ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 17 November 2024

Melayu dan Maori

Posted by : The Malayonesia

1. Dari sudut ras, kaum Melayu yang merupakan pribumi di nusantara mempunyai kaitan dengan kaum Maori yang merupakan pribumi di bumi Aotearoa (New Zealand) dan kepulauan Cook.

2. Menurut Chambers dan Edinur (2013), kajian genetik yang dijalankan menunjukkan Melayu dan Maori mempunyai perkaitan yang rapat iaitu mempunyai induk yang sama. Tetapi pada hari ini, kedua-dua kaum iaitu Melayu dan Maori telah berkembang menerusi perkahwinan dengan kaum-kaum lain yang berhampiran dengan bumi kediaman masing-masing.

3. Menurut Lambert (2007), terdapat beberapa patah perkataan yang sama dan hampir sama antara bahasa Melayu dan bahasa Maori. Perkataan yang sama didalam bahasa Melayu dan bahasa Maori adalah 'mata' dan 'kutu'.

4. Manakala perkataan yang hampir sama antara bahasa Melayu dengan bahasa Maori adalah seperti dua (rua), lima (rima), benua (whenua), bukit (puke), ikan (ika), ketua (matua), telinga (taringa), tangis (tangi), mati (mate), pucuk paku (pikopiko), punai (puano), tiung (tui) dan kaka-tua (kaka).

5. Konsep 'Tangata Whenua' bagi kaum Maori juga juga mempunyai semangat yang hampir sama dengan konsep 'Bumiputera' yang diamalkan di negara kita, iaitu penegasan berkenaan status pribumi bagi kaum berkenaan.

6. Cuma yang membezakannya adalah kaum Maori kini telah menjadi minoriti di bumi sendiri dek kerana kehadiran imigran Caucasian di negara berkenaan. 'Treaty of Waitangi' yang dimeterai bersama imigran Caucasian tidak sepenuhnya menjamin hak mereka seperti yang diharapkan.

7. Manakala kaum Melayu, walaupun masih majoriti, tetapi masih ada pihak yang cuba mempertikaikan beberapa keistimewaan yang telah diperuntukkan kepada kaum Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 153.
.
8. Justeru itu, apabila berlakunya tragedi berdarah di bumi kiwi oleh seorang Caucasian berasal dari Australia yang telah dirasuk dengan sentimen Islamophobia dan secara kebetulan salah seorang mangsa yang tercedera pula adalah Melayu-Muslim, dimanakah logiknya apabila agenda 'White Supremacy' boleh disamakan dengan agenda ketuanan Melayu?
.
9. Sedangkan sejarah telah membuktikan, kaum Melayu dan Maori selaku pribumi yang berkongsi genetik induk yang sama, bersikap terbuka menerima kehadiran kaum lain di bumi mereka..
Kredit : Ibnu Rusydi

Copy and paste:
17/11/2024 : 9.28 a.m

No comments:

Post a Comment