ZULHEIMY MAAMOR

Wednesday, 7 June 2023

IBRAHIM BIN ADHAM : RAJA YANG MENJADI WALI ALLAH

Posted by Ibnu Kamal > PERISTIWA N' SEJARAH

Dikisahkan bahawa Ibrahim Bin Adham bertaubat setelah berlaku satu peristiwa semasa beliau sedang berburu. Setelah begitu lama berada diatas kudanya, dia pun berhenti dan mengeluarkan bekalan makanan yang telah disediakan olehnya sebelum keluar untuk berburu .Tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang. Beliau terkaku melihat kejadian itu.
Melihat keadaan itu, Ibrahim Bin Adham pun menunggang kudanya semula dan terus mengejar burung gagak itu tadi. Burung gagak itu terus terbang ke gunung dan Ibrahim Bin Adham masih mengejarnya. Semasa mendaki gunung itu, beliau telah terserempak dengan seorang lelaki yang telah diikat tangan dan kakinya . Ibrahim Bin Adham berasa hairan dan terus bertanyakan kepada lelaki itu;"Bagaimana kamu boleh berkeadaan sebegini rupa?"..
Lelaki itu menjawab " Sebenarnya aku ini seorang pedagang yang telah dirompak. Mereka telah mencuri keseluruhan hartaku dan telah mengikat tangan dan kakiku.Aku telah ditinggalkan disini keseorangan dengan haus dan lapar. Setelah aku tersiksa selama 7 hari, dengan izin Allah s.w.t seekor burung gagak telah dihantar oleh-Nya. Burung ini selalu membawa makanan kepadaku,ia bertenggek di atas dadaku dan memotong roti dengan paruhnya dan menyuapkan ia kepadaku.Dan sesungguhnya Allah s.w.t tidak membiarkan aku kelaparan "
Ibrahim Bin Adham terus merasa insaf dan bertaubat. Setelah pulang ke istananya, beliau terus menanggalkan pakaian kebesaran dan memerdekakan hamba-hambanya,mewakafkan semua tanahnya dan hanya membawa tongkat, beliau menuju ke Madinah tanpa membawa sebarang bekal. Dengan izin Allah beliau selamat tiba tanpa merasa lapar.
Ibrahim bin Adham benar-benar mengabdikan dirinya kepada Allah sehingga menjadi salah seorang wali-Nya. Suatu ketika sedang beliau menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tigris beliau ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang sgat besar.Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya!?"..
Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku !”Tiba-tiba beribu-ribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing kehairanan melihat ikan itu bersahaja membawa sebatang jarum emas di mulutnya.
Ibrahim berkata:“Aku inginkan jarumku sendiri.”
Seekor ikan kecil yang lemah datang tiba-tiba menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi dek kerana meninggalkan kerajaan Balkh.
Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.Temannya itu menganggukkan kepala perlahan-lahan tanda dia mengerti apa yang disampaikan oleh bekas Raja yang dulunya dihormati...
Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang begitu luas pemerintahannya dan hidup di dalam serba kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia.Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang ingin meniti kehidupan penuh dengan tipu daya di dunia ini.
Semuanya itu merupakan perbendaharaan yang tersembunyi dari Allah SWT...
Wallahu ‘alam.
Dipetik dari Tazkirat al-Aulia susunan Imam Farid ad-Din Attar dan Raudh ar-Rayyahin oleh Imam SYafi'e Rahimahullah
[Ustaz Iqbal Zain]

Copy and paste:
7 Jun 2023 > 18 Zulkaedah 1444H: 7.33 am

No comments:

Post a Comment