ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 January 2024

NOSTALGIA - BERHARI RAYA DI TENGAH LAUT....

Posted by Hj Zulheimy Maamor
11 June 2018

Setiap Aidilfitri, kita bergembira menyambut hari raya bersama keluarga tercinta, namun tidak harus kita lupakan mereka yang tidak dapat merasai suasana itu kerana tugas yang diamanahkan kepada mereka....
Saya telah merasai pengalaman ini sewaktu bertugas dengan kapal-kapal TLDM... merasai suasana berhari raya di tengah lautan luas yang tidak bertepi, meredah sungai Batang Rejang di Sibu Sarawak dalam rondaan Ops Jala Aman 1, dan rondaan EEZ di Laut Cina Selatan yang luas terbentang... Sepanjang 16 tahun berkhidmat dengan TLDM...seingat saya hanya 4 kali saya berpeluang menyambut Hari Raya bersama keluarga... itu pun ketika saya bertugas di Pengkalan (base)... sepanjang bertugas di Kapal... tak pernah sekali pun saya dapat pulang ke kampung... itu lah kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat saya.. namun demi tugas kami tabah menghadapi suasana hari raya di tengah lautan....

1. KD GANAS - 1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE) - WOODLANDS, SINGAPURA (1981)
Kapal pertama saya dengan TLDM tahun 1981 berpengkalan di Woodlands, Singapura. Ini adalah pengalaman pertama saya berada di Lautan ketika bulan Ramadan.



2. KD RAJA JAROM - 32ND SEALIFT SQUADRON, WOODLANDS,, SINGAPURA (1981/82)
Dengan kapal ini sempat berhari raya di Sabah dan Sarawak. Ketika itu Ops Terumbu di Terumbu Layang-Layang tahun 1981/82. Terumbu Layang-Layang terletak di Perairan Sabah.
Di pagi Raya ada helikopter TUDM hantar juadah Hari Raya dari Badan Kebajikan Keluarga ATM (BAKAT) .


Berhari Raya di Perairan Sabah dan Sarawak 


Sekarang tempat ini dah cantik, dah jadi Resort


Semasa OPS TERUMBU di Terumbu Layang-Layang di perairan Sabah...sekarang dah jadi Layang-Layang Resort , tempat peranginan dan pelancongan.

3. BOT LANCANG SUNGAI (RIVERINE PATROL BOAT), KD SRI REJANG, SIBU, SARAWAK (1983/84)
Bertugas dengan bot Ronda Sungai menjalan tugas rondaan sungai di sepanjang Sungai Rejang di Sibu, Sarawak. Sungai yang terpanjang di Malaysia. Masih ingat pagi Raya  tahun 1984, pakai Baju Melayu sambut raya di Dewan Makan, tengahari tukar uniform celoreng, terus buat tugas rondaan di Sungai Rejang.








4. KD PENDEKAR, 2ND SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE), PASIR GUDANG, JOHOR (1985)
Dengan kapal Ronda ini saya tak sempat belayar kerana hanya sebulan lebih sahaja sahaja di sini kerana nama saya naik untuk berkursus di KD Pelandok, Lumut, Perak. 


5. KD MUTIARA, 36TH HYDROGRAPHIC SQUADRON, LUMUT, PERAK (1985/86)
Bertugas dengan Kapal Pengukur Dasar Laut ini juga satu tugas yang mencabar kerana kapal ini antara kapal-kapal yang jarang berada di Jeti, sentiasa di Samudera Raya. Berpuasa dan berhari Raya sekali lagi di perairan Sabah membuat tugas pengukuran dasar laut di Terumbu Layang-Layang. 
Dengan kapal ini juga sempat belayar ke India dan Republic of Maldives tahun 1985. 







6. KD GANYANG > 1ST SQUADRON FAST ATTACK CRAFT (MISSILE), LUMUT, PERAK (1986/87)
Dengan kapal Ronda ini juga bertugas di perairan Sabah iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan. Menyambut Hari Raya di Perairan Terumbu Layang-Layang. 



7. KD PANAH > 14TH SQUADRON PATROL CRAFT, KUANTAN, PAHANG (1987)
Bertugas dengan Kapal Ronda Skuadron 14 ini lebih banyak tertumpu di Laut China Selatan mengawal bot-bot Nelayan Siam yang sering menceroboh perairan Negara dan menganggu bot nelayang tempatan. Masih ingat malam Raya beristirehat di Pulau Perhentian dan menyambut Pagi Raya di tengah laut. 
Malam Raya ambil kaset recorder dan menari-nari di atas dek Kapal untuk hilangkan kesedihan dan sayu teringat kampung halaman di malam raya....







8. KD SRI NEGRI SEMBILAN, 12TH SQUADRON PATROL CRAFT, LUMUT, PERAK
Bertugas dengan Skuadron ke 12 Kapal Ronda, banyak tugasan mengawal kawasan perairan Pulau Bidong di Terengganu yang ketika itu menjadi penempatan Pelarian Vietnam sebelum dihantar ke negara ketiga. 



9. KD LEKIR, 22ND CORVETTE SQUADRON, LUMUT, PERAK
Ini antara kapal-kapal TLDM yang juga jarang bertambat di Jeti, sentiasa di Samudera Raya.... saya tak ingat berhari raya di mana semasa bertugas dengan kapal ini.... cuma saya ingat kami berhari raya di laut juga....
















Itulah secebis pengalaman saya sepanjang berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia selama 16 tahun (1980-1996). Telah merasai meyambut Aidilfitri dan Aidiladha di tengah lautan dan Sungai di Sarawak. 

Kepada anggota pasukan Keselamatan dan lain - lain agensi yang terpaksa bertugas di Hari Raya... saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ... sesungguhnya tugas murni yang kalian pikul pada hari yang berbahagia ini ada ganjarannya disisi Allah s.w.t. ..... isnyaAllah....

Latest Upddate:
6/1/2024 : 11.22 pm


No comments:

Post a Comment