ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 17 October 2023

MY TRAVEL INFO: LEBUHRAYA PANTAI TIMUR (LPT)

Lebuhraya Pantai Timur sejauh 350 km panjang, bermula dari Gombak ke Karak hingga ke Kuala Terengganu. Dari Pahang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor,Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong dan tamat di Kg.Gemuroh dekat Kuala Terengganu. 

Pembangunan Awal LPT bermula pada 1994 - 2001, manakala Fasa 1 pula bermula dari 2001 hingga 2004. LPT Fasa 1 dari Karak ke Kuantan dibuka pada 1 Ogos 2004, manakala bahagian kedua Fasa 1 iaitu Sri Jaya dan Jabur dibuka pada Julai 2007. 

LPT Fasa 2 pula bermula dari 2006 hingga 2015 merangkumi lebuhraya ke Kuala Terengganu. 

Fasa 1 menghubungkan Karak ke Kuantan manakala Fasa 2 menghubungkan Kuantan ke Kuala Terengganu. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Projek LPT ini bolehlah rujuk halaman berikut:

1. Wikipedia - Lebuhraya Pantai Timur
3. Bumi Sepi : Lebuhraya Pantai Timur

Pengalaman saya melalui LPT ini bermula apabila saya bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dalam Awareness Team. Tugas kami dalam Awareness Team YJM adalah mengadakan pemeriksaan Kesihatan terutama Penyakit Jantung keseluruh pelusuk tanah Air termasuk Sabah dan Sarawak. 

Sepanjang 6 tahun bersama YJM (2012 - 2018) saya telah menjelajah keseluruh pelusuk tanahair dari Perlis hinggalah ke Sabah, habis satu Malaysia saya dah pergi...

Rujuk:

Kalau di Semenanjung Malaysia saya telah memandu dari Utara - Selatan, Timur - Barat Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah serta Sarawak. 
Yang pasti pengalaman melalui LPT masih saya ingat hingga sekarang. Saya telah menjelajah hampir seluruh Lebuhraya yang ada di Semenanjung. 



Kali pertama saya melalui LPT ini ialah pada 23 Jun 2013 ketika Program Kesihatan di Kg. Seri Jaya, Maran, Pahang. 







Dalam Perjalanan menuju ke Setiu Terengganu untuk Program Kesihatan di University College Bestari, Setiu, Terengganu pada 15 Februari 2015. 

Sebenarnya banyak cerita-cerita menyeramkan oleh beberapa pengguna yang pernah menggunakan LPT ini diwaktu malam. Saya tidak pernah mengalami sebarang pengalaman menyeramkan kerana kami selalunya melalui LPT ini diwaktu siang, tak pernah waktu malam. 
Antara pengalaman yang dapat saya kongsikan oleh beberapa pengguna adalah seperti berikut:


HENTIAN REHAT DI LPT 2
Sepanjang LPT2 terdapat banyak Hentian Rehat untuk pengguna lebuhraya berhenti rehat, makan dan minum atau untuk menunaikan solat fardhu. 

Antara Hentian Rehat yang pernah saya singgah di sepanjang LPT 2 ialah :

HENTIAN REHAT TEMERLOH
Hentian Rehat Temerloh lebihkurang 25 km dari bandar Temerloh merupakan kawasan rehat yang paling popular terutama apabila musim percutian ataupun perayaan. 
Hentian Rehat Temerloh ini juga merupakan hentian rehat yang sering saya gunakan ketika menggunakan Lebuhraya Pantai Timur kerana disini banyak pilihan makanan untuk menjamu selera. 







HENTIAN REHAT GAMBANG    
Hentian Rehat Gambang terletak lebihkurang 69 km dari bandar Kuantan. Hentian Rehat ini juga merupakan Hentian Rehat bagi kami sekiranya menuju ke Pantai Timur. 






HENTIAN REHAT PAKA
Hentian Rehat Paka lebih kurang 38 km dari bandar Paka di Terengganu. Kami pernah singgah di Hentian Rehat Paka ini ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk program Kesihatan di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu pada 22 Julai 2016. 









HENTIAN REHAT PERASING
Hentian Rehat Perasing, lebih kurang 46 km dari Bandar Chukai, Terengganu ini pernah menjadi kontroversi suatu ketika kerana dikatakan ramai pengguna mengalami gangguan paranormal terutama di waktu malam. 
Kami pertama kali singgah di R & R Perasing ini pada 24 April 2016 ketika dalam perjalanan ke Kolej PTPL Kuala Terengganu, dan kemudian beberapa kali lagi selepas itu. Namun kami singgah di Hentian Rehat Perasing ini hanya di waktu siang dan tidak pernah waktu malam. 
















Begitulah pengalaman saya sepanjang menggunakan LPT 2 dahulu. Kata orang Jauh Perjalanan luas Pemandangan... memang betul kerana banyak pengalaman berharga yang saya dapat sepanjang perjalanan menempuh lebuhraya - lebuhraya di Malaysia. 

Nukilan:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
17 Oktober 2023 > 3 Rabiulakhir 1445H: 11.39 pm












No comments:

Post a Comment