Saturday, 6 September 2014

GO RED FOR WOMEN 2014 - PONTIAN JOHOR

Tarikh: 6 September 2014
Tempat : SJK (Cina) Cheow Min, Pontian, Johor

Kempen "Go Red For Women" kali ini diadakan di Dewan SRK (Cina) Cheow Min di Daerah Pontian, Johor. Kempen kali ini adalah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Negeri Johor dengan bantuan jururawat-jururawat dari Hospital Pontian. 
Berbagai acara dijalankan diantaranya termasuk Pemeriksaan Kesihatan, Senamrobik, Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak, Latihan CPR dan lain-lain. 
Seramai 92 orang penduduk berhampiran telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan oleh Yayasan Jantung Malaysia. 






Kempen ini telah dirasmikan oleh Encik Rajali bin Hj Mudin, Pengarah JPNIN Johor manakala YJM diwakili oleh Puan Ainon Hj Kuntom, Pengarah Go Red for Women , Yayasan Jantung Malaysia. 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

SENAMROBIK






PEMERIKSAAN KESIHATAN



LAIN-LAIN ACARA




Kempen ini berakhir pada jam 2.00 petang. 
Selesai kempen dan mengemas barang-barang, kami pulang ke hotel untuk beristirehat dan akan pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya. 

Zulheimy Maamor
YJM
9.9.2014

No comments: