ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 6 January 2024

57 Tulisan Di Dunia Berasal Dari Tulisan Hiroglif

Sumber: The Patriots Studio




Secara ringkasnya, sejarah tulisan Arab ni dapat dijejak kepada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan bahawa tulisan Arab adalah daripada tulisan Nabatea, iaitu sebuah tamadun pra-Islam orang Arab yang menulis dokumen, batu bersurat, catatan mereka dalam tulisan Aramaik.
Orang Arab zaman pra-Islam di Tamadun Nabatea memang terkenal dengan menulis dalam Bahasa Aramaik, dengan sedikit pengaruh bahasa Arab. Tapi kemudian, muncul manuskrip penuh dalam Bahasa Arab dalam tulisan Aramaik, masih datang daripada Nabatea.
Hanya pada tahun 328 Masihi, sebuah epitaf dibuat untuk seorang raja bernama Mal Qays atau Imrou Qays, isi kandungannya adalah bahasa Arab, sepenuhnya bahasa Arab, walau masih ditulis dalam bahasa Aramaik.
Jadi, dah tentu dalam pengkajian para sarjana, dalam mereka nak jejak asal-usul tulisan Arab ini, mereka akan melihat pada evolusi tulisan Aramaik ini. Seperti mana tulisan orang Melayu zaman pra-Islam seperti tulisan Malayu (Kawi Sumatera) dan Rencong. Mereka akan melihat pada tulisan Pallava yang pernah digunakan orang Melayu ketika zaman Srivijaya untuk mengkaji asal-usul, begitu juga pada tulisan Arab. Tulisan Aramaik dikaji bagi menentukan asal-muasal tulisan Arab yang diinspirasi daripadanya.
Tulisan Aramaik yang digunakan oleh Arab Nabatea pada papyrus (kertas yang berasal dari Mesir Purba) lebih bersifat bersambung, dan ditulis secara pantas. Tulisan Aramik yang ditulis dalam keadaan sebegini yang menimbulkan evolusi yang kemudian menjadi tulisan Arab.
Pengkaji seperti Layla Nehmé yang mengkaji tulisan-tulisan Nabatea pada abad ke-3 hingga ke-5, yang di mana beliau dapat melihat evolusi tulisan Aramaik yang mula bersambung, mula berevolusi membentuk tulisan Arab yang kita mula kenali hari ini.
Dan bagaimana fakta ini dapat dikaitkan bahawa tulisan Arab ada kaitan dengan tulisan Mesir Purba? Senang sahaja, kaji pula tulisan Aramaik, ia bersusur galur dengan tulisan Phoenicia, yang berasal dari tulisan Proto-Sinaitic.
Tulisan Proto-Sinaitic ini yang dicipta oleh masyarakat Kanaan suatu masa dahulu, paling awal kira-kira 1850 SM lalu, apabila masyarakat Kanaan mengambil inspirasi daripada tulisan Mesir Purba.
Tulisan ini melahirkan tulisan Phoenician, yang kemudian akan berevolusi melalui dua cabang, cabang pertama kepada tulisan Greek, yang melahirkan tulisan Latin yang kemudian membentuk tulisan Rumi kita. Satu lagi melahirkan tulisan Aramaik yang melahirkan tulisan Arab dan Ibrani.
Dan kalau anda perasan, pada gambar featured, ada bahagian yang tertulis Ancient South Arabian, ini merujuk kepada tulisan yang ditemui digunakan oleh tamadun-tamadun Arab Purba di Selatan Arab, berbeza dengan tamadun-tamadun Arab di Utara yang dipengaruhi oleh tulisan Aramaik.
Tulisan ini juga dibahaskan oleh beberapa sarjana, bahawa sebenarnya tulisan Arab adalah berasal Selatan Arab, dari Skrip Musnad, juga dikenali sebagai tulisan Himyaritic atau tulisan Semitik Selatan Kuno.
Sarjana yang menyokong teori tulisan Arab dari tulisan Musnad berpandangan bahawa tulisan Arab mungkin telah berkembang sebagai adaptasi atau evolusi daripada skrip Musnad, memperbaiki atau mengubahnya untuk memenuhi keperluan fonetik dan linguistik bahasa Arab.
Skrip Musnad dikembangkan untuk mencatatkan bahasa-bahasa Semitik Selatan, yang memiliki beberapa kesamaan fonologi dengan bahasa Arab, juga dikatakan sepupu jauh kepada Bahasa Arab. Ini mungkin memudahkan adaptasi, pengambilan beberapa unsur skrip Musnad ke dalam tulisan Arab.
Sarjana yang menyokong teori tulisan Arab dari tulisan Musnad berpandangan bahawa tulisan Arab mungkin telah berkembang sebagai adaptasi atau evolusi daripada skrip Musnad, memperbaiki atau mengubahnya untuk memenuhi keperluan fonetik dan linguistik bahasa Arab.
Kawasan Semenanjung Arab Selatan adalah pusat perdagangan penting pada zaman kuno, yang memungkinkan interaksi budaya dan linguistik. Pertukaran budaya ini mungkin mempengaruhi perkembangan tulisan Arab.
Kelemahan pada teori Musnad ini ialah buki arkeologi menunjukkan transisi peralihan itu tidak sekuat seperti mana aksara-aksara Nabatea melahirkan tulisan Arab yang kita kenali hari ini.
Tetapi walau dari mana pun teori asal-usul Tulisan Arab, ia tetap membawa kita kepada tulisan Hiroglif Mesir Purba.
RUJUKAN:

