ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 13 January 2024

SUATU KETIKA DAHULU - BISKUT KERING DAN JEM NENAS

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor
6 March 2019



Biskut Kering dan jem Nenas... makanan ringan ini mengingatkan kembali kenangan ketika bertugas operasi meronda sepanjang Sungai Rejang di Sibu, Sarawak tahun 1983/84 dahulu.....
Waktu itu saya bertugas bot crew di Pengkalan TLDM di KD Sri Rejang, Sibu, Sarawak. Sibu ketika itu boleh dikatakan kawasan hitam juga dengan kegiatan komunis dan PARAKU (Parti Rakyat Kalimantan Utara) d sepanjang sungai Batang Rajang...




Saya bertugas di Bot Lancang sering melakukan rondaan Sungai yang kadangkala keluar meronda sehingga seminggu lamanya.... atau adakalanya membawa bekalan makanan dan peluru untuk anggota Tentera Darat dan Pasukan Polis Hutan yang beroperasi di Bahagian ketiga Sarawak....
Biskut kering dan jem ini menjadi makanan kami ketika petang menghampiri senja...perut biia dah lapar dah tak kira sedap ke tidak ... balun je.... pekena pula dengan kopi panas... memang laju leh .....
Adakalanya ketika melakukan rondaan sungai ada satu anggota Tentera Darat atau Pasukan Polis Hutan yang akan ikut bot kami.... selalunya mereka adalah anggota yang mengendali Inflatable Dinghy Boat... bot mereka akan diikat dibelakan bot lancang kami.....
Saya masih ingat lagi seorang anggota TD dari Rejimen Renjer yang attach dengan bot kami ketika itu...budak Perak.... nama dia Rosli dari 8 Renjer yang mengendali bot dinghy TD....
ketika petang dia lihat kami makan biskut kering dengan jem begitu sahaja atau cecah kopi ....dia tersenyum.... dia kata kalau nak bagi biskut itu jadi sedap senang je.... tenggek kuali bubuh minyak kemudian goreng biskut itu.....
Kami yang Navy ni tak biasa beroperasi di Hutan...maklumlah kalau kat Kapal Besar ada tukang masak....dok bot kecik ni tak ada tukang masak...kena masak sendiri... kami pun cuba resepi baru yang dia bagi tu... memang betul bila di goreng balik biskut tu jadi lemak lemak masin.... sedap dan rangup...
Malah menurut Rosli nanti dia akan ajar kami buat kueh bingka dengan biskut itu....
Masa tu baru kami terasa ceteknya ilmu kami tentang survival ni.... anggota Renjer ni dah biasa beroperasi kat hutan... mereka survival...mereka tahu apa yang boleh makan dan apa yang tak boleh makan....







itu lah secebis kenangan ketika zaman muda dulu....bezanya ilmu antara tentera Darat dan Tentera Laut... kami mungkin mahir dengan ilmu tentang lautan dan terbiasa dengan corak kehidupan di lautan yang luas....tapi di sepanjamg sungai kawasan pendalaman Sarawak yang dikelilingi hutan tebal kami cetek ilmu.....
Kata orang malu bertanya sesat jalan...

Posted on Blog:
13 January 2024 > 1 Rejab 1445H: 1.02 pm


















No comments:

Post a Comment