ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 23 February 2024

PATUNG ALFRED RUSSEL WALLACE DAN BUANG M.ALI DI SINGAPURA


POSTED BY:
HJ ZULHEIMY MAAMOR : 26 AUGUST 2022

Tahukah anda di Lee Kong Chian Natural History Museum (LKCNHM) di Singapura terdapat Patung atau Statue Saintis terkemuka iaitu Alfred Russel Wallace dan pembantunya seorang pemuda Melayu Sarawak bernama Buang bin Muhammad Ali.
Nama Alfred Russel Wallace memang sudah terkenal di seluruh dunia bagi yang meminati Sains dan Sejarah...namun siapakah pemuda Melayu disebelah beliau itu?
Pemuda itu bernama Buang bin Muhammad Ali, seorang pemuda dari Sarawak yang menjadi pembantu kepada A.R. Wallace. Buang bertugas menjadi pembantu Wallace pada 1885. Namun Buang bukanlah sembarangan orang, beliau sebenarnya adalah Saintis Melayu Sarawak yang namanya turut dibuang dari lipatan sejarah Tanahair...peliknya Singapura juga yang menaikkan namanya kembali.... kat Malaysia asyik memikirkan siapa nak jadi PM....
Malah seorang Jurnalis Perancis bernama Dr. Isabella Desjeux pada tahun 2015 pernah menerbitkan sebuah dokumentari mengenai Buang. Kenapa Doktor dari Perancis ini beriya-riya membuat dokumentari pasal budak Melayu ni... sebab dia bukan Mat Rempit atau Mat Gian... dia adalah Saintis Melayu yang namanya hilang dalam lipatan sejarah.... kehebatan Buang dikesan apabila sebuah kotak besi ditemui dalam tapak pembinaan sebuah sekolah di Ternate dimana dalam kotak tersebut terdapat catatan Buang yang mengandungi kajian-kajian Sains. Kajian-kajian Buang kini disimpan dan dikaji oleh Dr. Ola Madunagu dari University of Abuja, Nigeria...
Harap adalah ahli sejarah negara kita buat kajian tentang catatan Sains Buang ini.... Anak Malaysia tu....
Begitu juga sebuah artikel pernah ditulis oleh 2 pengkaji Barat iaitu John Van Wyhe dan Gerrel M Drawhorn dalam artikel bertajuk "I am Ali Wallace The Malay Assistant of Alfred Russel Wallace" dalam JMBRAS Vol. 88 Part 1 yang menyebut tentang seorang remaja Melayu bernama Buang yang menjadi pembantu Saintis Inggeris terkemuka itu....
Hargailah mereka - mereka yang mencipta sejarah di bumi bertuah kita ini sepertimana kita menghargai jasa Mat Kilau dalam sebuah filem....
"Orang yang jahil sejarah, dia akan mudah dicetak pemikirannya. Dia akan hilang jati diri dan memaki bangsanya sendiri......."

Posted on Blog:
23 February 2024 : 11.54 pm

No comments:

Post a Comment