ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 10 April 2013

Awas Ulama Fasiq

Kebelakangan ini terlalu ramai para Ulama, Ustaz dan Ustazah yang timbul macam cendawan. Kebelakangan ini juga terlalu ramai umat Islam dikelirukan dengan bermacam-macam fatwa-fatwa sehingga menyebabkan umat Islam berpecah belah kerana ketaksuban kita terhadap mereka-mereka ini. Oleh itu sedarlah wahai Umat Islam bahawa mereka-mereka ini hanyalah anjing-anjing syaitan yang akan membawa kita ke neraka jahanam bersesuai dengan hadis Rasulullah SAW

Daripada Anas R.A berkata, bersabda Rasulullah SAW "kelak, di akhir zaman akan ada ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq" HR Ibnu 'Adi

Hari ini juga jelas bahawa ulama-ulama sebegini telah menggadaikan agama kerana dunia sepertimana yang terdapat pada hadis Rasulullah SAW

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW. Bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R. Tirmidzi


https://www.facebook.com/
Jamal Hj Abd Kadir
10.4.2013

No comments:

Post a Comment