ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 14 January 2024

DULU LAIN, SEKARANG LAIN

Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
26 September 2021

Pagi ini layari FB ada kawan pos lagu Allahyarham Tan Sri S.M. Salim..Layan kejap lagu "Dulu Lain Sekarang Lain"
Dulu Lain… Sekarang Dah Lain…
Dulu Bujang… Sekarang… Dah Kahwin…
Ha, dah pun kahwin.
Kaf ha wau ya nun:
Sambil melayan lagu ni.... terkenang pula zaman kanak-kanak, zaman remaja dan zaman muda....
"Haa...dulu seringgit , makan seorang
Sekarang seringgit.... teh tarik pun tak lepas.....
Namun yang pasti, zaman kanak-kanaklah yang paling menyeronokkan....hanya tahu bermain dan berseronok.... dan pasti zaman itu hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita....
Kanak-kanak zaman saya dulu (60 an / 70 an).. tidak sama dengan kanak-kanak hari ini. Kanak-kanak dulu mereka bersosial dan bermain beramai-ramai, mandi di sungai beramai-ramai, bermain guli, Konda-Kondi, main getah dan macam macam lagi....
Kanak-kanak sekarang bersendiri dalam bilik bermain gadget seorang-seorang..mereka berkawan di atas talian dan alam maya....
Kanak-kanak dulu tidak semewah kanak-kanak sekarang... dulu permainan kebanyakan ada yang buat sendiri, nak main perang-perang, buat senapang kayu sendiri, nak beli tak mampu, main layang-layang pun buat sendiri, cuma bila dapat duit raya barulah merasa beli mainan di kedai...
Main bola pun guna kotak kasut atau kotak ubat nyamok. Kota ubat nyamok jadi tiang gol... kotak kasut untuk pemain..seronok kan masa tu...
Permainan dulu-dulu pun ada musim. Ada musim layang-layang, ada musim bermain guli...ada musim main galah panjang...
Anak-anak dulu juga terror bermandi sungai, jarang dengar yang mati lemas seperti sekarang....
Kalau dulu bermain di luar perkarangan rumah paling menyeronokkan, bermain di Sungai, Sawah ladang, ladang getah...
Namun tak pernah berlaku kanak-kanak hilang seperti sekarang... sekarang kanak-kanak bermain seorang-seorang diluar rumah pun boleh hilang tanpa dikesan....
Kini kawasan sawah ladang, kebun getah, ladang sawit sudah tidak ada lagi..... banyak yang sudah jadi kondominium dan kawasan perumahan, Segala-galanya sudah berubah.... sudah tidak banyak lagi kehijauan seperti dahulu.... yang banyak ialah hutan-hutan batu yang pesat membangun...
Dulu barang murah.... RM50 penuh satu trolley...sekarang RM50 dapat 2-3 barang je....
Dulu jalan-jalan yang lengang kini dah jadi Jalan 2 hala....
Dulu majlis kahwin, satu kampung dan sanak saudara bergotong royong, sekarang majlis kahwin orang datang makan, tengok dan pergi....
Dulu hidup tak berapa kaya... tapi makan kenyang tidor lena....
sekarang ramai yang kaya tapi hutang terbelenggu keliling pinggang.... hati sentiasa risau ...tidor tak tenang... asyik memikirkan harta takut kena curi, anak kena colek....
Betul kata orang Wang ringgit dan tilam yang empok belum tentu mampu membeli tidor yang lena... dulu tidor beralas tikar mengkuang tapi boleh lena sampai ke subuh....
Ya betul kata arwah S.M. Salim.... "Dulu lain Sekarang dah lain"
Jika diberi pilihan, saya lebih suka keadaan yang dulu walaupun serba kekurangan dan tidak secanggih sekarang, namun ia mampu memberi satu pengalaman yang berharga dan bernilai yang mewarnai kehidupan kami ketika itu....

Posted on Blog:
14 January 2024 > 3 Rejab 1445H: 10.23 pm

No comments:

Post a Comment