ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 27 November 2023

NOTA ALAM MELAYU : KEHEBATAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

NOTA DI SUSUN OLEH HJ ZULHEIMY MAAMOR

  • Armando Cortesao (1944) : "The Suma Oriental of Tom Pires An Account of East, From the Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues.Hlm 287" > "Barang siapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher (dapat menguasai) Venice."  Melaka merupakan sebuah kota yang lebih baik daripada kota-kota lain di dunia. 
  • Arndt Graf (Prof.) : Pensyarah Pengajian Melayu di University Goethe, German menyatakan Hang Tuah mengusai 12 bahasa asing. Namun beliau masih berbahasa ibundanya iaitu Bahasa Melayu. 
  • Artur Basilio De Sa Insulinda : Dalam "Documents On The History of the Portuguese Patronage in the Far East" > Kapal-kapal besar berlabuh di Kota Melaka > Di Melaka terdapat 2 lombong emas.
  • Catatan Alfonso de Albuquerque yang menyebut Hang Tuah berada di Temasik semasa Portugis menyerang Melaka pada 1511 dan berusia 80 tahun. 
  • Catatan Fei-Hsin (Hsing-Ch'a Sheng-lan) pada tahun 1436M mengenai keadaan sosioekonomi di negeri Melaka yang makmur pada zaman itu.
  • "Comentarios do Grande Afonso de Albuquerque" bahawa ada lebih kurang 3,000 senjata api dirampas oleh Portugis selepas tentera Melaka berundur. Ada catatan lain yang mengatakan 8,000 senjata api.
  • D.G.E Hall dalam bukunya “ A History of South-East Asia “ yang mengatakan Parameswara ialah pengasas kerajaan Melayu Melaka.
  • Damian De Goes : dalam "The Chronicle of the Most Happy King Dom Manuel of Glorious" menyatakan Melaka dikenali sebagai Kota yang terkaya di dunia
  • Diogo de Couto :  Sejarawan Barat yang menyatakan bahawa nama Raja Melaka yang pertama yang juga Raja terakhir Singapura ialah Raja Sabu
  • Dr. Rohaidah Kamaruddin & Dr. Hashim Musa > dalam "Wacana Manuskrip Melayu - Hang Tuah: Dari Mitos kepada Fakta Sejarah" mencatatkan didalam buku "Notes of Leonardo da Vinci" mengenai pertemuan antara da Vinci dengan seorang kaya dari Melaka pada 1503 hingga 1506
  • Duarte Barbosa: mencatatkan dalam "The Book of Duarte Barbosa: tentang status Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya di dunia
  • E.H. Schafer (1957) : "terdapat catatan bahawa pada tahun 554, juak-juak Melayu telah ditugaskan Kerajaan Maharaja Fei dari Wei Barat (China) untuk mengembala 2 ekor Gajah Perang dari Lingnan (kini China Selatan & Vietnam). 
  • Ernest Small:  Menulis dalam catatan China bahawa bangsa India,Arab, Parsi dan Turki belajar tentang ilmu pelayaran dari orang-orang Melayu
  • Fernao Lopes De Castanheda: dalam "History of the Exploration & Conquest of the Indies by the Portuguese" menyatakan Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan komoditi yang paling kaya dan dikenali di dunia. Tentera Melaka adalah tentera terbaik yang pernah dihadapi oleh Portugis.
  • Gaspar Correia : "Landas da India" > Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Kepulauan Hindia. 
  • Giovani Da Empoli mengesahkan tentera Melaka menggunakan lancara dan Perahu api untuk memunaskah kapal Perang Portugis. Perang di Melaka tidak berlaku dalam masa yang singkat. 
  • Godinho de Eredia : Dalam buku "Asia Portugeuza" karya Manuel de Faria Y Souza dalam E.Koek, Portuguese History of Malacca menyatakan Kerajaan Melaka mempunyai 3,000 pucuk meriam yang dijumpai oleh Portugis di Istana Melaka dan dipercayai 5,000 lagi berjaya dibawa lari sewaktu pengunduran tentera Melaka. 
