ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 16 January 2024

Bukit Melaka: Saka Penjajah Kepanasan

OLEH: CIK SRIKANDI

Nama 'Bukit Melaka' yang menggantikan nama 'Bukit St. Paul' adalah salah satu titik penting yang tersendiri dalam sejarah negara.
Ini adalah contoh keberkesanan 'political will'. Srikandi sudah menyatakan banyak kali yang kita perlukan 'political will' dan 'strongman' untuk melaksanakan banyak agenda negara. Proses membuat keputusan menjadi lembab dan gagal akibat terlampau melayan golongan-golongan tertentu yang merengek-rengek tidak ketahuan punca.
Namun, seperti yang dijangka... saka penjajah sudah kepanasan. Papantanda bertuliskan 'BUKIT MELAKA' itu bagaikan sumpahan yang mengerikan ke atas jiwa-jiwa mereka yang kosong.
Di sini ada contoh terbaik kekeliruan yang sengaja ditimbulkan si saka penjajah. Antaranya:
1) There are no Malay sources during the Melaka Sultanate mentioning the Hill.
Sulalatus Salatin sudah cukup menjadi sumber Melayu terpenting tentang nama bukit ini kerana ia adalah riwayat (chronicle) kepada Kesultanan Melaka dan sumber-sumbernya adalah sezaman dengan Kesultanan Melaka. Jadi, walaupun khazanah penulisan dan persuratan Melayu di Kota Melaka musnah pada umumnya (akibat peperangan atau dibakar Portugis), masih ada salinan-salinannya seperti dinyatakan di permulaan Sulalatus Salatin (A. Samad Ahmad);
"Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."
Salinan-salinan inilah yang dikumpul semula dan dijadikan Sulalatus Salatin. Lihat, tindakan nenek moyang ini betul dan berguna untuk menangkis fantasi si saka penjajah ratusan tahun kemudian.
2) The first known source naming the Hill is Chinese. The Veritable Records of the Ming Dynasty in 1405 called the Western Hill, Mont Zhen-guo, “the mountain that protect the country”.
Itu adalah nama yang diberi orang asing ke atas tempat di sini. Ia adalah perkara biasa dalam catatan imperial China sebagaimana nama 'Funan', 'Chih-Tu' atau '"Lang-ya-xiu'. Adakah orang tempatan menamakan nama negerinya dengan nama China? Sudah tentu tidak. Ini tidak masuk akal. Ia tidak boleh dijadikan bukti sementelah ada nama yang diberi pribumi Melayu sendiri untuk tempatnya. Terus menjadikan nama yang diberikan orang asing ke atas sesuatu tempat sebagai bukti mutlak adalah tidak akademik.
3) No other sources during the Melaka Sultanate (Arabs, Chinese, and Italian travellers) mentioned the Hill.
Adalah pelik apabila orang Melayu sudah pun memberikan nama kepada tempat tinggalnya, tetapi si saka penjajah ini tidak berpuashati dan seolah-olah mahukan 'persetujuan' daripada masyarakat antarabangsa. Sebenarnya tidak perlu pengesahan daripada orang asing apabila terdapat bukti sahih dalam sebutan tempatan. Orang Melayu bebas menamakan bukit itu kerana ianya di dalam tanahairnya.
4) The first European to mention the Hill is Afonso de Albuquerque, writing to the King of Portugal in 1512: “I need excavators and masons… for the hill of Malacca, where stands your fortress… from the river, around the hill to the sea”. His son, Bras, wrote in 1557: “This king… built upon the mountain of Malaca great palaces”. It looks more like factual geographical mentions than the name of a Hill.
