ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 4 July 2013

TAZKIRAH 1 RAMADAN 1433H

TAZKIRAH 1 RAMADAN 1433H
Tarikh: 21 Julai 2012
Tempat: Surai At Taqwa, Lembah Keramat KL
Penceramah: Ustaz Mohd Qori


Tazkirah Ramadan malam ini di Surau At Taqwa, Lembah Keramat KL oleh Ustaz Mohd Qori ialah mengenai amalan-amalan di bulan Ramadan. Antara intisari ceramah beliau ialah :

a. Mengenai pahala ibadat sunat yang dilakukan di bulan Ramadan diberi balasan pahala fardhu dan amalan fardhu diberi balasan 70 kali ganda. 
b. Barangsiapa yang member makan (berbuka puasa) kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekan hamba dan diampunkan dosanya. 
c. Setiap Muslim yang hadir dalam majlis Zikir dan majlis Ilmu di bulan Ramadan ditulis tiap langkahnya ibadat setahun. 
d. Jemaah dinasihatkan agar bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat di sepanjang bulan Ramadan agar dapat meraih malam Lailatul qadar kerana ibadat pada malam itu lebih baik daripada ibadat 1000 bulan. 
e. Meningkatkan amalan dengan berjaga malam dan beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan bukannya sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti yang berlaku di Negara kita ini.


Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :


a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


22 Julai 2012 – Surau At Taqwa , Lembah Keramat, KL

No comments:

Post a Comment