Oleh: unclesams
“
Assalamua’laikum warahmatullah,
WAHAI SAUDARA SEAGAMA KU,
BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DI DALAM UCAPAN YANG DITERJEMAHKAN KE DALAM
BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN,
ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE
ARAH BALA YANG SAMA?
Saudara-saudari Islam,
berikut adalah ucapan seorang pelajar Islam, Najeeb Rahman di majlis “Charity
Lunch For Maluku” di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh
Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa
mahasiswa perubatan)
Bacalah. Agak panjang tapi
sangat menyentuh hati.
Segala puji bagi Allah Tuhan
seluruh alam semesta ini. Sejahtera ke atas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta
Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang
hadir. Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang
(massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar- gambar yang
mengerikan, mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang
dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh di lihat di internet.
Laporan bergambar yang
dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai pembunuhan- pembunuhan tersebut apabila
difikirkan boleh menitiskan airmata kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah
berlaku dan bukannya imaginasi seseorang. Saudara-saudari Muslim ku,
sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman ke atas kaum Muslimin yang terpencil.
Tragedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia di mana ratusan ribu
orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman “cuci bersih” ( ethnic cleansing)
oleh puak Kristian Serbs.
Begitu juga di Kosova dimana
puluhan ribu orang-orang Islam juga telah “dicuci bersih”, dibunuh; juga oleh
puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tidak berupaya untuk mempertahankan
diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh.
Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama,
berulang-ulang kali.
Mengapa kekejaman ini terus
menimpa umat Islam di merata dunia?
Kita boleh salahkan kekejaman
ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia , atau rancangan jahat
Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan
Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci bersih puak Kristian Serbs.
Tetapi adakah hanya ini SEBAB
MUSABAB YANG SEBENARNYA?
Dari pengalaman saya sebagai
Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat
kubur-kubur orang-orang Islam yang dibunuh ditanam beramai-ramai (mass graves),
mayat-mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga-keluarga terutamanya
kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah
hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang kuat tamparannya.
Dengan izin Allah SWT saya
telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren,
Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua
mereka adalah imam, begitu juga dengan datuk Navahi, juga seorang imam. Mereka
mesra dan baik hati. Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang, kami
telah berbual mengenai bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana
masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang
fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu
mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak
Kristian Serbs.
Antara perkara yang beliau
sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan membelakangkan
Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak tahu membaca Quran, telah lupakan
syahadah, dan zina serta meminum arak (bir) berleluasa dimerata pelusuk.
Hanya kaum tua sahaja yang
masih ke masjid. Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku
pembunuhan massacre kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana
telah melakukan syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang
alim (saints) yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti Kristian
melakukannya di dalam gereja).
Mereka mendakwa yang mereka
bukannya menyembah “keramat-keramat” tersebut tetapi menghampiri Allah
melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada
“inter-mediaries” atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik.
Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan
orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.
Di bandar Suhareka, satu lagi
bandar di mana pembunuhan secara massacre ke atas orang Islam telah juga
berlaku, penduduk bandar tersebut telah menggesa Bilal masjid supaya jangan
melaungkan azan Subuh untuk memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana azan
mengganggu tidur mereka. (Saya percaya ada dikalangan ummah kita yang sama
menaruh perasaan benci mendengar azan, atau mereka akan kelak memekakkan
telinga dan mengabaikan solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu
Subuh).
Di satu lagi bandar di
Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang
tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati
oleh puak Kristian Serbs dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua
sahaja yang ke masjid. Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami
telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana
memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid.
Benar kata mereka kerana
apabila kami sampai ke masjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan
rombongan medic kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang
mengedarkan Quran, seorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta
senaskah Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut
dikelilingi hutan )
Oleh yang demikian tidak
mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah. Setelah
membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami lihat kebanyakan pembunuhan
serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova
dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari
orang Islam. Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara-saudari Islam
kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan
iktibar di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
Seorang lelaki tua yang kami
temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta
kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku..Oleh
itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu. Navahi
juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey . Datok beliau kerap ke Turkey
kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negara Islam, walau pun
menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah golongan sekular yang ekstremis
dalam fahaman bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan
pemerintahan negara. Ini merupakan ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden
masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan dan tidak boleh di
campur.
Golongan sekular Turkey
pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan “tercemar” oleh
ajaran Islam (seolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor). Mereka
mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah
sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah
sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, hanya sesuai
bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun dan menunggang unta.
