ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 4 December 1991

KD LEKIR : 7 AUG 1989 - 4 DEC 1991

KD LEKIR
22nd Corvette Squadron
Pengkalan TLDM, Lumut, Perak
7.8.1989 - 4.12.1991






Saya berkhidmat di KD Lekir dari 7 Ogos 1989 sehingga 4 Disember 1991. KD Lekir berpengkalan di Lumut, Perak. Sebagai anggota TLDM adalah suatu kebanggaan jika dihantar bertugas disebuah kapal yang serba canggih, kerana KD Lekir adalah merupakan kapal TLDM yang tercanggih ketika itu. Pegawai Memerintah KD Lekir ketika itu ialah Capt.Noor Azman Hj Othman TLDM N/400404.



Kapal Diraja Lekir dinamakan bersama nama pahlawan Melayu Hang Lekir di mana beliau adalah salah seorang daripada 5 pahlawan Melayu bersaudara  di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada pertengahan abad ke 15. Kapal yang berat 1580 tan ini dengan kepanjangan 97.3 meter merupakan kapal korvet yang berupaya untuk menangkis sebarang ancaman udara, permukaan dan bawah permukaan.

Skuadron Korvet ke-22 terdiri daripada KD KASTURI dan KD LEKIR. Kedua-duanya dinamakan, bersempena dengan lagenda ulung kepahlawanan Melayu dahulu kala, HANG KASTURI dan HANG LEKIR ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka pada kurun ke 15.

KD LEKIR dibina oleh Blohm Voss (HDW) Shipyard di Kiel, Jerman Barat pada 14 Mei 1983. Kapal ini dilengkapi dengan Meriam 100m/55 DP sebagai senjata utama turut dilengkapi dengan MM40 Exocet Surface to Surface Missile
Kapal ini kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 oleh Panglima Tentera Laut kedua Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh.

Pegawai Memerintah pertama KD Lekir ialah Kdr Ramly Bin Abu Bakar N/400228.

1st Crew KD Lekir @ Kiel, Germany 1984

Sepanjang 2 tahun lebih berkhidmat dengan KD Lekir, kapal banyak terlibat dengan tugas-tugas rondaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di samping terlibat dalam beberapa siri latihan dalam negeri dan juga luar negeri. Kapal juga terlibat dalam lawatan operasi ke Surabaya, Hong Kong dan Korea Selatan dan juga Australia dan New Zealand.
Paling membanggakan saya ialah saya dapat terlibat dalam 2 event terbesar Antarabangsa iaitu pada tahun 1990 KD Lekir terlibat dalam Royal Malaysian Navy International Royal Fleet Review yang di adakan di Pulau Pinang pada Mei 1990 dan sekali lagi pada tahun 1991 terlibat pula dengan Royal New Zealand Navy International Royal Fleet Review di Auckland, New Zealand.  

Antara pelayaran KD Lekir dan tugasan yang terlibat adalah :

KD Mahawangsa dan KD Lekir ketika tiba di Adelaide, Australia pada 1991


KD Lekir di pelabuhan Sydney, Australia dalam pelayaran ke Auckland, New Zealand pada 22 September 1991.

Bersama USS Bunker Hill di perairan Pulau Pinang ketika Royal International Fleet Review pada Mei 1990.













White Island (Whakaari) sebuah gunung berapi Strato Andesit yang paling aktif di New Zealand, terletak di Teluk Plenty (Bay of Plenty), kira-kira 48 km dari pesisir Timur Pulau Utara New Zealand. 

Pegawai Memerintah KD Lekir, Kept. Noor Azman bin Hj Othman (kiri) dan 
LK1 KMT Rosman di White Island, New Zealand, 1991. 




Kali terakhir bertemu dengan Arwah Mohd Nor di gerai beliau di Seri Manjung, Perak pada 2013.

















Latihan Jackstay Transfer (atau dikenali sebagai Light Jackstay) adalah salah satu evolusi penting dalam Replenishment at Sea (RAS) yang dilakukan oleh pasukan tentera laut, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Tujuan Utama: Memindahkan barang, alat ganti, dokumen, atau anggota (kru) antara dua buah kapal yang sedang belayar tanpa perlu berhenti atau berlabuh.


Helikopter Tentera Laut U.S, Sikorsky SH-60 Seahawk di Laut China Selatan. 



LIMA Langkawi 1991, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang pertama diadakan pada 11 November 1991 turut melibatkan KD Lekir.  Ianya merupakan pameran Maritim dan Udara terbesar di Rantau Asia-Pasifik. Diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 


Penang Royal International Fleet Review 1990 yang julung kali diadakan di Pulau Pinang serentak dengan Tahun Melawat Malaysia 1990.  KD Lekir turut terlibat dalam acara terbesar pernah dianjurkan oleh Malaysia. 



