ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 21 January 2024

JEJAK MELAYU DI BUMI AMERIKA

SUMBER: THE PATRIOTS
2 DISEMBER 2015

Membaca perkongsian admin JB semalam, saya terpanggil untuk berkongsikan semula sebuah artikel yang pernah dinukilkan oleh saya suatu masa dahulu, tentang hipotesis saya bahawa orang Melayu adalah bangsa pertama yang menemui benua Amerika, lebih awal daripada orang Arab dan juga China serta sudah tentu, si Christopher Columbus.
----------
Sesungguhnya hipotesis dan teori yang akan kami bentangkan ini bukanlah kami sesuka hati mengarangnya, tetapi ianya bersandarkan bukti-bukti daripada sejarah itu sendiri. Justeru, sebelum hukuman dan penilaian di lakukan, semoleknya dihabiskan bacaan mengenai tamadun bangsa Melayu.
Perlu diketahui dalam artikel ini kami akan paparkan bukti yang merangkumi orang Melayu itu sendiri dan juga etnik-etnik lain dalam keluarga rumpun Melayu atau yang lebih diterima dalam dunia akademik, nama Austronesia ataupun Melayu-Polinesia.
1. Sebelum kita melangkah jauh, perlu rasanya saya memetik beberapa sumber untuk menerangkan kepada kita bahawa bangsa Melayu itu merupakan bangsa yang memang sudah lama bermain dengan lautan.
Bangsa Melayu ialah bangsa paling awal dan pertama di dunia berlayar di lautan menurut buku The Human Journey: A Concise Introduction to World History oleh Kevin Reilly. Link printcreen daripada buku yang memperkatakan demikian adalah di bawah.

2. Kemampauan Melayu menongkah arus lautan bukan sebuah kisah dongeng lagi. Selain Dalam buku The Books of the Wonders Of India yang ditulis oleh seorang penulis Islam menyebut dalam tahun 945 Masihi, sebuah ekspedisi yang sangat mengagumkan di luar pantai Afrika Timur dengan armada 1000 kapal-kapal dari Hindia Timur (merujuk kepada Nusantara) telah berlaku. Abad kemudianya pada tahun 1154 pula menyaksikan seorang ahli geografi arab bernama Idrisi menulis dalam Kitab Rujjar bahawa:
“Rakyat kepulauan daripada Zabag (panggilan Arab untuk Srivijaya) datang ke tanah Zanj atas kapal-kapal kecil dan besar … untuk mereka memahami satu bahasa yang dituturkan antara satu sama lain. Penduduk Zabag pergi ke tanah Sofala (berhampiran Beira , Mozambique ) dan mengeksport besi dari sana lalu membekalkannya kepada semua tanah-tanah India Tiada besi setanding dengan mereka dalam kualiti dan ketajaman. . ”

3. Dalam buku Maritime Southeast Asia to 1500 tulisan Lynda Shaffler mengatakan bahawa bangsa Melayu sebenarnya telah membantu dan mengajar orang Cina dalam bidang perlayaran. Lynda Shaffler dipetik berkata demikian dalam bukunya yang menceritakan seperti berikut:
“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."

4. Cukup dengan 3 bukti pertama yang membuktikan kemahiran perlayaran orang Melayu. Maka kita terus melompat kepada topik kita, apakah orang Melayu antara bangsa terawal pernah sampai ke Benua Amerika?
Dalam buku yang bertajuk Ancient America In Notes On American Archeology, ada dicadangkan bahawa antara teori mengenai siapakah bangsa pertama yang datang dan berhubung dengan dunia tamadun Amerika Tengah. Dalam buku ini, John Dennision Baldwin membincangkan bahawa kemampuan bangsa Melayu meninggalkan jejak sejauh Easter Island dan Afrika Timur, membuatkannya penulis buku ini sukar untuk mempercayai bahawa jika orang Melayu tidak pernah sampai ke benua Amerika.
Dalam bukunya ini, ada dijelaskan bahawa sebelum Columbus sampai ke Benua Amerika lagi, orang Jepun dan China mengenali benua Amerika sebagai Fushang. Kalau orang cina dan Jepun pun mengenali benua ini, orang Melayu yang mempunyai kemahiran perlayaran yang lebih hebat daripada mereka sudah pasti sudah mengenali benua ini jauh lebih awal daripada Jepun dan Cina.