Bagi golongan sekular Turkey
, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun serba
moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer dan internet, pro-kebebasan dan
hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri
dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang
tidak bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan.
Tidak terlintaskah kepada
mereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT. TIDAK KAH SEMUA INI
SAMA DENGAN KEADAAN KITA? Wanita di Turkey dilarang berhijab / bertudung
menutup aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah
oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera
Turkey . Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat
dikenakan ‘court marshal’ (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera
Turkey untuk mengerjakan solat).
Saya menerima e-mail beberapa
hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa
hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut, Jeneral-Jeneral tentera Turkey
mengadakan temasya keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai
Mediterranean . Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah
bersukaria sakan, meminum arak dan berzina. Seterusnya Jeneral-Jeneral tersebut
telah memanggil seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil
mereka bersukaria, mabuk dan berzina.
Anggota pangkat bawahan
enggan dan takut berbuat demikian, lalu seorang Jeneral merampas Al-Quran itu
dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar, “Mana dia Allah untuk
selamatkan Quran ini”. Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera
pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di
horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen
Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda
pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut ke dalam
laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan
Di Palestine, saya terdengar
dari seseorang di sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada seorang
Arab, “Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami tidak melihat bilangan
kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid sama dengan
bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah.”
Di Bosnia, kebanyakan orang
Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre
di sana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa,
dan perkahwinan antara Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang
Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding
dengan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.
Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran.
Sekali lagi ditegaskan bukan
niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti
sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi
yang dahsyat tersebut.
Seperti firman Allah SWT di
dalam Al-Quran (terjemahan) : yang bermaksud “Janganlah kamu jadikan seruan
Rasul di antara kamu seperti panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian yang
lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi
di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang
yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang
pedih.” (Surah An Nuur Ayat 63).
Dan di dalam satu lagi ayat
Allah berfirman (terjemahan) :yang bermaksud “Maka tatkala mereka membuat Kami
murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)”.
( Surah Az Zukhruf Ayat 55)
Amaran-amaran di dalam
Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir janjiNya. Bukankah
mereka ini (Bosnia , Kosovo , Turkey) telah tidak mematuhi perintah Allah dan
RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi
Allah SWT menimpakan azab ke atas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana
Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Bala dari Allah SWT itu kalau
tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak
penyakit, ribut, taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang telah
difirmankanNya didalam Al-Quran. Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT
yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan
berlakunya pembunuhan massacre ke atas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu.
Rahmat Allah SWT tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya.
Misalnya, sesetengah yang
dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, telah melakukan
banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan mati syahid, sudah
pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Wallahu ‘alam. Dan kanak-kanak yang
terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah
moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak,
mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan dosa.
Tetapi Allah SWT telah mengambil
mereka kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka
terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat
nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya.
Bukankah ini berupa nikmat
dan rahmat Allah jua? Kalau kita percaya hidup berakhir di dunia ini sahaja
maka kita akan melihatnya sebagai tragedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita
percaya kepada akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan
ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah
kita terus ditindas dan menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan
keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan
melindungi mereka kerana meraka adalah saudara-saudari Islam kita. Oleh yang
demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang
berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita
sayang?
Jawapannya sama seperti yang
telah diturunkan zaman ke zaman. KITA PERLU: kembali ke jalan yang diredhai
Allah SWT. memohon keampunan Allah SWT. bersatu dibawah panji dan kalimah ‘La
ilaa ha illallah’ dan bukan dibawah panji masing-masing. berpegang sepenuhnya
kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan
segala yang dilarangNya.
Ini tindakan-tindakan yang
perlu kita lakukan.
Nampaknya agak susah, tetapi
ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan hati
kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami ilmu agama kita, dan
berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara
sesama sendiri mengenai perkara- perkara yang remeh.
Kita boleh mengelakkan dari
ditimpa dengan bala pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga
kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum itu selagi kaum itu tidak terlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk
mengubahkannya.
Kita perlu memulakannya
dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya.
Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah
Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam Ismail.
Di kawasan itu bandarnya
tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam,
tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak
Kristian Serbs telah ke tempat itu.
Tetapi sebenarnya puak
Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun, sama seperti di
lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib,
masjid di Opoya PENUH.
Itu hanyalah waktu solat
fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan
hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah
beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud.
Kami tidak melihat sesiapa di kalangan orang Islam yang meminum arak di sana .
Saya diberitahu hanya satu
tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bom puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah
menyajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain.
Bandingkanlah perbezaan Opoya
dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu
berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat
untuk membalas serangan puak Kristian Serbs.