  • Graham W. Irwin dalam Pengkisahan Melaka 2003 - 2006 anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada 2006 menyatakan kota Pertahanan yang pertama dibina di Melaka adalah oleh orang-orang Melayu. The first fort built at Melaka was constructed by Malays. It consisted of a system of earthworks,surmounted by wooden stockades and, by the early 16th century, was well provided with guns. Within it defence line lay the Royal Palace of Melaka Sultans. During Alfonso de Albuquerque's attack of 1511 these Malay were much damaged, through traces of them could still be seen in 1641."
  • Henk M.J. Maier : Daripada Leiden University,Belanda mengatakan mengenai Hikayat Hang Tuah (2004: 127) "An epic perhaps, but certainly not an epic."
  • Hsing-Ch'a Sheng-Lan : Catatan Fei-Hsin pada tahun 1436 mengenai keadaan sosioekonomi negeri Melaka yang makmur pada zaman itu. 
  • Hsuan-tsung (Hsuan-te) Shih-lu (Rekod Kerajaan China) menyebut tentang Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 115 chuan. 
  • Isabella L. Bird:  dalam bukunya "The Golden Chersonese and the Way Thither." > mencatatkan pengembaraannya ke Timur Jauh pada tahun 1879 menyatakan selepas kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar Melayu Aceh telah cuba menawan kembali Melaka dengan kapal-kapal perang yang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari kapal-kapal yang pernah di bina di Eropah.
  • Jaoa de Barros dalam 'On the Deeds & Discoveries & Conquests made by Portuguese in the Seas and Eastern Lands' bahawa orang Melayu di Melaka telah menggunakan minyak tanah sebagai bahan bakar. 
  • Jen-tsung (Hung-hsi) Shih lu (Catatan Rekod China) menyebut mengenai Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 10 chuan. 
  • John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya 'A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries' bahawa ketika Portugis menawan Melaka, mereka berjaya merampas sehingga 8,000 unit senjata api. Orang Melayu telah menggunakan kompas sebelum orang Eropah.
  • Kaushik Roy (2011) dalam 'War Culture and Society in Early Modern South Asia 1740-1849' menyatakan bahawa meriam yang ditemui oleh Portugis di Melaka itu berasal dari Turki Uthmaniyyah
  • Kurayoshi Takara (Prof.Dr.) : Beliau yakin keris yang ditemui di Kuil Enkakuji di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun adalah dari Kerajaan Melaka kerana Kerajaan Ryukyus (Okinawa kini) telah mula berdagang dengan Melaka pada kurun ke 15. 
  • Liang Liji (1996) :  menyentuh hubungan Melaka-Dinasti Ming abad ke 15 : "Hubungan antara China dan Alam Melayu sudah lama wujud, iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117SM). 
  • Liaw Yock Fang : Dalam "Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan" , 2007, beliau telah mengkaji teks Undang-Undang Melaka selama 35 tahun. Beliau menyatakan ada lebih 50 naskah Undang-Undang Melaka dan dibahagikan kepada 6 kumpulan.
  • Luc Baudouin & Patricia Lebrun : Dalam makalah 'Coconut (Cocos Nucifera L) DNA studies support the hypothesis of an Ancient Austronesian migration from Southeast Asia to America" > kedua penulis ini mencadangkan bahawa antara faktor utama yang membuatkan kelapa boleh berada sehingga jauh Ecuador dan Benua Amerika kerana dibawah oleh suku-suku Austronesia/Melayu-Polinesia daripada Asia Tenggara kira-kira 2000 tahun yang lalu.
  • Ludovico di Varthema : (1470-1517)  > 
    • dalam pelayaran ke Melaka dan Kepulauan rempah pada 1505, beliau mencatatkan seorang Nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang beliau tumpangi belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet. 
    • Ketika beliau pergi ke Mekah dengan menyamar sebagai orang Islam pada 1503 hingga 1508, beliau bertemu ramai jemaah Haji datang dari Alam Melayu di Mekah. 
  • Luis Filipe Ferreira Reis Thomas:  1993: The Malay Sultanate of Malacca. Dim Anthony Reid : Southeast Asia in the Early Modern Era: Trade, Power and Belief. Hlm.81): Hubungan diplomasi Melaka dengan pelbagai Kerajaan di seluruh dunia. 
