ZULHEIMY MAAMOR

Friday, 5 January 2024

TRAVEL INFO : RUMAH API TG. TUAN, PORT DICKSON, N.S

Posted by Hj Zulheimy Maamor : 12 August 2019


Foto Kredit: UtusanTV

Foto Kredit: UtusanTV





Tahukan anda terdapat suatu tempat yang terletak di Negeri Sembilan tetapi diletakkan dibawah pentadbiran Daerah Alor Gajah, Melaka. Tempat itu ialah Rumah Api Tanjung Tuan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bagi bekas pelaut seperti saya, rumah Api Tanjung Tuan memang tidak asing kerana rumah api adalah panduan penting bagi pelaut-pelaut bagi kapal yang belayar di sekitar kawasan tersebut pada waktu malam…
Rumah Api Tanjung Tuan adalah merupakan rumah api yang tertua di Malaysa, diselubungi banyak misteri, samada berdasarkan fakta maupun lagenda.
Antara fakta terkenal dikatakan di Tg Tuan ini terletaknya Sultan Melaka yang pertema iaitu Sultan Iskandar Shah @ Parameswara. Dikatakan juga kawasan ini terdapat kesan tapak kaki Hang Tuah.

Ketika bertugas di Kapal dulu, saya sering melihat rumah Api Tanjung Tuan dari atas Dek Kapal saya dari kejauhan…. Tanpa disangka suatu hari nanti saya berpeluang menjejak kaki di Rumah api tersebut pada tahun 2012 ketika menghadiri kursus Motivasi anjuran Yayasan Jantung Malaysia di Casa Rachado Beach Resort di Port Dickson pada 11 – 12 February 2012.






Tanjung Tuan yang juga dikenali sebagai Cape Rachado mengambil sempena nama “Battle of Cape Rachado” berlaku pada tahun 1606 antara Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dengan Armada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerahan Melaka oleh Portugis kepada Belanda pada tahun 1641.
Rumah Api ini dibina oleh Portugis pada tahun 1528 untuk membantu kapal-kapal memasuki pelabuhan Melaka ketika itu. Rumah Api ini dibina semula oleh British pada tahun 1817 semasa pemerintahan sementara British dibawah arahan Sir William Farquhar.
Pada tahun 1990, Rumah Api ini menempatkan Radar MEASAT yang dibina untuk memantau lalu lintas kapal di Selat Melaka dan membantu dalam komunikasi.
Antara yang menjadi misteri di Tanjung Tuan ini adalah terdapatnya satu kawasan pusaran air yang agak ganas yang pernah dikatakan telah menenggalamkan 4 buah kapal perang milik Belanda dan Portugis sekitar tahun 1605 M.

Banyak kisah-kisah misteri yang diceritakan mengenai Tanjung Tuan ini... sejauh mana kebenarannya ... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Saya juga pernah mengalami beberapa peristiwa aneh setiap kali kapal melintasi Tg Tuan... kapal akan terputus hubungan radio (Radio Silence) kerana saua ketika itu adalah anggota Komunikasi TLDM... perkara ini jarang berlaku di tempat lain.. cuma di Tg Tuan sahaja hubungan radio akan terputus... tidak kedengaran apa - apa pancaran pun dari mana - mana stesen.
Hal ini memang banyak kali terjadi terutama ketika saya bertugas dengan kapal Ronda TLDM KD Sri Negri Sembilan ketika itu... apakah mungkin agaknya secara kebetulan nama kapal saya bertugas ini adalah nama negeri terletaknya Tg Tuan ini....
Wallahu Alam






** KD Sri Negri Sembilan telah ditamatkan perkhidmatannya dengan TLDM dan telah ditenggelamkan di perairan Kedah untuk dijadikan tukun..... sedihnya.....
Sesuatu yang paling menarik bila berada di Tg Tuan ini ialah mengambil foto ketika matahari terbenam... ianya suatu pemandangan yang amat indah sekali.... begitu cantiknya alam ciptaan Allah swt tidak dapat kita nafikan.....

Copy and paste:
5 January 2024 > 23 Jamadilakhir 1445H: 3.45 pm

No comments:

Post a Comment