RESOURCE: Malaysian Heritage and History Club
Dari semua khazanah yang pernah tenggelam di dunia, terdapat satu misteri jika anda nak tahu telah digambarkan sebagai 'hadiah' paling lumayan bagi pemburu-pemburu harta karun.
Follow Vivify untuk info dan cerita-cerita MENARIK!
Ini adalah misteri tentang kapal Flor De La Mar yang karam di Selat Melaka dengan harta kerajaan Melaka yang cukup banyak! Kapal ini dicatatkan sarat dengan harta kekayaan yang telah dicuri dari Kesultanan Melayu Melaka yang kini dianggarkan telah mencapai berbilion ringgit.
Kekayaan Kesultanan Melaka yang direkodkan hari ini meramalkan bahawa jumlah harta yang tenggelam bersama Flor De La Mar yang dirampas daripada Melaka berjumlah sekitar 2.6 Billion + (54,431kg of Gold x $49,000 per Kg) dan dianggap harta karun paling mahal dalam kategori harta karun yang hilang.
Jumlah tersebut dikatakan merangkumi:
1. Perempuan-perempuan penenun kain.
2. Anak-anak perempuan bangsawan Melaka.
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak.
4. Tanduk gajah Sultan Melaka yang disepuh emas.
5. 600 Tan Emas barang kemas.
6. Meja berkaki emas.
7. Gelang Sakti Nakhoda Beego'.
8. 6 biji Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina.
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah.
10. Baju-baju berkain baldu dan sutera.
11. Mangkuk mangkuk perak.
12. 2 biji pasu besar.
13. Perabot-perabot indah.
14. 200 kotak berlian, rubi, permata-permata mahal.
๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐น ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฎ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ผ๐ฟ๐๐๐ด๐ถ๐
Flor Do Mar atau Flor De La Mar merupakan sebuah kapal Portugis seberat 400 tan, ia juga dirujuk sebagai salah satu daripada kapal perang yang telah dihantar untuk menawan kerajaan Melaka pada tahun 1511. Untuk pengetahuan anda, kapal ini telah dibina di Lisbon, Portugal pada tahun 1502 dan pada masa itu Flor De La Mar merupakan kapal yang paling besar dan cantik dalam angkatan laut Portugis.
Kapal ini telah memulakan pelayaran pertamanya ke India pada tahun 1502 yang diketuai oleh Estรชvรฃo da Gama dan pada tahun berikutnya kapal ini telah pulang ke Portugis dengan membawa bekalan rempah dari India. Flor de la Mar bukan sahaja digunakan untuk perdagangan, malahan juga untuk berperang pada tahun-tahun berikutnya.
Dan akhirnya pada tahun 1511, Portugis meletakkan sasaran mereka pada Kerajaan Melaka, yang pada ketika itu terkenal sebagai salah satu daripada bandar-bandar terkaya di dunia. Penaklukan ini telah diketuai oleh Alfonso de Albuquerque, yang merupakan Gabenor Portugis di Goa pada ketika itu.
๐๐ฒ๐ฑ๐ฒ๐ด๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐น๐ณ๐ผ๐ป๐๐ผ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ธ๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ ๐๐น๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ ๐๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฒ๐น๐ฎ๐บ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐น๐ฎ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ!
Kebanyakan barangan berharga yang ditemui semasa penggeledahan Kota Melaka pada 1511 ialah kapur barus, kasturi yang disimpan di dalam belanga, peti-peti yang menyimpan sutera, kain satin, kain taf, sutera putih, kapur, kayu cendana, jongkong emas, mutiara, tembikar dan kayu gaharu.
Sebahagian harta yang terlalu besar dan sukar dibawa dikumpulkan di kawasan tengah laluan-laluan di Kota Melaka. Harta yang ditemui ini mencerminkan struktur ekonomi penduduk Melaka yang aktif dalam kegiatan ekonomi perniagaan dan perdagangan berbanding kegiatan ekonomi lain.
Selepas Melaka menjadi sebahagian daripada Empayar Portugal, emas dan barang berharga dari perbendaharaan Melaka dan sekitarnya dimuatkan ke dalam kapal.
Tetapi Alfonso lupa akan reka bentuk kapal ini membuatkan ia berbahaya dan tidak layak belayar dengan muatan yang penuh apatah lagi sebenarnya kapal dibina untuk jangka hayat tiga atau empat tahun sahaja tetapi kapal ini telah digunakan selama 9 tahun iaitu dari 1502-1511.
Akibat kedegilan Alfonso, apabila Flor do Mar keluar dari Melaka untuk belayar ke arah Goa dan setibanya meraka di Selat Melaka, beliau telah dibadai ribut dan taufan yang dahsyat dengan ombak bergelora. Ternyata kapal itu tidak bertahan lama mengharungi ribut dan telah tenggelam ke dasar pada malam 20 November 1511, berdekatan Sumatera, di Selat Melaka.
Albuquerque dan anak perempuannya telah berjaya menyelamatkan diri. Namun, kapal tersebut telah musnah dan tenggelam sepenuhnya dengan segala harta kekayaan Melaka.
Antara artifak yang direkodkan adalah hadiah dari Raja Siam (Thailand) kepada Raja Portugal, tetapi kebanyakan kargo itu dari Melaka yang merupakan pelabuhan laut terkaya di Asia pada ketika itu.
Muat turun aplikasi Vivify secara PERCUMA dan nikmati pelbagai promosi menarik sekarang!
#vivify #vivifyapp #vivifylokalapp #melakalokalapp #melaka #melakabandarayabersejarah #melakahistoricalcity #melakaistheplacetobe #unesco #unescoheritage #unescoheritagecity #tourism #tourismmalaysia #tourismmelaka #photooftheday #instapic #staycation #instadaily #instafollow #viralmalaysia #instatravel #likeforfollow #traveltips #travelguides #travelphotography #malaysia #travelling #instafood #likeforlikes #instatravelling
Copy and paste:
5 May 2025: 1.37 p.m
No comments:
Post a Comment