ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 3 September 2023

KD LAKSAMANA HANG NADIM - F134

POSTED BY : HJ ZULHEIMY MAAMOR ON FB > 8 NOVEMBER 2021


Kapal TLDM Laksamana Class-Corvette dari 24th Corvette Squadron. Asalnya adalah kapal Tentera Laut Iraq F216 Khalid Ibn Walid yang dibina di Itali. Namun disebabkan oleh sekatan PBB ke atas Iraq, akibat dari pencerobohan Iraq ke atas Kuwait, kapal ini tidak boleh dijual kepada Iraq. Maka kapal ini dibeli oleh TLDM dan ditauliahkan pada 28 Julai 1997.
Namun saya bukan nak bercerita tentang kapal ini... cuma nak berkongsi siapakah Laksamana Hang Nadim ini sehingga namanya diabadikan kepada sebuah kapal perang TLDM.
Nama asalnya adalah Hang Nadim bin Hang Jebat. Kalau dah bin Hang Jebat dah pastilah beliau adalah anak kepada Laksamana Hang Jebat. Ibunya adalah Dang Inangsih bt Sayyid Thanauddin atau lebih dikenali dengan nama Dang Wangi (ingat Jalan Dang Wangi dan Stesen LRT Dang Wangi...)


Hang Nadim dikatakan dibesarkan oleh Hang Tuah setelah bapanya dibunuh atas perintah Sultan. Malah Hang Nadim juga dikahwin dengan anak Hang Tuah iaitu Tun Mas Jiwa.
Dinyatakan juga ketika Portugis meyerang Melaka pada tahun 1511, Laksamana Hang Nadim adalah Laksamana Melaka ketika itu setelah Hang Tuah menghilangkan diri. Makam Laksamana Hang Nadim dikatakan berada di Pulau Besar.
Hanya satu persoalan yang masih tidak terjawab, adakah Hang Nadim ini ada 2 orang. Kalau sekiranya Laksamana Hang Nadim ini adalah Laksamana ketika Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, siapakah pula Hang Nadim dalam cerita "Singapura dilanggar Todak"... adakah dia orang yang sama atau kebetulan mempunyai nama yang sama, kerana Hang Nadim di Singapura mati dibunuh kerana fitnah selepas Singapura dilanggar todak....Wallahualam

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
3 September 2023 > 17 Safar 1445H: 11.03 am

No comments:

Post a Comment