"It looks more like..." itu hanyalah keraguan yang ditimbulkannya sendiri dan tidak boleh dijadikan bukti. Apabila di dalam Sulalatus Salatin sendiri memanggilnya 'Bukit Melaka' maka sudah tentu Portugis mengenalnya begitu secara umum. Tidak pula disebut "hill of ChinĂªs" atau "hill of kings" atau sebagainya tetapi 'hill of Malacca". Ini penting ketika dalam peperangan, nama bukit ini mesti tepat dengan nama yang dikenal orang tempatan, jika tidak akan menjadi kekeliruan ketika merangka serangan. Apabila Afonso de Albuquerque menyatakan begitu dalam surat rasmi kepada rajanya, maka itulah nama piawai yang diberikan penduduk Melayu kepada orang asing.
5. Tome Pires did mention once “Malacca hill”, but taking a closer look at “the hill of Malacca”, Pires wrote: “when the king arrived, he saw three hills almost together… the hill of Boqua China… the hill of the Alacras… and the hill of the animal (monte Dalimaria) where this famous fortress now is.” Animal Hill (Bukit Binatang)? Was it the name given by the people of Melaka during the Sultanate in memory of the famous kicking deer?
Menariknya Tom Pires juga mencatatkan: "As these Celates and robbers (who sometimes fished for their food, with their huts and their wives and children on the land) lived near the hill which is now called Malacca, where there is the famous fortress of Malacca..."
Ini bermakna, nama bukit ini yang dikaitkan dengan Melaka adalah lebih kerap disebutkan. Ada pengomen ('Wayfarer Sang Kelana' seingat saya) cuba meminta si saka penjajah mengulas tentang tulisan Tom Pires yang ini tetapi dia mengelak-ngelak berpusing-pusing ayat dia sehingga akhirnya dia memadam komen itu terus! Ini bermaksud, dia hanya memetik perenggan lain untuk menimbulkan keraguan yang tidak perlu sementelah perenggan-perenggan lain jelas merujuk bukit itu sebagai 'Bukit Melaka'.
Saka penjajah sempat mempersoalkan nama 'Bukit Melaka' yang diberi oleh Orang Selat atau Orang Laut itu. Kononnya lebih awal dari ketika Iskandar Syah/Parameswara datang. Apa yang dia tidak faham, Orang Laut adalah pengikut raja Melaka pertama itu! Orang Laut dan Orang Selat adalah suku-suku Melayu Asli yang membentuk orang Melayu moden pada hari ini. Malah tetap dipanggil nama 'Bukit Melaka' bukannya 'Bukit Cina' atau lainnya. Jika dia mengiktiraf nama 'Bukit Melaka' dari Orang Selat atau Orang Laut itu maka nama 'Bukit Melaka' lebih lama wujud, sebelum Kesultanan Melaka!
6. The transliteration of Sulalatus Salatin by A Samad Ahmad (1979) did mention “Bukit Melaka” but the latest transliteration of Raffles MS n°18 by Abdul Rahman Haji Ismail published by MBRAS in 1998, did not: “Maka pencuri itu lari ke atas bukit.” I advise PERZIM to invite philologists to look at the 32 manuscripts available for a more conclusive remark.
Menariknya, persoalan ini dijawab oleh salah seorang pengomen (Saufy Jauhary): "Terjemahan CC Brown, Abdul Rahman Haji Ismail dan Muhammad Haji Salleh bersumberkan satu naskhah manuskrip iaitu Raffles No. 18. Sebab itu ketiga-tiga terjemahan tersebut tiada nama Bukit Melaka kerana dalam manuskrip tersebut tidak ada dinyatakan. Walhal majoriti manuskrip Sulalatus Salatin ada menyatakan nama Bukit Melaka. Manuskrip yang saya lampirkan di bawah ini mencatatkan nama Bukit Melaka iaitu manuskrip OR 1703, OR 3210, OR 16214 dan OR 14734. Keempat-empat manuskrip ini tidak digunakan oleh kesemua terjemahan yang anda telah nyatakan."
Ini bermakna majoriti versi Sulalatus Salatin menyebutkan Bukit Melaka'. Namun si saka penjajah tetap mahu memilih segelintir versi yang hanya menyebutkan 'bukit' sahaja.
