkan nabi tidak menyebut sedemikian dan tidak menyuruh kita merebut rezeki yg kononnya melimpah di ramadan. Berapa ramai orang sibuk nak buka pasar ramadan, nak niaga itu ini, fikir makanan yg unik yg dibulan lain pun tak dijual. Bulan ramadan baru nak niaga, bulan lain tidak pula.
Benar... Berniaga itu sunnah tetapi niaga yg cenderung ke arah merosak amal kebajikan, dgn mengambil kesempatan atas nafsu dan memancing nafsu makan dari orang berpuasa, dirasakan kurang elok. Bukankah sepatutnya kita bersama mengekang nafsu. Kenapa bila ramadan baru nak makan itu ini, nak meronda pasar ramadan, sedangkan waktu bulan lain tidak demikian. Itu bukti pengunjung pasar ramadan adalah penurut hawa nafsu dan penjualnya mengambil kesempatan untuk keuntungan dan menyumbang ke arah meruntuhkan ibadat seseorang.
Ramadan sepatutnya menjadi bulan rehat dari merebut dunia dan menumpukan kpd pelbagai ibadat.... Puasa itu satu ibadat mengekang hawa nafsu. Makan sepatutnya dikurangkan quantitinya, dikurangkan jenisnya sbg bukti menentang hawa nafsu, bukan melayannya dgn berbagai juadah.
Ada yg melihat ramadan sebagai bulan perayaan. Bergelutlah dgn baju raya, perabut baru, kuih raya dsbnya sedangkan semua perkara ini tidak diberi penekanan oleh nabi. Diserata pejabat, orang dah sibuk tempah kuih raya, telah ada yg meronda mencari baju raya, telah diperuntukan duit utk sambut raya. Hakikatnya bukan raya yg nabi suruh disambut, tetapi mengimarahkan bulan ramadan dgn ibadat siang dan malam... itu yg disuruh.
Ramadan melatih diri selama sebulan utk belajar beristiqamah dgn ibadat. Peruntukanlah wang utk sedekah jariah, memberi makanan berbuka, mengkhatam al-quran, menghidupkan malam dsbnya.
Jangan rosakkan ramadan dgn budaya yg bercanggah spt Membakar mercun, bunga api, meriam karbait bahkan memasang lampu dan pelita yg berlebihan dgn fahaman yg bercanggah. Ia memcemar kesucian ramadan.
Nabi SAW tidak pernah berbuat demikian. Budaya mercun dan meriam adalah budaya Cina utk menghalau hantu, Budaya pasang pelita adalah mirip Hindu.
Ramadan sepatutnya SUNYI daripada perkara perkara yang bersangkutan dgn hawa nafsu kerana orang beribadat di masjid, surau dan di rumah... bukannya meriah dgn letupan, bunga api.
Ramadan sepatutnya bulan yg emosional kerana kita dituntut beribadat, menghisab diri, memohon ampun dsbnya.
Hari raya bukan disambut dg nyanyian tetapi disambut dgn pujian kpd Allah.
Jika nak sambut hari jadi, jika nak kenduri sambut menantu, jika nak kenduri cukur jambul, kita sudah bersiap berminggu minggu sebelum itu. Apakah ramadan yg merupakan bulan rahmat kita tidak mahu bersedia menyambutnya. Bahkan Nabi SAW bersabda yg bermaksud akan datang kpd kamu ramadan. Ucapkankah selamat datang kpdnya.
Buktikan anda bersedia menyambut ramadan dan ramadan tahun ini akan lebih sepi kerana kita sibuk dg ibadat.
MARHABAN YA RAMADAN!


No comments:

Post a Comment