  • M.J. Pintado : "Portuguese Documents on Malacca from 1509 - 1511" (2012) > Portugas menjadi kuasa besar dunia disebabkan kejayaan mereka menawan Kota Melaka. 
  • Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming telah menubuhkan 'Balai Bahasa-Bahasa Asing' (Siyi Guan) pada tahun 1405. Siyi Guan telah menerbitkan menerbitkan Kamus Terjemahan Bahasa Melaka (Melayu). 
  • Ma Huan seorang pelayar China beragama Islam yang mengiringi pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Melaka dalam catatanya bertajuk 'Ying Ya Shen La' mencatatkan tentang keindahan Kota Melaka dan menara-menaranya.
  • Manuel de Faria Y Souza : Dalam buku "Asia Portugueza" dalam E.Koek. Portuguese History of Malacca ada mencatatkan 3,000 meriam ditemui di Istana Melaka 
  • Manuel Godinho (Padre) : penduduk tempatan yang tinggal di Melaka pada zaman Portugis kebanyakannya adalah orang bukan Islam, kebanyakan mereka masih jahil (pagan) dan beragama Hindu-Buddha (Bragmanes). 
  • Manuel Joaquim Pintado Portuguese Documents on Malacca - 213 (1509-1511) : Sumber yang kukuh tentang Kesultanan Melayu Melaka > "Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya, dan dinding Jong  setebal 4 lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam."
  • Manlajia Guo Yiyu : Kamus Terjemahan Bahasa Melaka diterbitkan oleh Siyi Guan (Balai Bahasa-Bahasa Asing) yang ditubuhkan pada 1405 oleh Maharaja Yongle dari Dinasti Ming. 
  • Mao Qiling dalam 'A Comprehensive Record of the Aboriginal Chieftains' , Taipei:Guangwen Shuju (1968) > Melaka mempunyai bala tentera yang kuat. Tentera Melaka telah berjaya mengalahkan 30,000 tentera Annam yang lengkap dengan Istinggar dan rentaka di Lanxang sekitar tahun 1483. 
  • Meilink-Roelofsz : Melaka telah muncul sebagai antara pusat Perdagangan utama di Asia. 
  • Michael W. Charney dalam "Southeast Asian Warfare, 1300-1900" menyatakan bahawa Alfonso de Albuquerque pada 1511 sangat teruja dengan pembuatan meriam di Melaka yang disifatkannya setanding setanding dengan pembuatan meriam di Jerman
  • Ming Shih Lu : (veritable records of the Ming Dynasty)
    • a Collection of records on events happening in Ming Court.
    • It is the earliest reference to Malacca written anywhere. 
    • Malacca was mentioned more than 100 times.
    • the last visit of Srivijaya (San Fo Qi) to China was in 30.11.1377
  • Nayef R.F. al-Rodhan: dalam "The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of the West." > Melaka memperluaskan perdagangannya ke Gujerat, Dhabol, Bengal dan Coromandel di India, ke China dan Ryukyu dan Empayar Uthmaniyah. 
  • "Oud en Nieuw Oost-Indienoleh Francois Valentijn (1666-1727) , Rekod Belanda > penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan Maritim dikatakan bermula pada tahun 1160M dan berpusat di Singapura. '
  • Pieter Van Der Aa (1706) > Lakaran beliau yang bertajuk 'Royal Carriage of thirty wheels pulled by twelve Elephants' menggambarkan istana bergerak Melaka yang saiznya adalah seluas rumah teres moden hari ini. 
  • Prof.Dr. Kurayoshi Takara menyatakan bahawa keris yang ditemui di Kuil Enkakuji di dasar lautan Pulau Okinawa, Jepun adalah berasal dari Kerajaan Melayu Melaka kerana Kerajaan Ryukyus (Okinawa sekarang) telah mula berdagang dengan Melaka pada kurun ke-15. (The Patriots)
  • R.J. Wilkinson didalam 'The Capture of Malacca, A.D. 1511' telah menyebut "Malay gun-fire" atau "Heavy-fire" yang menunjukkan kehebatan tentera Melaka ketika serangan Portugis pada 1511. 