5. Berdasarkan buku Polynesian Researches, Volume 1, tulisan William Ellis, pada halaman 122, ada mengatakan bahawa terdapat penemuan tengkorak di gua di Kentucky dan Tennessee. Sebahagian pengkaji berpendapat bahawa tulang itu adalah milik orang Melayu, serta Polinesia.
Antara bukti-bukti penemuan yang didapati di gua itu bersama dengan tengkorak itu ialah tubuh tengkorak itu dibaluti oleh jubah yang agak serupa seperti yang terdapat di Hawaii dan juga Fiji. Berdasarkan penemuan ini, penulis buku ini menyimpulkan bahawa kemingkinan besar bahawa orang Melayu dan Polinesia mempunyai perkaitan yang rapat dengan penduduk asli Amerika Utara.

6. Berdasarkan majalah Fountain Magazine, isu ke-58. pada tahun 2007, ada menyebut mengenai penemuan sebuah batu di gua di El Savador di Corinto. Dalam batu itu tertulis sebuah tulisan yang dipercayai tulisan jawi yang bermaksud:“Malaka Haji Malaya.”

Batu ini dipercayai berusia seawal abad ke-13 Masihi. Dipercayai datang dari Kesultanan Melayu Melaka. Perlu diketahui bahawa usia terbaru Melaka adalah disebut 1262, jadi tidak hairan kalau sudah ditemui sebuah batu di mana nama Malaka tertulis padanya. Pengembaraan orang Melayu ini adalah ratusan tahun lebih awal dari armada Cheng Ho yang menemui benua Amerika suatu masa dahulu pada abad ke-15 Masihi.


7. Muhammad Yamin di dalam bukunya “History Of America” ada menyatakan bahawa penduduk asli Amerika sampai ke benua Amerika daripada tiga gelombang. Gelombang pertama datang selat Bering, kira-kira 13000 tahun yang lalu daripada orang Mongol. Gelombang kedua pula datang daripada orang Austronesia/Melayu-Polinesia yang merentasi lautan Pasifik. Untuk gelombang ketiga pula didapati bahawa ianya datang daripada pelayar Austronesia/Melayu-Polinesia daripada New Zealand dan juga Asia Timur (merujuk kepada Asia Tenggara, Nusantara, dan juga kepulauan-kepulauan pasifik). Dia membuat hipotesis bahawa penduduk asli Amerika adalah campuran kepada dua ras bangsa ini.

8. Sebenarnya terdapat perkaitan yang dijumpai antara Tamadun Melayu dan Tamadun Maya, sebuah Tamadun Purba milik bangsa Maya yang boleh dijejak seawal 2000 tahun sebelum Masihi. Menurut Professor Cyrus Thomas, daripada Bureau Ethnology, Washington, U.S.A, beliau telah menulis sebuah jurnal yang bertajuk Mayan And Malay membincangkan soal ini, begitu juga dengan dalam makalah Notes On Mayan And Malay, tulisan Edward Tregear. Antara yang dibangkitkan perkaitan antara orang Melayu ialah sistem kalendar orang Melayu purba dan juga bukti linguistik yang mengaitkan Melayu dan Maya, menunjukkan bahawa suatu masa dahulu pernah ada pertembungan antara mereka.

(Bukit)
Maya - puk,
Maori puke,
Filipina – bukit
Melayu - bukit,
Magindano – puked
Akar kata dalam perkataan bukit ini ialah pu.

Kita lihat perkataan lain pula dalam memperkatakan tentang kesamaan linguistic antara Melayu dan Maya. Kita ambil perkataan ‘tanah’ untuk mencari kesamaan dalam linguistic antara bahasa Melayu, Austronesia dan Maya. Saya paparkan di bawah sebagai contoh:

(Tanah)
Melayu – tanah
Maya – tanah
Dayak – tanah
Malagasy – tani

(Kuku)
Maya – Kukum
Melayu – Kuku
Maori – Tuku
Samoa – Tutu
Tonga – tuki

(Naik)
Maya - Naac, Nacal, Naacan
Melayu - Naik, Naikkan,

(Makan)
Maya - Makah
Melayu - Makan


9. Selain Candi Sukuh yang didapati menyerupai piramid Maya, terdapat ukiran-ukiran yang sebenarnya sangat misteri ditemukan di nusantara di beberapa buah candi yang terkenal. Sebagai contoh, saya tidak boleh ambil banyak dalam artikel kali ini. Lihat foto di bawah di candi Penataran:

Foto relief di Candi Penataran ini sebenarnya menyerupai tanaman kaktus. Bandingkan dengan foto tanaman kaktus di sebelahnya. Persoalan yang perlu kita fikirkan, adakah di wilayah Nusantara pada waktu itu telah ada tanaman kaktus? Persoalannya saaya tinggalkan kepada anda. Mahu melihat relief-relief aneh yang seolah-olah menceritakan mengenai Benua Amerika boleh ke link blog admin kami: http://lokalgenius.blogspot.com/.../misteri-peradaban...

