ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 14 December 2023

Kencing Manis

SUMBER: MY HEALTH KKM

Pengenalan:

Pankreas , adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.

Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Diabetis terbahagi kepada:

  • Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
  • Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

Tanda dan gejala

  • Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
    1. Kabur penglihatan.
    2. Penyakit kulit yang berterusan.
    3. Luka lambat sembuh.
    4. Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
    5. Kebas kaki.
  • Tanda-tanda lain termasuk:
    1. Dahaga.
    2. Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
    3. Letih dan lesu.
    4. Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
    5. Kelemahan otot.
    6. Kegatalan tanpa ruam.

Faktor-faktor risiko Diabetis

  • Berlebihan berat badan / kegemukan.
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
  • Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
  • Peningkatan umur.
  • Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Komplikasi-komplikasi Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.

Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan).

  • Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).

Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).

  • Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
    1. Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
    2. Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
    3. Otak-angin ahmar (strok).
    4. Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
    5. Jantung- serangan jantung.

Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.

Rawatan

Rawatan tanpa ubatan

  • Penjagaan diri umum
    • Jagaan kulit
      • Mandi setiap hari.
      • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
      • Mandi setiap hari.
      • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
      • Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
    • Jagaan kaki.
      1. Cuci kaki anda setiap hari.
      2. Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
      3. Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
      4. Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
      5. Tukar stokin anda setiap hari.
      6. Jangan berjalan tanpa kasut.
      7. Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
    • Penjagaan Gigi
    • Pemeriksaan mata secara berkala
    • Elakkan alkohol
    • Berhenti merokok
    • Mengawal pemakanan
    • Mengawal berat badan
    • Kerap bersenam

    Rawatan ubatan

    • Ubatan
      1. Ubat mengurangkan paras glukos
      2. Insulin

    Kumpulan Sokongan

      Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
    Semakan akhir:26 April 2012
    Penulis:Dr. Lee Fatt Soon
    :Dr. Mohmad bin Salleh
    :Dr. Mohd Faudzi bin Abdullah
    Penyemak:Dr. A. Khalek bin Abd. Rahman
    Copy and paste:
  • 14 Disember 2023 > 2 Jamadilakhir 1445H: 8.20 pm

No comments:

Post a Comment