ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 22 January 2024

Saka Penjajah Sudah Koyak?

Oleh Cik Srikandi

"The KM (Ketuanan Melayu) crowd are so desperate to rewrite history." kata James Chin.
Haha Srikandi tergelak membaca salakan saka-saka penjajah ini. Manakan tidak, orang-orang kita berusaha menulis sejarah sendiri berdasarkan kajian terkini dari kacamata pribumi sendiri terus dicop "The Ketuanan Melayu Crowd"?
Marah beno saka penjajah ini. Salah didikan di rumah ke sampai menggeletar sangat dia apabila didapati orang Melayu kini berani menulis sejarah ikut kacamata pribumi bukannya menurut perintah hantu penjajah dah.
Pertikaian seputar isu foto-foto sampai seluruh isi makalah ditolak? Ini tidak akademik. Ini semacam tergesa-gesa melepaskan geram. Mana yang ralat itulah yang diperbetulkan. Yang lain teruskan. Srikandi perasan juga si pemandu pelancong Perancis itu menumpukan salah foto-foto dalam makalah tempatan. Maka kepada semua pelajar sejarah dan tok guru mereka, jaga-jaga pasal foto ni. Oleh sebab dia ni pemandu pelancong, maka foto-foto kemungkinan memang kepakaran dia.
Bila peminat sejarah Melayu adukan isu ini, Srikandi tahu mereka sudah semakin koyak sejak isu nama Bukit Melaka tempohari yang berjaya menggantikan nama 'Bukit St. Paul' tinggalan penjajah. Mereka sedar sumber-sumber bertulis sejarah Melayu yang diusahakan sarjana tempatan mesti diserang dan dinafikan sekarang. Ini kerana kegagalan mereka mempertahankan nama-nama penjajah dek penangan sumber Melayu seperti Sulalatus Salatin.
Mereka semakin takut sekarang. Maka ini terbukti orang Melayu sudah mula sedar sejarah mereka sendiri dan semakin ramai anak-anak Melayu mahu belajar sejarah mereka tanpa gangguan dari syaitan penjajah.
Maka para pelajar sejarah Melayu dan tok-tok guru anda, keluarkan lagi dan lagi makalah-makalah sejarah Melayu dan Malaysia mengikut kacamata pribumi. Sumber penjajah dah boleh diletak tepi dulu. Kalau ada ralat foto, takde masalah, perbetulkan. Terbitkan semula dengan lebih kemas. Jangan turunkan mana-mana makalah pun.
Tak payah takut dengan saka penjajah ini semua terutama pemandu pelancong yang klaim dirinya 'sejarawan Perancis' itu. Dahulu memang omputeh ini semua ditakuti, digeruni dan disembah macam dewa sebab mereka ada senjata api dan kapal perang canggih yang menakut-nakutkan pribumi. Sekarang kita sudah mentadbir tanahair kita sendiri. Kitalah berhak menulis sejarah mengikut kacamata kita sendiri.
Ralat-ralat tu takpe, baiki mana yang perlu... pelan-pelan hasilkan makalah, lama-lama pakarlah. Sementelah sejarah kita itupun diseleweng oleh spesis 'sejarawan Perancis' ini dulu. Berapa banyak manuskrip Melayu dulu dirompak penjajah dan diangkut ke dalam kapal The Fame, lepas itu kononnya tenggelam. Alih-alih kita sekarang tahu ribuan manuskrip Melayu bertebaran satu dunia. British Museum tu ha... memiliki reputasi sebagai muzium perompak artifak sejarah terbesar dunia. Piramid tu... sebab berat sangat, kalau tak si penjajah dah lama angkut letak dalam muzium dia.
Jadikan kritikan mereka itu sebagai kelebihan untuk kita memantapkan lagi kajian dan persembahan makalah kita nanti. Buat sampai elok sampai saka penjajah mati akal.
Jadi kepada para sarjana tempatan, teruskan! Buat lagi banyak makalah. Supaya senang anak cucu kita akan merujuk nanti. Kalau ditanya kelak oleh saka penjajah, mana sumber kamu? Ini dia buktinya! Kita lawan naratif penjajah!
Sepertimana tertegaknya nama Bukit Melaka, Srikandi percaya jiwa-jiwa kosong mereka akan terus menderita, roh-roh mereka akan terus terseksa. Selagi kuasa dalam tangan, kita pertahankan apa yang ada.
~Srikandi
fight for your history
*dapatkan alter terahsia di sini: https://shope.ee/A9i0MoPMGo
Copy and paste:
22 Januari 2024 > 11 Rejab 1445: 9.38

No comments:

Post a Comment