ZULHEIMY MAAMOR

Saturday, 12 November 2022

Hubungan Bangsa Phonecian Di Alam Melayu Dan Timur Jauh

Oleh: Prof.Dr. Solehah Yaacob

Tulisan Batak, Redjang, Kerichi, Lampong, makasar, Bugis, mendailing dan sebahagian tulisan Sumatra yang lain mempunyai pengaruh Phonecian semenjak 700 BC (e. e. w. gs. schröder a phoenician alphabet on sumatra, journal of the american oriental society , 1927, vol. 47 (1927), pp. 25-35) . Ini telah diakui oleh pakar-pakar linguistik dunia (sila lihat Nicholas Ostler The Empayar of Word) Adapun kajian tesis phd M. Jaspen terhadap Text Ka Ga Nga di selatan Sumatra sekitar 1964 merupakan penemuan kajian lapangan. Beliau mengakui tulisan itu digunakan sekitar 1800 AD. Namun Charles Robert Jones-Gregorio dari the american research center in egypt mengakui syllable Redjang menyerupai tulisan kuno Mesir (lihat Thomas Raffles in his volume on History of Java)
Bukti pengaruh Phoenicia dalam budaya Sumatera telah dikemukakan oleh arkeologi Great Britain J. Park Harrison pada tahun 1896 . Begitu juga Ahli bahasa Semitik terkemuka seperti Sayce, M. Renan, dan Neubauer yang sebelum ini juga telah meneliti tablet buluh budaya Rejang di barat daya Sumatera, menentukan bahawa aksara abjad yang digunakan oleh tulisan Rejang yang dipanggil skrip rencong, adalah jelas dari Phoenician/ Phoenicia. Dr. Neubauer menganggap bentuk huruf sebagai mewakili Phoenicia pada abad keempat dan kelima B.C.E.
`These tablets had been returned to England by William Marsden in 1783 and the alphabetical characters of Sumatran scripts were published in his volume, The History of Sumatra (The current printing was introduced by John Bastin, Kuala lumpur, New York, Oxford university Press, 1966).The earlier scholar’s work was confined to the source of the Rejang script, and focused on the structure of the alphabetical characters and their corresponding sounds. They determined that none of the earliest Indic scripts matched either the rencong, or the related Sumatran scripts. Their discovery was published in an Oxford scientific journal, Archaeologia Oxoniensis, in 1896. They concluded that the Sumatran script was developed through direct Phoenician contact` (Phoenician Characters In Sumatra,” Part 6, (1892-1895) pp. 297-303.).
Hasil pengamatan penulis, hampir kesemua ahli bahasa Kuno dan arkeologi geografi melihat pengaruh Phonecian memainkan peranan yang besar dalam peradaban tamadun dunia. Di mana mereka yang digelar sebagai `sea people` ini merupakan bangsa terawal meneroka lautan-lautan besar di muka bumi. Justeru sistem tulisan sudah pasti dibawa bersama pemikiran semasa pelayaran itu. Ini hukum alam tiada siapa yang boleh menafikannya. Ahli-ahli bijak pandai juga cuba mengambil jalan tengah dengan mengatakan kemungkinan ia melalui pengaruh lembah Indus, namun pandangan ini tidak tepat apabila mereka mendapati tulisan Asoka hanya berevolusi sekitar kurun ke empat BC. Justeru mereka membuat keputusan menyeluruh bahawa pengaruh tulisan-tulisan Sumatra ini adalah hasil hubungan terus dengan Phonecian dan Mesir Kuno.
Adapun pendapat yang mengatakan tulisan-tulisan ini tidak wujud di Semenajung Malaysia, ini kerana sebelum perjanjian London 1824 (perjanjian Inggeris-Belanda) Malaysia dan Indonesia itu merupakan wilayah yang tiada pengasingan politik. Maka Sumatra merupakan Gate Keeper sebelum melalui Sungai Batu untuk tembus ke teluk Siam sebelum meneroka dunia timur jauh ke China.
Manakala Melayu itu pula, pengertiannya amat luas. Graham Thurgood dalam bukunya (From Ancient Cham to Modern Dialects: Two Thousand Years of Language Contact and Change) telah mengakui bahasa Cham mempunyai pengaruh terhadap dialek Melayu Kedah, Acheh dan Kelantan. Ini bermakna penyebutan kalimah2 dalam perkataan melayu sudah wujud semenjak 2000 tahun yang silam atau sebelum itu lagi. Namun pada waktu itu ia tidak dinamakan Bahasa Melayu tetapi dinamakan bahasa kuno Cham . Ini kerana perkataan Melayu itu datang kemudian.

Copy and paste:
12/11/2022 > 17 Rabiulakhir 1444H: 10.32 am

No comments:

Post a Comment