7. None of the earliest Portuguese writers, Duarte Barbosa (1518), Gaspar Correia (1550), Fernao Lopez de Castanheda (1552), Joao de Barros (1553), nor Damio de Goes (1566) mentioned “Melaka Hill’. Interestingly, de Barros gave us the name used during the Portuguese era: “Hill of Our Lady”, in reference to the little chapel built in 1521.
None of the other sources (Arab, Chinese, Dutch, French, Italian, Persian or Portuguese) gave us the name of the Hill during the Portuguese era.
Sekali lagi mengapa perlu memaksakan bukti dari sumber orang asing menyebut nama bukit tersebut apabila orang Melayu sendiri sudah pun memberikan namanya? Adakah orang Melayu dilarang memberikan nama kepada tempat tinggalnya sendiri? Ini satu bukit yang berada di Kota Melaka, berdekatan dengan istana dan masjid agung Melaka! Aneh jika orang Melayu 'terlupa' menamakan bukit ini.
Bagaimana dengan 'Buquet Malaca' di peta lama dalam naskhah Description of Malacca oleh Manuel Godinho de Eredia yang mencatatkan ia seawal tahun 1411?
8. In his Description of Malacca (1613), Manuel Godinho de Eredia wrote twice “the hill” without a name and he mentioned “Buquet China”, “Buquet Piatu” and “Buquet Pipi” on two maps and in his text, but never “Buquet Malaca”.
He did mention “Buquet Malaca” on one map called “Malaca Antiga” (Old Melaka), depicting Melaka two centuries earlier, with more questions than answers.
"..more questions.." itu hanyalah kekeliruan yang sengaja ditimbulkan. Jika nama 'Bukit China' atau 'Bukit St. Paul' maka "no more questions!" baginya.
Mengaku juga dia akan sumber ini cuma disebabkan sebut juga Buquet Malaca' bukan 'Buquet Chine' atau 'Buquet Frank' maka dia terpaksa menimbul-nimbulkan keraguan yang tidak perlu. Kalau 'Hill of Our Lady' ke atau 'Mont Zhen-guo' ke tiada masalah baginya. Masalah terbesar saka penjajah ini ialah jika disebut:
BUKIT MELAKA.
Srikandi tertarik dengan kenyataan bahawa betapa alergik-nya si saka penjajah dengan papatanda 'Bukit Melaka' itu. Seolah-olah papantanda itu saban waktu, siang dan malam telah menyeksa tubuh dan batinnya sentiasa. Maka sungguh giat dia berusaha menegakkan benang yang basah. Jika papantanda itu berjaya diturunkan, maka legalah jiwanya, sembuhlah penyakit 'anxiety' dia agaknya.
Justeru, jagalah nama 'Bukit Melaka' ini. Mereka tidak mampu nak membakar sumber-sumber sejarah kita (saya tak fikir mereka bertindak sejauh itu, contohnya membakar 'stor' di Arkib Negara atau Perpustakaan Negara) tetapi mungkin mereka akan cuba merasuah pemimpin Melayu dan mempengaruhi 'cendekiawan' Melayu yang lemah jatidiri.
Dulu orang putih ini sangat dikagumi, ditakuti dan digeruni. Penjajah Eropah ini bebas membakar sumber sejarah tempatan dan meratakan rumah dan istana raja Melayu. Mereka di'sembah' oleh pengkagumnya umpama dewa-dewi. Tetapi bukan lagi pada hari ini.
Tak perlu takut kepada orang putih bagai ini. Mereka ada dua mata, dua lubang hidung seperti kita. Darah mereka merah seperti kita. Bukan semua benda mereka tahu lagi-lagi berkaitan sejarah kita. Selagi ada kuasa di tangan kita maka kitalah pribumi yang menentukan sejarah kita dari kacamata kita sendiri.
Adakah papantanda 'Bukit Melaka' itu telah mengambil walau sesen pun dari harta mereka? Tidak, namun anehnya nama 'Bukit Melaka' itu begitu membuatkan sekujur tubuh mereka menggeletar tidak keruan bagaikan cacing kepanasan.
~Srikandi
For Justice in History

Copy and paste:
16 Januari 2024 > 5 Rejab 1445H: 11.47 pm

No comments:

Post a Comment