ZULHEIMY MAAMOR

Thursday, 23 November 2023

Berdosa Sebab Diam Bila Mana Orang Kafir Hina Islam - Habib Ali Zaenal

Posted by Detik Islam on 2 November 2021

Yang pertama kita mesti bangga dengan agama Islam dan agama mempunyai hak perlindungan kepada kita untuk menjaga hak kemormatannya untuk tidak dijadikan bahan mainan atau bahan gurauan oleh orang-orang kafir sehingga kita tidak boleh ada tolak ansur atau hendak menjaga hati orang kafir apabila mereka memperlekehkan agama kerana kita ada kepentingan dengan orang kafir ini.

Misalnya orang kafir ini bos, mempunyai projek besar, kita perlukan dia. Kita boleh berurusan perniagaan dengan orang kafir tetapi bila ada kata-kata yang ditimbulkan oleh orang bukan Islam itu tentang Islam saat kita sedang menjalankan perniagaan dengannya, contohnya apa yang berlaku sekarang dan mana-mana negara Islam dituduh sebagai pengganas. Bila mana orang kafir berbicara kepada kita dan kita juga ada kepentingan dengan mereka, bila mereka memperlekehkan agama di sini kita tidak mempunyai alasan untuk teruskankan perniagaan dengan mereka, sign kontrak atau diam sahaja. Dalam hal ini kamu tidak boleh duduk bersama dengan mereka.

Hendak bercakap soal perniagaan, bercakap sahaja soal perniagaan. Bercakap soal duit, hanya duit tetapi tidak boleh menyentuh soal akidah. Jangan dijatuhkan maruah kita sebagai orang Islam dengan agama diperlekehkan di hadapan kita. Jangan kita diam kerana urusan dunia. 
Mana yang patut kita berasa bangga dunia kita atau agama kita? 
Bagi orang yang mempertuhankan keduniaan atau iman yang tidak tergores apabila agamanya dinodai yang mementingkan duit poket. Tetapi orang yang mempunyai maruah tentang agamanya dia tidak akan redha sesiapa sahaja pun juga yang merendahkan maruah agama.

Apabila berbicara tentang agama ketika menjalankan urusan perniagaan, berhenti di situ. Jika mereka terus berbicara jangan kamu duduk. Kalau duduk? Kalau kamu duduk dengan mereka, kamu sama dengan mereka memperlekehkan agama walaupun kamu dia tidak bercakap. Diamnya kamu ketika mereka menghina agama Islam, perbuatan diam itu adalah sama dengan perbuatan mereka. Mereka berdosa, kamu lagi berdosa sebab mereka tidak tahu tentang kebenaran agama tetapi kamu lebih tahu. tentang kebenaran agama.

Maka dalam hal ini, di dalam hal agama adalah batasan yang tidak boleh ada toleransi ertinya tiada tempat untuk orang bukan Islam menghina agama.

Copy and paste:
23/11/2023 > 10 Jamadilawal 1445H: 8.53 pm

No comments:

Post a Comment