ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 15 April 2012

2012 : KG. TITI TERAS, BALIK PULAU, PULAU PINANG

Lokasi: Kg. Titi Teras, Balik Pulau Pinang
Tarikh: 15 April 2012




Yayasan Jantung Malaysia kali ini telah di undang untuk menyertai Karnival Sihat Sepanjang Hayat bersempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2012 yang bertempat di Perkarangan Masjid An Nur, Kg.Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang. 
Seramai 100 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan sepanjang hari. 

BALIK PULAU


Balik Pulau merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah barat daya Pulau Pinang, Malaysia. Balik Pulau terkenal dengan buah durian dan buah pala ditanam oleh peladang Cina dan orang Melayu. Durian di sini sedap dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan rendah di atas pokok. Balik Pulau juga terkenal sebagai "The Village Behind The Island". Ini kerana ia juga merupakan namanya jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26 Disember 2004


Terdapat satu lokasi yang sama taraf kepopularannya dengan durian iaitu Pantai Pasir Panjang. Pantai ini menerima tempias ombak tsunami pada 2004. Kem Pusat Latihan Khidmat Negara White House turut terdapat di sini. Resort ini menjadi pusat latihan kepada pelajar selepas menamatkan alam persekolahan.






PROGRAM KESIHATAN














GELUGOR, PENANG
Kami menginap di Anggerik Lodging yang terletak di Jalan Hilir Pemancar, Gelugor. 
Gelugor adalah sebuah bandar di Georgetown, Pulau Pinang. Bandar ini dinamakan sempena sejenis pokok asam yang dinamakan "Asam Gelugor" .





Anggerik Lodging
351, Hilir Pemancar
Taman Tun Sardon
11700 Gelugor
Penang
Tel: 04-658 3760


Semasa di Gelugor inilah aku telah berpeluang bertemu dengan sahabat lama semasa berkhidmat dengan Tentera Laut iaitu Osman Desa dan Mohd Najib. Osman Desa pernah berkhidmat satu kapal dengan aku iaitu KD Ganas berpengkalan di Woodlands, Singapura pada tahun 1981, manakala Mohd Najid pernah bertugas bersama di KD Sri Rejang di Sibu Sarawak pada tahun 1983/84. 
 Osman Desa pernah berkhidmat bersama di KD Ganas di Woodlands, 
Singapura pada tahun 1981.
JAMBATAN PULAU PINANG

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang diLebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang PeraiKerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Ini adalah kali pertama aku melalui Jambatan Pulau Pinang, walaupun semasa dalam Tentera Laut dulu aku selalu mengunjungi Pulau Pinang, tetapi ketika itu menggunakan perkhidmatan Feri. 





Peta Perjalanan dari Anggerik Lodging, Gelugor ke Fair Park Hotel di Ipoh sejauh 151 km (1 jam 42 min)

FAIR PARK HOTEL , IPOH , PERAK
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Ipoh, Perak dan bermalam di Fair Park Hotel kerna kami akan menghadiri mesyuarat di AEON Kinta City keesokan harinya. 


Fair Park Hotel
No.85 Jalan Kamaruddin Isa
31400 Ipoh, Perak
Tel: 05-548 8666
Fax: 05-545 4988
Email: contact@fairparthotel.com







Zulheimy Maamor
14.10.2013

No comments:

Post a Comment