ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 11 January 2024

WARDIEBURN CAMP, KUALA LUMPUR

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor : 30 September 2022


Bagi warga KL, terutama yang tinggal di sekitar Kawasan Hulu Kelang, Jalan Genting Kelang, Setapak, Setiawangsa, Wangsa Maju, nama Kem Wardieburn memang tidak asing lagi.
Banyak cerita yang kita dengar mengenai nama asal kem Wardieburn ini.... Kalau kita ikutkan terjemahannya ke dalam bahasa Melayu tentu bunyinya agak menyeramkan... War (Perang) Die (Mati) Burn (Bakar) .... terdapatlah mitos yang mengatakan nama kem ini adalah berasal dari 3 perkataan ini.... sebenarnya itu hanya mitos semata-mata.....
Nama asal kem ini sebenarnya diambil dari Wardieburn Estate yang dibuka oleh Robert Meikle dan Christopher Meikle pada tahun 1888. Mereka menamakan ladang ini sempena nama tempat asal mereka iaitu di Wardieburn, Edinburgh di Scotland. Di ladang inilah tapak Kem Wardieburn sekarang ini.
Bila wujudnya Kem Wardieburn ini saya pun tidak pasti kerana saya ada juga cuba mencari dalam internet maklumat tentang kem ini... namun tak jumpa... cuma seingat sayalah dulu sekitar 70 an, kalau ada warga KL masih ingat dulu ada sebuah lombong bijih berhampiran kawasan ini...saya tak ingat dimanakah kawasan lombong itu sekarang.... dihadapan kem Wardieburn ini adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju yang hari hari sentiasa penuh dengan orang ramai.... kawasan JPJ ini seingat saya ketika 70 an adalah kawasan Setinggan yang dikenali sebagai Kg Pasir (kalau saya silap harap ada yang betulkan).. dan jalan sepanjang dari Setapak ke Wardieburn (Jalan Genting Kelang) adalah jalan utama untuk ke Zoo Negara (Ingat cerita P. Ramlee dalam Masam Masam Manis adengan P.Ramlee naik bas ke Zoo Negara bertemu Cik Norkiah dalam bas)...
Kawasan Hulu Kelang banyak kenangan bagi saya kerana saya menginap di kawasan ini sejak 1978 lagi..... sebelum itu saya tinggal di Gombak dan Taman Greenwood... jadi banyak perkembangan kawasan ini sejak saya dibangku sekolah sehingga kini yang masih saya ingat lagi...

Posted on Blog:
11 January 2024 > 29 Jamadilakhir 1445H: 4.14 pm


No comments:

Post a Comment