ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 13 February 2024

FLAT JALAN PEKELILING DALAM KENANGAN

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
15 November 2020

Flat Jalan Pekeliling (Kini Jalan Tun Razak) antara yang terawal dibina di Kuala Lumpur pada sekitar tahun 1967.
Antara kenangan saya ialah ketika bekerja di Coopers & Lybrand di Jalan Kampar yang tidak jauh dari Flat ini pada thun 1996-97, saya sering lalu di hadapan flat ini untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid berdekatan flat ini.... masjid ini pun telah dirobohkan...bersama dengan Flat Pekeliling sekitar tahun 2015....
Flat ini juga pernah jadi quarters Pasukan Polis Hutan Markas Briged Tengah sekitar tahun 70 an..dan pernah berlaku tragedi menyayat hati ketika flat ini yang menjadi kuarters Pasukan Polis Hutan dimana pada 3 September 1975 (saya di tingkatan 2) 2 orang lelaki menaiki motosikal meleparkan 4 butir bom tangan (dipercayai komunis) menyebabkan 2 anggota Polis terkorban iaitu Konst. Yusof Abdul Rahman dan Konst. Abdul Hamid Mahmud....
Namun, penyerang yang melarikan diri itu akhirnya berjaya diberkas selepas Ops Kesan dilancarkan oleh Pasukan Polis Hutan (PPH) secara besar-besaran di kampung itu.





Kini yang tinggal hanyalah kenangan.....

Posted on Blog:
13 February 2024 : 7.10 pm


No comments:

Post a Comment