ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 9 September 2014

2014 : JOHOR - PONTIAN, TG. PIAI & SEDENAK

Pada 5 September 2014 (Jumaat), kami dari Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah bertolak ke Pontian, Johor pada jam 10.00 pagi. 
Perjalanan dari Pejabat Kami di Yayasan Jantung Malaysia di Jalan Semarak Kuala Lumpur ke Pontian Johor adalah sejauh 319 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 3 jam 21 minit. 
Tujuan kami ke Pontian adalah untuk Program "Go Red For Women" yang akan berlansung di SJK (Cina) Cheow Min di Daerah Pontian, Johor. 


SJK (CINA) CHEOW MIN, PONTIAN, JOHOR




SJK (Cina) Cheow Min terletak berhampiran dengan bandar Pontian, Johor. Sekolah ini telah dirasmikan pada tahun 1951 oleh Ketua Polis Daerah Pontian ketika itu Encik B.G. Griffin. Guru Besar pertama sekolah ini adalah Encik Goh Lim. 

PONTIAN , JOHOR
Bandar Pontian terletak kira-kira 62 km dari Johor Bahru. Ibu Daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Majoriti penduduk Pontian ialah kaum Melayu yang berketurunan Melayu, Bugis dan Jawa. Manakala masyarakat Cina di Pontian kebanyakannya adalah dari keturunan TeoChew. 
Pontian boleh dihubungi melalui Lebuh raya Utara selatan. Pegunjung dari arah utara boleh menggunakan susur keluar Tol Simpang Renggam ataupun susur keluar Tol Sedenak untuk ke Pontian. Pontian tidak mempunyai perkhidmatan kereta api tetapi boleh berbuat demikian dengan menggunakan stesen terdekat KTM Kulai untuk berbuat demikian.

Hotel Pontian, dimana kami menginap sepanjang program berjalan. 

Berehat sebentar setelah penat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pontian

Hotel kami menginap terletak berhampiran dengan laut.. satu pemandangan yang sangat indah. 
 



Medan Selera yang terletak tidak jauh dari Hotel kami... di sini kami makan malam sambil menikmati keindahan laut yang luas terbentang...
Pontian amat terkenal dengan berbagai jenis makanan Laut. Kebanyakan pengunjung yang datang ke Pontian terutama pengunjung dari Singapura akan menuju ke daerah Kukup, sebuah perkampungan Nelayan yang terletak lebih kurang 20 km dari Pontian Kechil. 
Antara tempat yang menarik di Pontian Pulau Kukup dan juga Tanjung Piai. 

TANJUNG PIAI, JOHOR



Disini kami makan malam ... di penghujung benua Asia



Tanjung Piai adalah merupakan sebuah kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Malaysia. Ia adalah merupakan tanah paling selatan di benua Asia (penghujung Benua Asia). Tg Piai terletak dalam Mukim Kukup, daerah Pontian, Johor. 
Tanjung Piai dinamakan sempena pokok bijiran tempatan yang dikenali sebagai 'Paku Piai', iaitu sejenis tumbuhan bijiran yang boleh hidup di kawasan yang masin. 

RINDU SEORANG BEKAS PELAUT
Dikala petang, kami akan bersiar-siar di persisiran pantai yang terletak tidak jauh hari hotel penginapan kami. Merenung laut yang luas terbentang mengimbau kembali kenangan silam ketika aku menjadi pelaut dulu....  macam tak percaya yang aku pernah melayari lautan yang luas ini suatu ketika dulu.... Rindu seorang pelaut..... 
 



SEDENAK, JOHOR
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada 7 September 2014, kami singgah sebentar di Sedenak , Johor untuk membeli Nenas sebagai ole-ole dari Pontian. Pemandangan yang indah memang cukup mendamaikan hati ... namun Pontian terpaksa kami tinggalkan .... 



Dengan Van ini kami telah menjelajah ke seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia...




Beginilah gelagat teman-teman ku yang selalunya menghiburkan ketika menempuh perjalanan jauh....




PONTIAN.... In sya Allah kami akan kembali lagi suatu hari nanti.....


Zulheimy Maamor
YJM
9.9.2014

No comments:

Post a Comment