ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 4 June 2023

LAUT DAN MELAYU

Posted by : Ibn Kamal > FB PERISTIWA N' SEJARAH

Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.Sebelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik.
Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.
“Further information is to be found in the I-ch’ieh-ching yin-i,a dictionary compiled by Huei-lin which according to Pelliot was completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number of instances of po and includes the following passage:
“Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tzü, says:“large ocean-going ships are called po”. According to the Kuang ya:‘po is an ocean-going ship”. It has a draught of 60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also called k’un-lun-po’.
-Christie (1957), pp. 347-348.
Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini:
“By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”.... The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92)
Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari tukang -tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade".Dan pada pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail, made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.
Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:
Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:
"Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274)
Manguin mencatatkan lagi:
"Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal
hebat
mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal termasuk tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak kapal namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-74)
Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar 'balance-lug sail' dan ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia:
"The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of global significance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which makes it possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack against the wind – to sail at an angle first one way and then the other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing. Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat triangular.... It is thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangular lateen sail, which was developed by sailors living on either side of the Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their west.Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani, 1951: 102).
Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil peranan aktif di dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan orang-orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana:
“[There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of south-east India], where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and others which are very large vessels made of single logs bound together and called sangara; those that cross over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are the largest.”
Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Ini dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini dijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:
"...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and some nine hundred tons of cargo – which makes them perhaps a shade larger than those other leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between Alexandria and Rome. They were also probably faster: even the largest Roman ships usually managed with a single enormous square sail, whereas a K’un-lu p’o had four sails and may even have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell (1984), pp. 146-147...
Copy and paste
4 Jun 2023 > 16 Zulkaedah 1444H: 9.20 pm

No comments:

Post a Comment