ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 16 September 2012

AMALAN HARI JUMAAT


AMALAN HARI JUMAAT
1.       Mandi sunat Jumaat sebelum ke masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat sambil berniat “Sahaja aku mandi sunat di hari Jumaat kerana Allah Taala.”
2.       Memakai pakaian yang sesuai, bersih dan paling baik. Alangkah baiknya jika mempunyai pakaian yang khusus untuk menunaikan Jumaat.
3.        Memakai bau-bauan yang dibolehkan oleh syarak.
4.       Berjalan menuju ke masjid dengan tenang, tidak tergopoh-gapah. Ingatlah setiap langkah ke masjid dinilai oleh Allah.
5.       Masuk ke masjid dengan langkah kaki kanan.
6.       Memberi salam kepada orang yang ada di dalam masjid.
7.       Solat Sunat Tahayyatul masjid.
8.       Berniat iktikaf sunat “Sahaja aku niat iktikaf pada masjid ini kerana Allah. “
9.       Jangan mengganggu Jemaah yang telah berada di dalam masjid samada dengan perbuatan atau percakapan.
10.   Diam dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian.
11.   Bacalah doa diantara 2 khutbah.
12.   Mengaminkan bacaan doa Imam dalam khutbah yang kedua.
13.   Membetulkan saf supaya lurus dan rapat, jika dapat rebutlah saf yang di hadapan (saf yang pertama di belakang Imam).
14.   Menunaikan solat Jumaat bersama Imam dengan khusyuk.
15.   Duduk dan wirid serta berdoa bersama-sama Imam setelah selesai solat Jumaat.
16.   Solat Sunat selepas solat Jumaat.
17.   Bersalam-salaman dengan Jemaah solat.
18.   Keluar dari masjid dengan kaki kiri.
19.   Menyambung kembali tugas dan usahs mencari rezeki untuk kehidupan supaya sejajar dengan kehendak Allah swt seperi firmanNya didalam Al Quran.

“Apabila selesai menunaikan Solat Jumaat bertebaranlah kamu di muka bumi untuk urusan masing-masing, dan carilah apa yang kau hajati dari limpah kurnia Allah.”
(Surah Al-Jumaah ayat 10).

 16 September 2012 - 12.20 am

No comments:

Post a Comment