ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 5 July 2013

TIGA KALI AMIN RASULULLAH SAW

TAZKIRAH 4 RAMADAN 1433H

Tarikh: 24 Julai 2012
Tempat: Surau At Taqwa, Lembah Keramat KL
Penceramah: Ustaz Mohd Saifuddin Abd Fatah

Tazkirah Ramadan di surau At Taqwa Lembah Keramat KL malam ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Saifuddin. Antara intisari tazkirah beliau yang patut kita ambil iktibar ialah petikan dari sebuah hadis Daripada Abu Hurairah RA katanya:
“Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “
Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang mendapati Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan menjauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”

** Bulan Ramadan adalah bulan Pengampunan, namun masih ada segelintir dari kita yang masih melakukan kemungkaran di bulan yang mulia ini.. maka inilah yang telah di aminkan oleh Baginda Rasulullah saw … semoga kita tidak termasuk ke dalam golongan yang tersebut di dalam hadis itu…

Berpuasa dengan bersahur adalah sunnah yang dituntut. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya:

“Sesungguhnya bersahur itu mempunyai keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun dengan seteguk air, kerana Allah dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.”
[An Nail hal. 302 dalam Pedoman Puasa]


5.7.2013
12.30 AM

No comments:

Post a Comment