ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 8 January 2024

PECCA DE MALACCA (PIECE OF MALACCA)

Posted by :
Hj Zulheimy Maamor > 26 August 2020



Tahukah anda jenis meriam yang dipamerkan di Lisbon Military Musuem di Portugal ini adalah meriam Kerajaan Melayu Melaka yang dirampas oleh Portugis pada tahun 1511.
Ianya adalah jenis 'forged-welded wrought iron cannon', berukuran panjang 336 cm, saiz kaliber 17.5 cm, dan boleh menembak peluru batu atau besi seberat 17.5 kg (38 lb) sejauh 650 hingga 3,700 meter. 14 orang askar diperlukan khusus untuk operasi artileri termasuk proses penjajaran & pembedilan.
Catatan dari Alfonso de Alburquerque (Comentários do Grande Afonso de Albuquerque) bahawa ada lebih kurang 3,000 senjata api dirampas oleh penjajah Portugis selepas tentera Melaka berundur. Ada catatan lain mengatakan 8,000 senjata api.
Apa yang diilustrasikan di buku buku sejarah zaman saya dulu yang tentera Melaka menggunakan keris dan lembing adalah pembohongan sejarah semata-mata yang dicipta oleh orientalis orientalis barat.... sehingga ada pembesar Melayu sendiri pernah menyindir kata orang Melayu nak merdeka tapi nak buat jarum sebatang pun tak tahu....
Ye memang betul ... orang Melayu tak buat jarum ... dia buat meriam ...
Ada ke lojik Pelabuhan Melaka yang digelar Venice of the East di kawal oleh askar askar yang hanya bersenjatakan Keris dan Lembing... sedangkan Melaka tersenarai antara pelabuhan terkaya di Dunia pada zaman itu....
itu masalahnya kalau buta sejarah...
Bangsa sendiri di hina ...bangsa penjajah di agung agungkan... Sedangkan Tamaddun kebanyakannya bermula di Asia... bukan Barat...
Semoga Tamadun Sungai Batu akan dibongkar satu persatu... Aamiin....

Posted on Blog : 8 January 2024: 9.28 am / 26 Jamadilakhir 1445H

No comments:

Post a Comment