ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 20 February 2024

SEJARAH PEMBUKAAN BRICKFIELD

Oleh : Nizam Ali
PERISTIWA N' SEJARAH
19.2.2024

Polis menyifatkan Brickfields mempunyai kadar jenayah jalan yang tinggi (Sumber Wikipedia)
1857 - Bermulanya kemasukkan oleh pelombong-pelombong Cina. Kuala Lumpur mula berkembang sebagai kawasan perdagangan yang membekalkan barang-barang keperluan untuk pelombong bijih timah. 1870 an - Keadaan politik di Selangor dalam keadaan huruhara kerana konflik yang berlaku dikalangan putera-putera raja yang mahukan lebih penguasaan terhadap wilayah dan kutipan cukai. Situasi ini dirumitkan dengan pergaduhan sesama sendiri di antara kumpulan Cina di kawasan tersebut. 1873 - Peperangan saudara di Selangor telah memusnahkan Kuala Lumpur. Yap Ah Loy yang telah dilantik menjadi Kapitan Cina ketiga pada tahun 1868 -1885 merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membangunkan semula Kuala Lumpur yang telah musnah akibat peperangan saudara tersebut. 1881 dan 1883 - Kebakaran besar dan banjir kilat yang memusnahkan hampir keseluruhan Kuala Lumpur. Keadaan rumah-rumah atap yang sesak dan rapat di antara satu sama lain telah memusnahkan hampir keseluruhan penempatan di Kuala Lumpur pada tempoh masa yang singkat.
(Sumber Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
Insurans kebakaran diperkenalkan kerana beberapa kejadian kebakaran besar telah terjadi di Kuala Lumpur pada tahu 1881 dan ipoh pada tahun 1892. Kebakaran di Kuala Lumpur hampir memusnahkan Bandar tersebut sementara di ipoh telah memusnahkan 100 buah kedai.
(Sumber KBSM Tingkatan 4,Bab 10, Dasar British dan Kesannya Pada Ekonomi Negara, m/s 120)
Pada tahun 1881, banjir melanda Kuala Lumpur, disusuli dengan kebakaran besar yang melanda. Masalah-masalah ini turut menghancurkan struktur kota dari kayu dan atap (thatching). Sebagai tanggapan, Frank Swettenham, Residen Inggeris Selangor, bahawa bangunan akan dibangun dari batu bata dan genting. Oleh kerana itu, Kapitan Yap Ah Loy membeli sebuah tanah real estate untuk mendirikan industri batu-bata yang akan memacu pembangunan semula Kuala Lumpur.
Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat tersebut kini dikenali Brickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri “kaki lima” dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000 untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang (Ampang Road), Jalan Pudu (Pudoh Road), Jalan Petaling (Petaling Street) yang kini merupakan arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai Kapitan Cina, kuasa dikurniakannya setaraf pembesar Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dan menyusun semula struktur penempatan.
Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang polis. Kapitan telah membina penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada suatu masa. Beliau juga menggalakkan Orang Melayu berusaha padi di sekitar kota untuk menampung pembangunan kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur berikutnya.
“Kilang batu-bata dibuka oleh Yap Ah Loy iaitu seorang kapitan Cina yang mengasaskan permodenan Kuala Lumpur. Pada waktu itu, kawasan ini masih belum dinamakan Brickfields.
“Beliau telah membeli sebidang tanah desa di kawasan pinggir bandar raya Kuala Lumpur dan membuka sebuah kilang batu-bata.”
“Pada waktu tersebut, masyarakat India masih belum dibawa masuk British sehinggalah mereka diperlukan untuk membuat batu-bata yang banyak dalam satu-satu masa.”
“Justeru, British membawa masuk 5,000 hingga 10,000 orang dari India untuk bekerja di kilang batu-bata tersebut, seterusnya menjadi penduduk tetap di Brickfields,”
-kata Pengerusi Rukun Tetangga Brickfields, S. Kanakiahnaidu
“Kerajaan British pada waktu itu membawa masuk masyarakat India dari Sri Lanka kerana mereka ini berpendidikan dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.”
“British membawa masuk warga Sri Lanka untuk bekerja dengan mereka dan juga membina landasan kereta api di Brickfields bagi memudahkan kerja-kerja mengangkut batu-bata menggunakan gerabak kereta api.”
“Kemudian, kerajaan British membawa masuk orang India pula untuk bekerja di kilang batu-bata. Pada waktu itu, belum wujud lagi negara India, justeru ia dipanggil Benua Keling dan Sri Lanka menjadi salah sebuah kawasan dalam benua tersebut,”
-Candra L. Ramprakash, Penduduk Generasi Keempat.
Chandra menambah, warga India dan Sri Lanka yang datang ke sini terus menjadi warganegara, sementara Brickfields pula bertukar menjadi kawasan perdagangan yang dibangunkan oleh Yap Kwan Seng iaitu kapitan Cina terakhir di Kuala Lumpur.
Nama Brickfields berasal dari perkataan Inggeris brick yang bermaksud batu-bata, dan fields yang bermaksud padang.
Sumber
Chukong Press

Copy and paste:
20/2/2024 > 11 Syaaban 1445H: 9.25 pm

No comments:

Post a Comment