ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 2 June 2013

RENUNGAN & KATA-KATA HIKMAH


"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah dia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi dari bergaul dengan orang yang bodoh, membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu."

(Imam Syafie r.h. dalam kitab Syarah Mazhaf (Jil. 1 ms. 31)


Sifat sabar itu terbahagi kepada 3:

1. Bersabar dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT
2. Bersabar untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT
3. Bersabar dalam menghadapi Qada dan Qadar Allah SWT.
(Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin)



Ada 3 kelompok manusia yang tidak mendapat hidayah Allah SWT seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran:

1. Orang Kafir (Surah An-Nahl :107)
2. Orang yang fasik (Surah al-Maidah: 108)
3. Orang-orang yang zalim (Surah al-Baqarah: 258)



Hidayah itu hadir bagaikan matahari. Jika pintunya dibuka, maka teranglah hatinya. Namun, jika ianya tertutup, maka berdoa dan berusahalah untuk membuka jendela hati agar karektor diri itu dapat dibangunkan. 

(Aa Gym)


Antara cara memperolehi akhlak yang mulia adalah melalui persahabatan dengan orang-orang yang bertakwa dan 'alim ulama' serta mereka yang mempunyai akhlak yang terpuji dan menjauhkan diri dari orang-orang jahat yang memiliki perangai buruk dan keji. 

(Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam An-Nawawi)


Imam al-Ghazali ada berkata : 

"Kalau kamu tidak boleh (belum mampu) bangun untuk solat Tahajud malam (amalan sunat), jangan buat dosa (haram) di siang hari. Kerana tidak ada gunanya berbakti kepada Allah di malam hari (tahajud) tetapi derhaka (buat perkara haram) di siang hari."


Mengikut Imam Ghazali, terdapat empat asas utama akhlak yang mulia:

Pertama : Kebijaksanaan yang dapat membezakan yang benar dan salah.
Kedua : Keberanian menahan atau mengarahkan kemarahan dengan menggunakkan akal.
Ketiga : Kebersihan jiwa bagi menahan keinginan syahwat dengan mendidiknya untuk tunduk kepada akal dan syarak.
Keempat : Keadilan iaitu kekuatan jiwa yang boleh mengatasi sifat marah dan keinginan syahwat lalu membimbingnya ke arah kebijaksanaan.



Dari Abu Musa r.a. Rasulullah SAW besabda yang bermaksud : “Perumpamaan orang yang berzikir dengan yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”

(Hadis Riwayat Bukhari)


Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” 
(Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13)



Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : "Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka." 

(Hadis Riwayat Tarmizi)


“Sesungguhnya pendakwah tidak sama seperti penceramah. Jika penceramah, tugasnya hanya berceramah. Manakala pendakwah, individu yang optimis dengan pemikirannya. Tugasnya menyampaikan risalah dakwah dengan penulisan, ucapan, perbualan biasa, segala kerja yang dibuat serta segala apa medium yang dirasakan bermanfaat untuk dakwah.”

(Syeikh al-Bahi al-Khauly - Tazkirah ad Du’at)


"Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Dan sekiranya kamu terpaksa bertemu, jangan memuji-muji mereka, kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah didurhakai di muka bumi. "

(Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin)


“Ilmu yang muktabar menurut syara’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka”.

(Imam Asy-Syatiby dalam kitab Al Muwafaqot)

Imam Nawawi berkata:

“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).


Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.
(Salman al Farisi/Az Zuhd, Imam Ahmad)

2.6.2013 - 1.10 AM

No comments:

Post a Comment