Untuk mendalami perbahasan mengenai hubungan antara tulisan Nabatea dan tulisan Arab moden, berikut adalah tiga sumber yang boleh dijadikan rujukan:
Healey, John F. (1990). The Nabataean Script and the Origins of the Arabic Writing. In Arabian Archaeology and Epigraphy. Wiley-Blackwell.
Sumber ini menyelidiki skrip Nabatean dan kontribusinya kepada perkembangan tulisan Arab, memberikan analisis terperinci tentang ciri-ciri skrip dan perbandingan dengan tulisan Arab awal.
Macdonald, M. C. A. (2000). Reflections on the Linguistic Map of Pre-Islamic Arabia. Arabian Archaeology and Epigraphy, 11(1), 28–79.
Penelitian ini mengkaji keanekaragaman linguistik di Semenanjung Arab sebelum Islam, termasuk pengaruh skrip Nabatean pada bahasa dan tulisan yang digunakan di kawasan ini.
Al-Jallad, Ahmad (2015). An Outline of the Grammar of the Safaitic Inscriptions. Brill.
Buku ini memberikan gambaran mengenai tatabahasa inskripsi Safaitic, yang merupakan salah satu bentuk awal tulisan Arab yang mungkin dipengaruhi oleh skrip Nabatean. Ini memberikan pemahaman tentang peralihan linguistik dan skriptografi dari Nabatean ke Arab.
Untuk mendalami perbahasan mengenai tulisan Arab Selatan dan hubungannya dengan tulisan Arab moden, berikut adalah tiga sumber yang boleh dijadikan rujukan:
Beeston, A. F. L. (1984). Sabaic Grammar. Manchester University Press.
Buku ini menyediakan analisis terperinci mengenai tata bahasa Sabaic, salah satu varian utama tulisan Arab Selatan. Ia membantu memahami ciri-ciri linguistik dan struktur tulisan yang mungkin mempengaruhi perkembangan tulisan Arab.
Stein, Peter. (2010). The Ancient South Arabian Minuscule Inscriptions on Wood: A New Genre of Pre-Islamic Epigraphy. Harrassowitz Verlag.
Karya ini mengkaji inskripsi-inskripsi minuscule Arab Selatan pada kayu, memberikan perspektif unik mengenai penggunaan dan fungsi tulisan di masyarakat Arab Selatan pra-Islam, serta kemungkinan pengaruhnya terhadap evolusi tulisan Arab.
Avanzini, Alessandra (Ed.). (2004). Corpus of South Arabian Inscriptions I-III: Qatabanic, Marginal Qatabanic, Awsanite Inscriptions. Harrassowitz Verlag.
Buku ini mengumpulkan dan menganalisis inskripsi-inskripsi dalam bahasa Qatabanic, Awsanite, dan varian lain dari Arab Selatan, memberikan data primer yang penting untuk memahami tulisan dan bahasa Arab Selatan serta hubungannya dengan tulisan Arab.
Ketiga-tiga sumber ini memberikan dasar yang kuat untuk memahami tulisan Arab Selatan, termasuk ciri-ciri linguistik, konteks sejarah dan sosial, serta hubungannya dengan tulisan Arab yang berkembang kemudian.
Oleh: Helmi Effendy
___
Saya nak jemput semua ke PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR, di mana kami The Patriots banyak berdagang buku-buku kami.
Jangan lepaskan peluang bertemu penulis The Patriots di reruai kami di H37 dan N19 Pusat Konvensyen MBSA sampai Ahad ini!

Copy and paste:
6 Januari 2024 > 24 Jamadilakhir 1445H: 4.34 pm

No comments:

Post a Comment