ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 13 March 2023

Manna & Salwa, Makanan dari Langit untuk Bani Israil

By Zaki Sapuan Al-Hafiz
MUTIARA ISLAM : 11 February 2023
(Posted by Rozza Zainal > FB PERISTIWA N' SEJARAH
Katalah korang tersesat dalam hutan. Lapar-lapar pulak, ada orang bagi makan free. Apa korang ucap? Mesti la terima kasih kan.
Beza benor dengan Bani Israil. Diorang bukan order foodpanda tau. Allah turunkan Manna & Salwa istimewa dari langit! Dah la tak bagi 5 star, tu pun banyak complain?!
Nabi Muhammad pernah diturunkan satu ayat Quran yang buat ramai Rabbai Yahudi tercengang. Macam mana tahu pasal ni??
یَـٰبَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ ٱذۡكُرُوا۟ نِعۡمَتِیَ ٱلَّتِیۤ أَنۡعَمۡتُ عَلَیۡكُمۡ وَأَوۡفُوا۟ بِعَهۡدِیۤ أُوفِ بِعَهۡدِكُمۡ وَإِیَّـٰیَ فَٱرۡهَبُونِ﴿ ٤٠ ﴾
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
(Al-Baqarah, Ayat 40)
PERJANJIAN. Allah ungkit balik tentang perjanjian Bani Israil dalam Taurat yang telah Rabbai Yahudi sembunyikan. Patutnya, diorang mesti beriman dengan Nabi akhir zaman, yakni baginda Rasulullah. Diorang tak puas hati lahir Rasul dari bangsa Arab, bukan bangsa Yahudi. Ini menjadi sebab Rabbai menafikan kenabian Rasulullah. Dengan turunnya ayat di atas, terbongkarlah muslihat mereka selama ini.
Tafsir Tabari sebut, sampai 6 nikmat besar Allah bagi pada diorang:
Demi sebesar-besar nikmat iman, diutuskan ramai Rasul serta diturunkan kitab-kitab suci seperti Zabur, Taurat dan Injil. Kaum Yahudi tak dibiarkan merana, Allah selamatkan diorang daripada penindasan Firaun. Manjanya diorang, sampaikan bila berjalan merentasi padang pasir yang panas terik, diorang redup dinaungi awan. Bila lapar sewaktu sesat 40 hari, Allah turunkan Manna & Salwa dari langit. Tak cukup dengan itu, bila dahaga Nabi Musa ketuk batu dan keluarlah 12 pancuran mata air. Tu pun complain lebih.
Manna & Salwa ni apa? Special tau Allah turunkan dari langit.
Manna:
Ada yang kata Luban (Arabic Gum). Tabsir Ibn Katsir sebut Manna turun pada diorang macam salji, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Turun time subuh sampailah terbit matahari. Makan masa tu, mencukup untuk seharian. Ada yang kata likatnya macam madu dan kena campur dengan air, baru diminum. Pendapat lain kata Manna ni roti. Ada yang bandingkan dengan madu yang kita biasa makan, Manna 70 kali ganda lagi lazat. Macam manisan halawiyat. Bani Israil minta ni dengan Nabi Musa bila kelaparan.
Salwa:
Sejenis burung macam puyuh. Burung made in paradise, dari syurga kau! Saiznya besar sikit daripada burung biasa. Ada yang kata serupa burung merpati. Bani Israil minta nak makan daging dengan Nabi Musa, lantas bertiuplah angin kepada mereka sambil membawakan Salwa.
Bila dah dapat makan Manna & Salwa, diorang tanya lagi nak minum apa? Tu yang Nabi Musa ketuk batu dan memancarlah mata air segar sedia diminum.
Tapi perangai Yahudi, memang kuat complain.
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Surah Baqarah, Ayat 61)
Sumber artikel : thepatriots
 
Copy and paste:
13 March 2023 > 20 Syaaban 1444H: 12.49 pm

No comments:

Post a Comment