ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 3 July 2014

Felixia Yeap, Bekas Model Playboy Memeluk Islam. Nama Islamnya Adalah....




Semenjak Felixia Yeap membuat keputusan untuk berhijab, pelbagai reaksi dari masyarakat baik dari yang Muslim mahupun yang bukan Muslim. Ada di kalangan bukan Muslim yang memberikan sokongan dan tidak kurang juga yang memandang sinis perubahannya dari seorang model Playboy kepada berhijab.



Begitu juga dengan masyarakat Muslim di mana ada yang memberikan sokongan tetapi tidak kurang juga yang kononnya 'MENGATAL ISLAMIK' (sorry, tiada istilah gatal Islamik) dengan mengajaknya kahwin, comellah dia dan sebagainya... Geli membaca pak serban pak janggut dan mereka yang bergelar Muslim bersikap gedik sedemikian rupa. Ada di kalangan masyarakat yang meminta saya mahupun NGO kami iaitu Multiracial Reverted Muslims berhubung dengan beliau untuk membimbing beliau namun itu persoalan kedua yang kita nak bincangkan saat ini.



Namun harus difahami bahawa penulisan ini bukanlah untuk membelanya mahupun mengkritiknya tetapi sesuatu yang saya dapati amat menarik adalah komen dari sesetengah golongan bukan Muslim terhadap pengumumannya untuk memeluk Islam pada 3hb Julai 2014. Ada yang mengatakan beliau sebagai attention seeker dan ingin berkahwin dengan Dato mahupun Tan Sri tetapi mereka gagal melihat dari segi kerohanian. Adakah mereka yang mengkritiknya memeluk Islam untuk berkahwin dengan Dato mahupun Tan Sri terlupa bahawa beliau mampu berkahwin dengan jutawan bukan Muslim di luar sana tanpa perlu berhijab dan memeluk Islam?



Adakah beliau attention seeker? Mungkin ya mungkin tidak tetapi andai beliau adalah attention seeker, adakah ada cemburu dengan beliau kerana mampu menarik perhatian ramai dan anda gagal? Itu adalah kejayaan bagi beliau dan andai beliau rimas dengan perhatian maka beliau sendiri perlu bermuhasabah adakah tindakannya sendiri yang mengundang tekanan yang tidak diperlukan...



Kepada anda yang bukan Muslim yang sering mengkritik Felixia Yeap mahupun apa jua yang berkaitan dengan Islam, saya sarankan agar anda untuk meihat dari perspektif yang berbeza kenapa dan apa yang mendorong beliau untuk berubah... Dari seorang model Playboy yang menikmati kehidupan bebas, memakai pakaian yang menjolok mata dan mampu melakukan apa yang beliau suka tanpa risau akan dosa, FIKIRKAN mengapa beliau berubah dan memilih Islam dan bukannya agama lain? Usahlah anda menjadi keyboard warrior yang pandai menaip di hadapan komputer tetapi cetek ilmu agama yang anda anuti... Setidak-tidaknya, Felixia Yeap yang anda kritik itu tahu mengapa beliau memeluk Islam dan kenal agama Islam.. Bagaimana pula pengetahuan anda tentang agama yang dianuti oleh anda ataupun ikut-ikutan tanpa pernah membaca kitab agama anda?



Kepada Muslim yang gedik, jagalah akhlak anda.. Jikalau tidak mahu berdakwah mengajak bukan Muslim memeluk Islam, jangan pula menjauhkan mereka dengan perangai buruk anda... Berdakwah tak nak tapi kahwin dengan muallaf nak...



Sesiapa yang terasa pedas dengan penulisan ini, Alhamdulilah tetapi jikalau tidak terasa, mohon terasa... Selamat berpuasa dan selama kembali kepada Islam buat Felixia Yeap... Ya, kembali kepada Islam.... Lihat video di bawah untuk penjelasan... Nama Islam Felixia YEap adalah Felixia Yeap Chin Yee... Adakah perlu menukar nama apabila memeluk Islam? Sila baca artikel Apa nama Islam kamu? Wajib ke tukar nama bila memeluk Islam?


Copied: 3.7.2014


No comments:

Post a Comment