- KD Pelandok, Lumut Perak (Rekrut / LM KMR) : 14.1.1980 - 2.2.1981
- KD Ganas,1st Sqn Fast Attack Craft (Missile), Woodlands, Singapore : 3.2.1981 - 27.7.1981
- KD Raja Jarom, 32nd Sealift Sqn, Woodlands, Singapore : 28.7.1981 - 28.6.1982
- FOCRMNCCS, Woodlands, Singapore : 28.6.1982 - 1.8.1982
- Kursus Kelas 1 KMR,KD Pelandok, Lumut , Perak : 2.8.1982 - 27.3.1983
- KD Sri Rejang, (RCP 7) Sibu, Sarawak : 28.3.1983 - 24.11.1984
- KD Pendekar, 2nd Sqn Fast Attack Craft (Missile), Pasir Gudang Johor : 25.11.1984 - 5.1.1985
- Kursus LK KMR, KD Pelandok, Lumut, Perak : 7.1.1985 - 27.8.1985
- KD Mutiara, 36th Hydrographic Sqn, Lumut, Perak : 26.8.1985 - 1.5.1986
- Departmen Tentera Laut, Kementah, Kuala Lumpur : 2.5.1986 - 7.9.1986
- KD Ganyang, 1st Sqn Fast Attack Craft (Missile), Lumut,Perak : 8.9.1986 - 29.3.1987
- KD Panah, 14th Sqn Patrol Craft, Kuantan, Pahang : 30.3.1987 - 11.10.1987
- KD Sri Negeri Sembilan,12th Sqn Patrol Craft, Lumut, Perak : 12.10.1987 - 28.3.1988
- SKTLDM Kuala Lumpur : 29.3.1988 - 6.8.1989
- KD Lekir, 22nd Corvette Sqn, Lumut, Perak : 7.8.1989 - 4.12.1991
- SKTLDM Kuantan,Pahang : 4.12.1991 - 13.3.1995
- Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan , KL : 13.3.1995 - 8.6.1995
- Kursus Peralihan - RBQ Auto Services, Pandan Jaya, KL : 10.6.1995 - 10.12.1995
- Dokumentasi Akhir , JRP Kementah : 11.12.1995 - 16.12.1995
- Tamat Perkhidmatan TLDM : 13 January 1996
16 tahun dalam Perkhidmatan, bertugas di 8 buah kapal dan 6 buah Pengkalan. Tidak pernah bertugas di mana mana pengkalan di Lumut, Perak kecuali Kapal sahaja.
Yang membuatkan aku rasa sedikit kecewa ialah kebanyakan unit di mana aku bertugas tidak sampai satu tahun, ditukarkan ke unit lain pula terutama antara tahun 1985 - 1987, kecuali KD Sri Rejang, SKTLDM KL, KD Lekir dan SKTLDM Kuantan.
Semasa bertugasdi SKTLDM Kuantan, baru nak jejak 1 tahun, Draft Order telah keluar dan nama aku turut tersenarai untuk ditukarkan ke KD Musytari. Oleh kerana dah mula rasa bosan dan muak kerana asyik jadi mangsa pertukaran sana pertukaran sini... aku telah berjumpa dengan Pegawai Bahagian (tidak ingat namanya, seorang Pegawai Wanita) memohon jasa baik beliau untuk aku tidak ditukarkan ke kapal kerana aku telah mengambil keputusan untuk tidak mahu lagi menyambung perkhidmatan dengan TLDM. Saya masih ingat lagi kata kata saya kepada Pegawai tersebut, "Puan saya bukanlah pemain Bola dalam TLDM tetapi saya adalah Bola dalam TLDM." Atas jasa baik Puan tersebut akhirnya pertukaran saya ke KD Musytari dibatalkan dan saya terus berkhidmat di SKTLDM Kuantan sehingga tamat Perkhidmatan. Sebelum menghadiri kursus Peralihan saya ditumpangkan ke Markas Tentera Laut KL kerana saya akan berkursus di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan sebelum kursus.
Inilah antara kenangan pahit manis dalam TLDM... sehingga Tamat Perkhidmatan.. saya masih terfikir dan terbayang macam mana rupanya dalam Comcen SKTLDM Lumut.... walaupun selalu ambil signal di depan kaunter, tapi tak pernah masuk ke dalam.... mungkin saya antara anggota semboyan (RO) yang tak pernah bertugas di SKTLDM Lumut.... :)))
Saya juga tak pernah bertugas di SKTLDM Lumut. Sekadar ambil message sahaja di kaunter...
ReplyDeleteassalamualaikum tuan, boleh saya tahu mcm mana untuk sy hubungi Tuan Hj Zulheimy ye.. kalau tak keberatan, email saya.. wshuralen@gmail.com . ada perkara yg ingin sy tanya berkenaan tempat Tuan bertugas pada tahun june 1995. terima kasih tuan.
ReplyDeleteWhatsapp 012-355 2965 atau email zul9025@yahoo.com atau zulheimy61@gmail.com
ReplyDeleteBulan 1995 tu saya bertugas di Markas Tentera Laut Kementerian Pertahanan K.Lumpur... tapi itu unit tumpangan saya sebelum menamatkan perkhidmatan dengan TLDM...