ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 4 February 2023

Petai Walaupun Berbau, Tetapi Ini Khasiat Yang Kita Perlu Tahu

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Siapa sangka terdapat banyak khasiat pada buah petai. Walaupun, ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan namun, ia tetap menjadi pilihan utama orang ramai apabila dijadikan sebagai ulam cecahan sambal.

Melalui perkongsian pemakanan sihat dari Doktor Rizal Abu Bakar, salah satu manfaat petai adalah membekalkan hormon gembira selain, dapat meningkatkan mood dan menenangkan minda. Jadi, apa lagi jom memetai!

Untuk peminat petai, ini berita gembira buat anda! Petai ni antara top feveret food saya. Makan macam ni. Buat ulam memang merecik!

Petai adalah antara sumber terbaik untuk lawan radikal bebas. Ramai yang asyik dok fokus dengan baunya saja. Tapi bukan pada khasiatnya.

Bau petai tidak datangkan mudarat. Jadi, lepas ini kena lah berjinak jinak makan petai ye.

Tahu tak petai kaya anti oksida polyphenol, phytosterol dan flavonoid – lindungi sel dari dirosakkan dan kuatkan sistem imun.

Sama macam dark chocolate, petai ada trytophan iaitu protein yang ditukar kepada serotonin. Hormon gembira. Boostkan mood dan relakskan minda.

Apabila sel sel dalam badan dilindungi. Maka, rendahlah risiko untuk terkena tekanan darah tinggi, kanser, diabetes dan arthritis.

Copy and paste: 4 Februari 2023 > 13 Rejab 1444H: 12.00 pm

No comments:

Post a Comment