ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 8 January 2024

PERISTIWA BERDARAH KALABAKAN

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor : 27 July 2022



Mungkin generasi hari ini ada yang tidak tahu tragedi berdarah Kalabakan pada 29 Disember 1963.
Nama Kalabakan mungkin tidak segah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dll....
Ianya adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Tawau Sabah. Nama pekan ini semakin dilupakan dalam lipatan sejarah tanahair. Namun disinilah pernah berlaku tragedi yang menyayat hati dimana gugurnya 8 wira tanahair manakala 18 lagi cedera. Wira-wira dari Batalion ke 3 Rejimen Askar Melayu DiRaja telah diserang hendap oleh seramai lebih kurang 130 anggota Kor-Komando Operasi (KKO) Indonesia ketika Konfrantasi. Malah lebih menyedihkan mereka diserang ketika sedang menunaikan solat Maghrib.
Antara wira-wira yang gugur ialah:
1. 5415 Major Zainal Abidin Yaacob - OC C kompeni 3 RAMD
2. 13960 L/Kpl Abdullah Bin Abd Rahman
3. 14447 Pbt Yusof bin Sulong
4. 14469 Pbt Samsuddin bin Yasin
5. 13784 Pbt Ismail bin Mansor
6. 11245 Pbt Abd Aziz bin Ghani
7. 11471 Pbt Ismail Mat
8. 11509 Pbt Mohd Zain bin Yaob.
Arwah ayah saya paling kanan sekali


Foto koleksi arwah ayah saya bersama KKO Indonesia di Tawau, 1964

Arwah ayah saya Allahyarham PW2 Maamor Bin Sudin pernah berkhidmat di Tawau ketika zaman Konfrantasi.
Tawau banyak meninggalkan kenangan saya dan keluarga. Ketika bertugas dengan kapal TLDM saya telah banyak kali pergi ke Tawau malah pernah mengunjungi Kem Tentera di Tawau dimana Arwah Ayah saya pernah ditugaskan ketika konfrantasi dulu. Malah Abang Sulong saya juga pernah bertugas di Sime Bank di Tawau.



Saya juga pernah sampai di Kalabakan dimana berlakunya tragedi berdarah itu...
Marilah kita bersama doakan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh-roh pahlawan kita yang telah gugur di medan perang demi bumi yang tercinta... AL FATEHAH....
** Foto hitam putih adalah koleksi arwah ayah saya yang masih saya simpan dalam album...

Posted on Blog:
8 January 2024 > 26 Jamadilakhir 1445H: 12.02 pm

No comments:

Post a Comment