10. Tidak cukup dengan itu, penemuan persamaan bahasa antara Bahasa Melayu dan salah satu daripada penduduk asli di Brazil juga mengejutkan sama sekali, membuktikan bahawa orang Melayu sudah mula sampai di benua Amerika suatu masa dahulu. Dalam buku Across Unknown South America, tulisan Arnold Henry Savaage Landor ada diceritakan mengenai persamaan antara Bahasa Melayu dan bahasa penduduk asli Amerika, Bororo.
Penulis buku ini mendakwa bahawa antara penemuan persamaan bahasa adalah penggunaan perkataan Melayu dan juga bahasa Bororo. Antara persamaan linguistik yang ditemui ialah penggunaan kalimah metiri dalam bahasa Bororo dan juga penduduk asli Apircar, yang menggunakan ahra melambangkan matahari.

11. Seorang insan yang sangat terkenal dalam sejarah Melayu, Panglima Awang Hitam juga dikatakan berjaya menjejakkan kaki ke Amerika Selatan dalam pelayaran mengelilingi dunia bersama dengan Ferdinand Magellan.

12. Antara bukti-bukti awal, yang sebenarnya menyentuh secara umum keluarga yang lebih besar, iaitu rumpun Melayu-Polinesia atau Austronesia adalah di mana ujian DNA terbaru yang dilakukan telah membuktikan bukan orang Norse ataupun Columbus yang menemui benua Amerika tetapi ras rumpun ini.

Ujian DNA yang dijalankan ke atas ubi keledek didapati bahawa tumbuhan ini adalah pribumi di bumi Amerika. Ianya dipercayai mula ditanam kira-kira 8000 tahun yang lalu di Andes. Orang Eropah hanya mengenali ubi keledek apabila mereka mula menemui benua Amerika. Tetapi aneh sekali apabila ketika Kapten Cook mula singgah di New Zealand dan Society Island, mereka dapati bahawa ubi keledek sudahpun wujud sejak sekian lama di New Zealand. Dan Society Island. Diramallkan bahawa ubi keledek sudah mula wujud di Cook Island seawal 1000 SM.
Dalam saya membuat kajian mengenai ubi keledek, saya dapati bahawa bangsa Melayu dan ubi keledek seperti tidak dapat dipisahkan. Pelbagai petua tradisional yang saya percaya datang dari nenek moyang kita dahulu mengenai khasiat-khasiat ubi keledek membuktikan bahawa nenek moyang kita sudah mengenali ubi keledek jauh lebih awal dari bangsa eropah.
Dalam pencarian saya mengenai asal-usul Ubi Keledek ini, saya datang dengan sebuah penemuan bahawa tamadun Melayu dan ubi keledek ini adalah sangat sinonim. Dalam sebuah buku tulisan Faridah Abdul Rashid, dalam sebuah buku bertajuk Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore, pada bab khusus Malay Civilisation In The Eyes Of The Orang Melayu, ada di sebut bahawa antara makanan awal yang dimakan oleh orang Melayu ialah ubi keledek dan ubi kayu sebagai makanan ruji sebelum pengaruh India dan Cina datang kepada bangsa Melayu. Lebih menariknya, ubi kayu juga berasal dari benua Amerika.

13. Dalam buku yang bertajuk, A Nation Now Extinct: American Indian Origin Theories as of 1820: Samuel L. Mitchill, Martin Harris, and the New York Theory karangan Richard E. Bennett . dia telah mengemukakan teori dan bukti tentang kaitan keturunan di antara red indian dan melayu. dia juga bersetuju bahaw aztecs adalah orang melayu.

14. Kesimpulannya, terdapat banyak bukti-bukti yang boleh disandarkan dalam mengatakan bahawa orang Melayu juga pernah sampai ke benua Amerika. Namun, sekali lagi yang saya suka ingatkan, artikel ini masih lagi bersifat teori dan hipotesis di mana pada bila-bila masa sahaja boleh berubah berdasarkan penemuan-penemuan terbaru. Tetapi yang perlu kita ketahui bahawa ilmu laut bangsa Melayu sudah cukup hebat dengan penemuan-penemuan sisa-sisa tamadun Melayu sejauh Afrika Selatan dan juga Hawaii,


-HE


Copy and paste:
21 January 2024 > 9 Rejab 1445H: 12.25 am