ZULHEIMY MAAMOR

Sunday, 6 November 2022

TUJUH YANG MANA?

SUMBER: MAJALAH SOLUSI ISU 68 (2014)

OLEH : MUHAMMAD LUQMAN MAKHTAR

Biasanya kita tahu mana baik, mana buruk. Mana Pahala, mana dosa. Bagaimanapun kita mungkin tidak sedar kita lebih cenderung akan melakukan perbuatan pahala atau dosa pada masa akan datang. lalu sedar-sedar, kita sudah terlanjur. 

Maka kita mesti ambil tahu tentang bibit-bibit awal sesuatu perkara. Dengan itu, sejak awal kita boleh bertindak. Prinsip ini terkandung dalam nasihat orang tua-tua; Siakap Senohong gelama ikan duri, bercakap berbohong, lama-lama mencuri. 

Kita tahu ada 7 dosa besar pemusnah. Namun adakah kita semakin mendekatinya atau sebaliknya? 

Kita tahu ada 7 golongan yang dinaungi Allah. Namun adakah diri kita memiliki ciri calon-calonnya?

7 PEMUSNAH

"Jauhi tujuh Pemusnah." (Riwayat al-Bukhari)

Diri semakin dekat jika....

1. Syrik
  • Mudah teruja dengan cerita mistik, gambar pelik-pelik dan sebagainya. 
  • Mudah teruja dengan numerologi seperti kahian tarikh lahir. 
  • Mudah percaya dengan perkaitan yang tidak logik atau sanitifik.
2. Sihir
  • Berfikir untuk berubat dengan bomoh
  • Cenderung untuk mencari ayat pengasih, ayat pelaris dan sebagainya. 
3. Membunuh
  • Mudah mengutuk orang lain
  • Cepat baran jika ada orang buat silap
  • Suka menyelesaikan pertikaian dengan cara keras
4. Riba
  • Suka meminjam, liat membayar
  • Tidak kisah dengan kempen perbankan patuh syariah. 
5. Makan harta anak yatim
  • Suka mengambil kesempatan atas orang lain.
  • Tiada rasa kasih melihat orang miskin dan kanak-kanak. 
6. Lari daripada medan perang
  • Tidak pernah berniat untuk jihad dan mati syahid. 
  • Lebih rela meletakkan kesalahan pada orang lain demi menjaga kepentingan diri. 
7. Menuduh wanita beriman lagi suci berzina
  • Mudah prejudis dan negatif terhadap orang lain. 
  • Lebih suka mengetahui perkara buruk seseorang daripada mengambil tahu kebaikannya. 
7 PELINDUNG
"Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya."
(Riwayat al-Bukhari)

Diri semakin dekat jika.....

1. Pemimpin adil 
  • Lebih suka memahami dan bertimbang rasa terhadap orang lain. 
  • Suka melihat kejayaan orang bawahan. 
2. Orang muda yang membesar dalam beribadah kepada Allah. 
  • Lebih banyak belajar daripada bermain. 
  • Tidak terlalu teruja dengan hiburan
3. Orang yang hatinya terpaut dengan masjid
  • Suka solat berjemaah
  • Suka mengikut pengajian agama. 
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana-Nya.
  • Suka berkenalan, mudah mesra
  • Kawan sedia ada sangat dihargai, diingati. 
5.  Seseorang yang digoda wanita yang berkedudukan lagi lawa tetapi dia menolak:"Sesungguhnya aku takut akan Allah."
  • Sangat menjaga pandangan mata.
  • Tidak suka berhubungan dengan bukan mahram tanpa keperluan. 
6. Orang yang bersedekah senyap-senyap sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yagn disedekahkan tangan kanannya. 
  • Mudah simpati melihat orang susah
  • Konsisten menderma setiap hari, minggu atau bulan. 
7. Orang yang mengingati Allah sendirian sehingga mengalir air matanya. 
  • Mudah perasan akan kesalahan diri yang dilakukan. 
  • Berusaha istiqamah qiamullail.
Ya Allah, perlihatkan kami suatu kebenaran itu kebenaran lalu kurnia kami kecenderungan untuk mengikutinya.
Dan perlihatkan kami suatu kebatilan itu kebatilan, lalu kurniai kami kekuatan untuk menjauhinya. 

Disalin oleh:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
6/11/2022 > 11 Rabiulakhir 1444H; 5.12 pm




No comments:

Post a Comment