  • Rekidai Hoan > Warkah Raja Melayu Melaka kepada Raja Kerajaan Ryukyu (Okinawa sekarang) ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan bertarikh 11 April 1480 yang di akhir watikah dinukilkan nama darjat penulisnya dengan nama "Le-Zuo-ma-na" membuktikan kewujudan seorang Laksamana bernama Hang Tuah, berdasarkan kajian pakar Sejarah dan Bahasa dari UPM.  
  • Rui de Araujo perisik Portugis di Melaka menyatakan bahawa Melaka mempunyai lebih kurang 8,000 laras senjata api. Beliau juga menyatakan bahawa 8 sehingga 10 Jong besar dari China akan berlabuh di Melaka setiap tahun untuk bertukar barangan dengan hasil bumi Nusantara.
  • Salman Reis :  Laksamana Turki Uthmaniyyah pada 1525 melaporkan mengenai Pelabuhan Melaka yang ditawan oleh Portugis. 
  • Simon Elegant dalam 'Far Eastern Economic Review' bertarikh 10 June 1999: 45 > Lima kurun dahulu Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari, salah satu dari 3 pelabuhan terbaik di dunia ketika itu
  • Sulalatus Salatin (versi Raja Bongsu) tercatat Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 660H bersamaan 1262M. 
  • Sulalatus Salatin (versi Tun Seri Lanang), dizaman Kesultanan Melayu Melaka telah wujud sistem Kumbahan dan Pembentungan serta tandas untuk pembuangan najis serta tempat mandian.
  • Suma Oriental:
    • Written by Tom Pires in 1512.
    • The first European account on Malay Archipelago and Malacca.
    • The 6th Book of Suma Oriental gave details descriptions regarding Malacca. 
  • T'ai-Tsung (Yung Lo) Shih-Lu,  catatan China yang menyebut Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 130 chuan. 
  • Tom Pires : dalam "Suma Oriental"
    • Merupakan catatan Eropah pertama menulis mengenai orang laut, yang juga dikenali orang Seletar, salah satu sub-etnik Melayu Asli.
    • Mengakui bahawa Kota Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka terkenal diseluruh dunia. 
    • Kemudahan Hospital telah pun wujud di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
    • The vessel of Malacca were usually to anchor far from the harbour. This is because their big size could be dangerous to Chinese ships which were mostly smaller. 
    • "Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice"
  • Thomas John Newbold seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan dalam "Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, Volume 2" bahawa ada banyak kilang milik bangsa Melayu yang menghasilkan senjata api seperti meriam. Terengganu menjadi hub di Semenanjung, manakala Gerisik di Jawa dan Minangkabau ialah hub untuk Sumatera. 
  • Wang Gungwu : Sejarawan Profilik Australia telah mengkaji dan mengesahkan rekod Dinasti Ming berkenaan Empayar kesultanan Melayu Melaka. 
  • Xian Zhong Shu Lu : 
    • Jilid 59 : Melaka mengutus Menter Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha menghadap Maharaja China pada 1468.
    • Jilid 65 : Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha dan pendampingnya seramai 12 orang menghadap dan menyerahkan barang ufti kepada Maharaja China pada tahu 1469. 
  • Ying Yai Sheng-Lan : Catatan Ma Huan pada tahun 1451 mengenai keadaan sosioekonomi Melaka yang makmur pada zaman itu.     
  • Ying Zhong Shi Lu:
    • Jilid 306 : Maharaja China mengiktiraf Sultan Mansur Syah sebagai Raja Melaka. 
    • Jilid 326 : Menteri Protokol China Shi Mao melaporkan bahawa Chen Jia You  dan Peng Sheng yang diutus ke Melaka untuk mengiktiraf Raja Melaka dimana kapal mereka rosak dilanda angin taufan. 
  • Zafer Ozcan: Penulis dari Turki > Hubungan Perdagangan terjalin antara Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1471 iaitu semasa zaman Pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Mansur Syah.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
27.11.2023 > 13 Jamadilawal 1445H: 10.53 am

No comments:

Post a Comment