Inilah maknanya “La Haula
walaa quwata illa billah”, tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak
Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs
tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu.
Oleh itu jadikanlah ianya
suatu pengajaran dan iktibar. Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa’ kepada
Allah SWT.
Bismillahhir Rahmaanir
Rahiim.
Ya Allah Tuhan kami.
Tingkatkanlah keimanan dan
ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat.
Ya Allah, perkenankanlah
taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang.
Ya Allah, kami memohon taufik
dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya.
Ya Allah, tolonglah umat
Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama
sendiri.
Ya Allah, kami berlindung
dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.
Ya Allah, hapuskanlah
kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di
Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja mereka ditindas.
Dan jika ditakdirkan mereka
gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam
memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati di dalam iman.
Ya Allah, musnahkan kaum yang
kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa. Pecah-belahkan
mereka dan tanamkan ketakutan ke dalam hati mereka.
Ya Allah, kami adalah makhluk
Engkau yang lemah. Tolonglah kami
Ya Allah kerana tiada kuasa
melainkan kuasa Engkau Ya Allah.
Selawat dan salam kepada Nabi
Muhammad SAW, pesuruh Engkau
Ya Allah Tuhan semesta alam.
Wa billaahit-tawfiq wal hidayah.
Subhanaka Wabihamdika wa ash-haduallaa ilaaha illa anta.
Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik
Wasallallaahu ‘alaa Muhammaddin Nabiyil Wa ‘alaa aalihi wasahbihiwassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
CATATAN PENTING: Saya harap
anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca kesemua bahagian
ucapan diatas dengan teliti.
Ini bukannya perkara yang
boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan
tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan
lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di
Malaysia dengan berleluasa?
1) Bilangan yang murtad di
Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa seolah-olah mengalakkannya.
2) Zina dikalangan orang
Melayu sudah berleluasa
3) Arak dijual di merata
tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak – lihatlah
di Bangsar.
4) Ada segelintir orang
Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan terperanjat.
5) Rasuah berleluasa.
Senarai kemungkaran dan
keingkaran ini begitu panjang sekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda
yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian
Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci bersih orang Islam telah
berlaku.
Dan jangan terperanjat kalau
keadaan sama berlaku di Malaysia ini.
Adakah kita memilih untuk
berdiam dan menunggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu
sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita
dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti
gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan
tergesa-gesa kembali ke jalan Allah? Adakah bala dari Allah yang kita idamkan?
Gempa bumi dan ribut taufan
tak berlaku di Malaysia ?
Kalau dikehendaki Allah gempa
bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok
lusa. (Ingatlah kini gempa bumi sudah mula berlaku di Bukit Tinggi berhampiran
Pusat Judi Terbesar di Malaysia)
Samada kita kembali ke jalan
Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah ke atas Malaysia adalah
pilihan kita sendiri.
Apa jua yang bakal berlaku,
kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.
Diterjemahkan (sedaya yang
boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah SWT.
Sudahkah anda menunaikan
SOLAT
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”
Apa yang diharapkan supaya
kita dapat memanjangkan perkara ini kepada rakan-rakan kita dan kita mendapat
pengajaran dan kesedaran dari peristiwa-peristiwa yang telah diterangkankan
tadi. Insyaallah kita berharap kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah
S.W.T.
Wassalam
Baca dan fahamilah ayat-ayat
Quran berikut (terjemahan) bagaimana Allah mengazab kaum yang zalim.
Maryam:[58]
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat
yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan
orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari
keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari
orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
[59]
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang
serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan
menghadapi azab
An-Nisaa’ [133]
Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia
datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa
melakukan yang demikian itu.
At-Taubah [39]
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela
ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak
akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Hud:[57]
Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi
hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh
Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu
kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat
membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara
tiap-tiap sesuatu.”
Al Anbiyaa’ [11]
Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang
melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain
sebagai gantinya.
Sumber dari,
30.12.2012
subahanallah.....assalammualaikum waramatullahi wabarakatu wahai saudara ku semoga allah swt memberi kita kudrat dan kekuatan untuk membentras segala maksiat ini.....dengan izin nya....aku sangat takut kepada allah swt seksa dan azab api neraka nya...seandainya ada manusia yng paling penakut dan paling lemah d muka bumi ini aku lah orang nya....semoga allah swt memberiku dan kepada kita semua keampunan dan hidyah dan belas kasih nya...ya allah berilah kami kebaikkan dunia dan akhirat...berilah kami iman yng berkekalan ya allah......assalammualaikum
ReplyDelete