ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 7 July 2013

TAZKIRAH 16 RAMADAN 1433H

Tazkirah Ramadan – 16 Ramadan di Surau At Taqwa, Lembah Keramat KL
Penceramah: Uztaz Hj Osman Daud

Intisari Ceramah: Hari Pembalasan di Padang Masyhar. 
Dinyatakan bahawa ada 3 golongan yang masuk syurga tanpa hisab:
1. Mereka yang sentiasa memuji Allah ketika senang atau pun ketika susah.
2. mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud
3. mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”

Tazkirah Ramadan:
4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan.
1. Mengucapkan Istighgar – Astaghfirullahalazim
2. Memperbanyakkan ucapan Syahadan
3. Berdoa meminta Syurga
4. Memohon keredhaan Allah
(Hadis Riwayat Al Baihaqi)

Doa yang paling baik dibaca :
Allahumma inni as'alukal-Jannah, wa a'udhu bika min an-naar. 

Ya Allah, berikanlah kami redha-Mu dan Syurga serta jauhkanlah kami daripada neraka.

Didalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda “sampaikanlah walau satu ayat”. Kita tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam menyampaikan da’wah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam Qur’an, kita boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat.

Setiap perkara yang dilakukan mesti ada ganjaran atau keuntungan. Allah swt mengajak kita berniaga denganNya dalam Surah As-Saff 61:10-11 “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu”.

Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai da’wah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi.
 

Facebook adalah cara terbaik untuk menarik lebih ramai orang untuk mendalami agama. Cuma yang dikesalkan ialah ada orang tertentu yang suka mempolitikkan usaha kita untuk menyebarkan dakwah…. Terutama yang melibatkan hukum hudud atau yang menyentuh tokoh tokoh agama atau ulama… sehingga ada yang tergamak memperlekehkan dan mempersendakan ulama…



 Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
7 Julai 2013 - 12.39 am

No comments:

Post a Comment