ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 3 June 2013

JANGAN.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.

Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Sumber: Facebook
3.6.2013

No comments:

Post a Comment