ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 8 January 2024

SEJARAH MALAYA : OSS 404 (US ARMY)

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor : 9 November 2021


OFFICE OF STRATEGIC SERVICE DETACHMENT 404 (US ARMY)
Ketika Perang Dunia kedua meletus, di Tanah Melayu terdapat satu unit gerila ditubuhkan dengan nama FORCE 136 ditubuhkan oleh British. Mungkin kita biasa dengan Force 136.
Namun terdapat satu lagi unit yang ditubuhkan oleh US Army dikenali sebagai Office of Strategic Service (OSS).
Terdapat beberapa detachment OSS seperti OSS 101 (Burma), OSS 202 (China) dan 404 (Thailand / Malaya).
Dalam Detachment OSS 404, terdapat beberapa anggota Malay Navy yang menyertai unit ini iaitu Johari Md Amin, Shariff Mahmud, Awang Salleh, Sulaiman dan Ismail Hassan. Mereka yang terlibat dengan OSS 404 diberi nama samaran Inggeris supaya tidak dikenali musuh.





Dalam Satu Operasi satu unit kecil OSS 404 terdiri dari seorang Lt.Kol (US Army), sorang Leftenan (US Navy), seorang Sarjan (US Army) dan ABSM Johari Md Amin (Malay Navy) telah dibawa dengan kapal selam dan menyeludup masuk ke Pulau Ramrey di Gugusan Andaman. ABSM Johari menyamar sebagai orang tempatan manakala tentera US bersembunyi didalam hutan. ABSM Johari bertindak mencari maklumat, beliau tidak sukar bergerak kerana wajah beliau yang mirip orang tempatan. Selama 18 bulan mereka ditempatkan di pulau itu menjalankan tugas Perisikan banyuak maklumat pergerakan tentera Jepun mereka perolehi dan segera dihantar melaui wireless ke Ibu Pejabat OSS.
ABSM Johari Md Amin dikurniakan pingat Defence Medal, War Medal, Pacific Star kerana khidmatnya ketika perang dunia kedua.
Pasukan OSS inilah perintis kepada CIA Amerika Syarikat sekarang ini... siapa sangka anak Melayu kita pernah berkhidmat dengan unit ini ketika perang....

Posted on Blog :
8 January 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 10.04 am

No comments:

Post a Comment