Di Laut Tasman yang terletak di antara Pantai Timur Australia dan Pantai Barat New Zealand, merupakan sebahagian daripada Lautan Pasifik. Foto ini diambil ketika dalam pelayaran dari Australia ke New Zealand pada 1991. 
Laut ini dinamakan sempena nama penjelajah Belanda, Abel Janszoon Tasman, yang merupakan orang Eropah pertama yang merentasi perairan tersebut pada tahun 1642. 



KD Lekir juga terlibat dalam tugas pengawasan di kawasan pelantar Minyak di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak seperti di Miri dan juga Bintulu.


Pertukaran Krew kapal dengan HMAS Torrens dari Australia ketika Ex Starfish (tak ingat tahun berapa)







Pelabuhan Tg. Perak, Surabaya, Indonesia (1989)

Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia (1990)

Incheon, South Korea (1990)




HMAS Cairns, Cairns, Queensland, Australia (1991)


HMNZS Philomel, Deveoport Naval Base, Auckland, New Zealand (1991)



Port of Fremantle, Perth, Australia (1991)


KD Mahawangsa & KD Lekir dalam pelayaran ke Hong Kong dan Korea Selatan pada tahun 1990. 



Antara latihan yang sering disertai KD Lekir ialah Ex-Starfisih, iaitu latihan bersama negara-negara FPDA (Five Power Defence Agreements) yang melibatkan kapal-kapal tentera laut dari Malaysia, Singapore, British, Australia dan juga New Zealand.


 EX STARFISH 10/90


 EX STARFISH 11/91

Latihan Starfish ialah siri latihan ketenteraan pelbagai hala tahunan yang diadakan di bawah kerangka Five Power Defence Arrangements (FPDA). FPDA merupakan pakatan pertahanan yang melibatkan lima buah negara: Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand, dan United Kingdom.









USS Carl Vinson (CVN-70) ialah kapal pengangkut pesawat Supercarrier Kelas Nimitz yang ketiga dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Dinamakan sempena nama Carl Vinson,  seorang ahli Kongres dari Georgia atas sumbangan besar beliau kepada Tentera Laut U.S dan dilancarkan ketika beliau masih hidup. 




Great Barrier Reef, sistem terumbu karang terbesar di dunia terletak di Laut Koral (Coral Sea), di luar pesisir Pantai Queensland, timur laut Australia. Membentang sepanjang lebih kurang 2,300 km dan meliputi kawasan seluas kira-kira 344,400 km persegi. Terdapat hampir 3,000 terumbu karang individu, 900 pulau dan ratusan daratan pasir (coral cays). Ia juga diiktiraf sebagai struktur hidup terbesar di bumi. 




The Great Australia Bight, sebuah teluk terbuka yang sangat luas, terletak di pesisir pantai selatan Australia. Terkenal dengan landskap tebing tinggi yang dramatik, ombak yang ganas serta ekosistem marin yang sangat kaya. 
Menurut takrifan antarabangsa, ia adalah sebahagian daripada Lautan Hindi, tetapi masyarakat Australia secara amnya mengklasifikasikannya sebagai sebahagian daripada Lautan Selatan (Southern Ocean).

1989 - CHOGM KUALA LUMPUR
Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel ke 11 atau 11th Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) telah diadakan di Kuala Lumpur dari 18 Oktober 1989 sehingga 24 Oktober 1989. 
KD Lekir telah diberi penghormatan sebagai kapal Pengiring HMY Britannia (Her Majesty Yatch Britannia) yang membawa Ratu Elizabeth II yang akan akan merasmikan persidangan tersebut. 



1991 - LIMA LANGKAWI 
Langkawi International Maritime and Aerospace atau lebih dikenali dengan nama LIMA LANGKAWI kali pertama diadakan pada 11 November 1991 merupakan satu pameran dan Maritim Antarabangsa berkaitan penerbangan komersil dan pertahanan. 
LIMA LANGKAWI adalah ilham dari bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 
KD Lekir turut terlibat dalam LIMA Langkawi 1991 dan itu adalah LIMA Langkawi yang pertama dan terakhir bagi saya kerana selepas menamatkan perkhidmatan pada 1996, saya tidak berpeluang untuk hadir di LIMA Langkawi seterusnya.








KD Lekir adalah merupakan kapal terakhir aku bertugas dalam TLDM sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1996 setelah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM.... Selepas KD Lekir aku dihantar bertugas di SKTLDM Kuantan dari 1991 hingga 1995 dan tamat Perkhidmatan pada Januari 1996.














Hj Zulheimy Maamor
Updated: 29 Mei 2026: 3.00 p.m

No comments:

Post a Comment