ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 8 January 2024

SENIWATI MEK YAH?

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor >  21 February 2022



Tadi saya cerita gajah bernama Kulup Chandan yang diabadikan namanya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Kali ini seekor lagi gajah yang pernah menjadi sejarah yang bernama Mek Yah (seniwati Mek Yah dalam akhbar)...
Pada tahun 1958, setahun selepas merdeka, Mek Yah, gajah yang berusia 74 tahun yang menjadi haiwan pertama bekerja dengan Sektor Perkhidmatan Awam di Negeri Perak selama 20 tahun. Mek Yah menjadi pengangkutan utama mengangkut peti-peti undi ke setiap kawasan di Hulu Perak yang kenderaan adalah masalah utama untuk masuk ke Hulu Perak ketika itu... jadi Mek Yah lah jadi kenderaan utama masa itu....
Apa yang menyebabkan Mek Yah tercatat namanya dalam Sejarah Tanah Melayu ialah kerana Mek Yah berjalan sejauh 200 batu bertolak dari Gerik di Perak pada 23 Februari 1958 menuju ke Kuala Lumpur untuk urut serta dalam perwakilan dari 23 buah negara untuk E.C.A.F.E di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tarikh 8 Mac 1958.
Perjalanan Mek Yah sejauh 200 batu itu adalah satu simbolik dan temasya yang dibuat secara besar-besaran untuk menarik perlancong dalam dan luar negara. Tidak lupa juga ia secara tidak langsung dapat menarik ahli-ahli perniagaan terkenal dari seluruh dunia untuk berkunjung ke negara.
Pada pagi hari Isnin tarikh 23 January 1967, Mek Yah tiba-tiba tersungkur mati setelah diberi mandi dan diberi makan. Meh Yah mati ketika umur 83 tahun.

Posted on Blog : 8 January 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 9.41 am


No comments:

Post a Comment