ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 5 January 2024

TRAVEL INFO : SMART TUNNEL KUALA LUMPUR

POSTED BY : HJ ZULHEIMY MAAMOR : 3 DECEMBER 2018


SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) adalah terowong yang terdiri dari 2 komponen iaitu Terowong Banjir (Stormwater Tunnel) sepanjang 9.7 km dan Terowong Kenderaan (Motorway Tunnel) sepanjang 4 km.
Ini bererti terowong ini digunakan untuk arus lalulintas kenderaan dalam kondisi normal dan ketika berlaku banjir, terowong ini ditutup dan tingkat bawah terowong berfungsi sebagai aliran air banjir.
Terowong ini bermula dari Tasik Kg. Berembang berdekatan dengan Sg. Klang di Ampang dan berakhir di Tasik Taman Desa berdekatkan Sg Kerayong di Salak Selatan.
Projek Terowong SMART adalah kerjasama antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).


Pembinaan Terowong SMART bermula pada tahun 2003 dan dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007. Terowong ini telah dirasmikan pada 14 Mei 2007 oleh Dato' Seri Azmi bin Khalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu dan turut dihadiri oleh Dato' Seri S. Samy Vellu, Menteri Kerja Raya.
Terowong SMART disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 terowong terbaik di dunia oleh CNN.




Melalui SMART Tunnel baru baru ini mengingatkan kembali kenangan ketika saya bekerja dengan The Institution of Engineers Malaysia di Petaling Jaya, Selangor (1999 - 2011).
Saya pernah terlibat dalam site visit ke Terowong SMART semasa ianya masih lagi dalam pembinaan pada tahun 2006.. apabila melalui terowong ini saya terkenang kembali yang saya pernah berada di terowong ini semasa ia nya masih dibina dahulu.... itu lah satu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.... kerana saya dapat melihat bagaimana dibina...
Copy and paste:
5/1/2024 > 23 Jamadilakhir 1445H: 4.34 pm

No comments:

Post a Comment