ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 11 October 2023

50 Tahun Selepas Perang Yom Kippur, Israel Diserang Palestin

Posted by Rozza Zainal > PERISTIWA N' SEJARAH

Semalam, konflik Palestin-Israel hangat kembali selepas lebih 5,000 roket dilepaskan dari Gaza ke Israel memulakan ‘Operasi Banjir Al-Aqsa’ oleh pejuang Hamas.
Serangan ni berlaku semasa perayaan Yahudi Simchat Torah dan Shabbat dan sehari selepas ulang tahun ke-50 Perang Yom Kippur.
Macam mana berlakunya Perang Yom Kippur ni?
Operasi Badar dilancarkan ketika Ramadhan tahun 1973 oleh ketumbukan tentera di bawah pimpinan Presiden Mesir, Anwar el-Sadat bersama -sama sekutunya Syria dan Jordan.
Operasi yang berjalan selama 3 hari ni jadi titik mula Perang Oktober 1973 atau dikenali juga sebagai Peperangan Yom Kippur yang berlangsung selama sebulan.
Semuanya bermula dengan Perang Enam hari pada bulan Jun 1967, apabila Pasukan Bersenjata Israel (IDF) dengan mudah meratah kekuatan Ketumbukan Bersekutu Mesir dan merampas Bukit Golan daripada Syria, Semenanjung Sinai daripada Mesir, dan Baitulmuqaddis Timur daripada Jordan.
Israel taknak berganjak dari tanah yang dirampasnya. Sadat berjumpa dengan Presiden Syria, Hafez el-Assad untuk rampas kembali Bukit Golan. Assad bersetuju menyertai Sadat. Jordan dan Iraq pun setuju sumbangkan beberapa unit tentera mereka.
Tujuan beliau bukan untuk hancurkan Israel. IDF terlalu kuat dengan sokongan daripada AS. Sebaliknya, beliau nak calarkan adalah untuk menghentam Israel imej Israel yang mencanak sejak 1967.
Sadat percaya beliau kena pantas. Sebaik saja pertarungan tercetus, AS dan Soviet kompem campur tangan.
AS nak melindungi Israel dan Soviet pula nak tolong sekutunya Syria. Sadat anggapan PBB akan desak gencatan senjata.
Oleh sebab tu, Mesir kena rampas sebanyak mana tanah yang mampu, untuk memberikannya kelebihan semasa rundingan nanti.
Pasukan Mesir dan Syria rancang serang dari dua arah. Sebaik pasukan Mesir menyeberangi terusan Suez dan menduduki Sinai, pasukan Syria bergerak untuk rampas semula Bukit Golan.
Walaupun Israel dilengkapi dengan sistem pertahanan yang canggih, pemimpin tentera Israel memandang rendah keupayaan negara-negara Arab ketika itu.
6 Oktober dipilih sebagai tarikh yang paling sesuai, ketika keadaan arus di terusan Suez adalah paling optimum untuk diseberangi.
Hari tersebut juga merupakan hari Yom Kippur, hari paling mulia bagi masyarakat Yahudi. Manakala masyarakat Arab memanggil perang ini sebagai Peperangan Ramadhan kerana berlangsung semasa bulan puasa.
Persiapan yang dijalankan Mesir tak disedari oleh Israel yang menganggapnya sebagai latihan tahunan biasa. Diorang rasa takde siapa yang cukup bodoh untuk mencabar kekuatan Israel masa tu.
Operasi bermula tepat jam 1400, 6 Oktober 1973. Israel tergamam. Mereka diserang daripada pelbagai sudut, dengan cara yang tak disangka-sangka.
Tembok pasir yang kukuh dirobek oleh jurutera Mesir dengan hanya menggunakan pam air berkuasa gasolin.
Terusan mereka diseberangi pasukan Mesir menggunakan jambatan mudah-alih dari Soviet. Setiap serangan diiringi jeritan “Allahu Akbar!”.
Israel terkaku ketika itu. Dalam masa 24 jam, lebih 1,000 kereta kebal, 13,500 kenderaan, and 100,000 anggota Mesir menyeberangi terusan tersebut.
Pasukan Syria kurang bernasib baik. Israel mula melancarkan serangan balas. Pasukan Syria termati langkahnya di Baker Vail selepas pertarungan hebat di Chinese farm.
Pada hari terakhir operasi, iaitu 8 Oktober, ketika 300 buah kereta kebal Israel menujah kedudukan pasukan Mesir, mereka menyangkakan pasukan Mesir akan lari.
Namun, mereka pula yang dihentam daripada segenap arah menggunakan kereta kebal, Sagger dan RPG. Dalam masa 48 jam, 200 kereta kebal Israel musnah.Keadaan semakin kritikal, Israel panggil AS untuk tolong. Sampai ada ura-ura serangan nuklear dilancarkan ke arah Mesir.
Ketika inilah, buat kali pertama negara Arab kelihatan bersatu. Pujukan Sadat terhadap negara pengeluar minyak lain nampaknya membuahkan hasil.
Sekatan bekalan minyak dilancarkan ke atas AS dan Eropah, menyebabkan harga minyak dunia melambung naik. Dan sejak itu, minyak mula digunakan mereka sebagai senjata ekonomi.
Oleh: Azizul Farhan
Sumber artikel : thepatriots

11 Oktober 2023 > 26 Rabiulawal 1445H: 11.12 pm

No comments:

Post a Comment