ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 16 September 2012

TANDA MANUSIA AKHIR ZAMAN


TANDA – TANDA MANUSIA AKHIR ZAMAN
1.       Diantara penyakit jiwa yang melumpuhkan kekuatan Islam ialah cintakan dunia, salah satu tanda-tanda manusia akhir zaman.
2.       Amalan berlumba-lumba mencari harta sehingga tidak memikirkan tentang halal haram, belas ihsan dan sebagainya.
3.       Terbitnya beberapa fitnah
4.       Amanah disia-siakan, iaitu apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya terutama urusan yang berkaitan dengan agama. Jika ini berlaku maka tunggulah masa kehancurannya.
5.       Munculnya golongan munafik – apa yang dikatakan oleh lidah tidak lahir daripada dorongan hati. Fatwa yang dikeluarkan adalah merupakan tipu helah belaka, pada kebiasaannya dimiliki oleh mereka yang inginkan kedudukan, pangkat, penghormatan dan sebagainya. Mereka sampai tergamak mengorbankan agama.
6.       Munculnya pemimpin-pemimpin yang berdusta dan zalim. Barangsiapa yang menyokong atau membenarkan perbuatan zalim, Rasulullah SAW mengatakan yang mereka itu bukan umat baginda.
7.       Manusia tidak mempedulikan dari mana mereka mendapat nafkah hidup, asalkan mereka boleh hidup senang dan mewah. Mereka menghalalkan riba atas nama jual-beli sedang riba adalah diharamkan oleh Allah (Surah Al Baqarah:275).
8.       Hilangnya ilmu agama dan kekalnya kejahilan, arak diminum dan zina dilakukan dengan terang-terangan.
9.       Manusia membela anjing lebih sempurna dan lebih baik daripada mendidik anak sendiri.
10.   Tidak ada rasa hormat kepada golongan yang lebih tua.
11.   Banyaknya lahir anak-anak zina.
12.   Manusia bertambah rakus dengan dunia.
13.   Timbul manusia yang membaca Al Quran dengan lagu yang menawan dan diiringi suara lunaknya sayangnya dia tidak memikirkan samasekali makna yang tersirat didalamnya. Bacaannya semata-mata untuk tujuan pertandingan.

16 September 2012 – 12.43 am


No comments:

Post a Comment