ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 13 September 2022

RUJUKAN KAJIAN & CATATAN MENGENAI MELAYU : BAHASA, BANGSA, TAMADUN DLL..

A. Cabaton : Bahasa Champa serumpun dengan bahasa Polinesia. 

A.H. Hill: dalam bukunya "The Keris and other Malay Weapons" menjelaskan bahawa orang Melayu bertempur menggunakan senjata api seperti Lela, Rentaka, Pemuras, Terakor serta istinggar. 

A.H. Keane : Struktur Bahasa Melayu serupa dengan yang terdapat di Kampuchea. 

A.J Barnet Kempers : menyatakan bahawa Keris adalah hasil dari pengaruh kebudayaan gangsa Dongson di utara Vietnam yang dipercayai bertarikh 2,500 SM. 

Abdul Hamid Zamburi (Tuan Hj): beliau mengkaji buku "Geographike Huphegesis" oleh Ptolemy sekitar 150M  yang ada menyebut tentang sebuah tempat bernama Coconagara yang terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas, merujuk kepada Tanah Melayu). Secara fonetiknya, sebutan Cocanagara seakan-akan menyamai sebutan Gangga Negara

Abdullah Hassan:  dalam buku "Penghijrahan Melayu di Dunia" (2005) PTS Publication menyatakan Penghijrahan orang Melayu dari Yunan ke Nusantara sejak 2,500 S.M. telah melahirkan bangsa Melayu Proto yang merupakan kelompok pertama nenek moyang orang Melayu. 

Abu Dulaf al-Muhalhil : dalam Majmu'Fil Jughrafiyya > Salah satu dari 8 pedang koleksi Rasulullah. s.a.w adalah berasal dari Kedah Tua iaitu Pedang Qala'i. 

Abu Raihan Al-Biruni : Ahli Geografi Parsi yang mengunjungi Srivijaya pada 1030M ada mencatatkan bahawa Srivijaya terletak di Pulau Suwarandib, Pulau Emas yang menakjubkan. 

Abu Zaid as-Sirafi: mencatatkan tentang Kerajaan Srivijaya pada abad ke -9 Masihi. istana Maharaja Srivijaya terletak di atas kolam (istana terapung). Jika air kolam itu surut, maka kelihatan jongkong-jongkong emas yang berkilau-kilau disinari cahaya matahari.

Abu Zayd: dalam kitab Al Sirafi (915-916 C.E) dikatakan Kalaha (Kedah) terletak di Laut Kalaha di antara Laut Anwaq yang terletaknya di negeri Ajaib (Maldive) dan Laut Kambuja. 

Adriaan Reland :  the Dutch Scholar in 1706, the first to observed similarities between the languages spoken in the Malay Archipelago and by the people in the Pacific Ocean. 

Al-Biruni : dalam catatannya menyatakan bahawa Srivijaya dipanggil sebagai "Negara Emas" kerana emas boleh didapati dimana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan Srivijaya dikatakan tiada satu pun Kerajaan di dunia yang dikatakan sekaya Srivijaya ketika itu. 

Al-Idrisi(1099 - 1165M) : Mencatatkan kehadiran orang Melayu dari Kerajaan Srivijaya di Timur Afrika. 

Al-Jahiz : Pedang Qala'i > "Jika ia diperbuat daripada Qala'i (Kedah), berhati-hatilah."

Al-Kindi: Dalam catatan Al-Kindi pada abad ke 9  pernah menyebutkan bahawa kualiti pedang yang terbaik diperbuat dari besi Yemen, Qalai (Kalah) dan Hindi. Kalah adalah Kedah Tua. 

Al-Mas'udi : menulis dalam "Muruj az-Zahab" bahawa di negeri Kedah terdapat gunung-gunung dan lombong-lombong bijih timah putih dan perak, juga lombong emas. 

Al-Qazwini : ahli Geographi mengenai Tanah Melayu "Itulah negara di pesisir pantai yang menghadap laut China, yang terletak selepas negara India. Pada zaman kita ini tidak dapatlah para pedagang yang bertolak dari negara China melainkan mesti melalui negara ini. Disebabkan melalui jalan selain negara ini (laluan sutera) di negara China menyusahkan kerana jauh jaraknya dan berbeza agamanya.”

Albert S. Bickmore : "Travels in the East Indian Archipelago" > beliau mencatatkan mengenai 2 buah gunung yang dikenali sebagai Mount Ophir, satunya di Palembang, manakala satu lagi terletak 40 batu di Utara Melaka, dikenali sebagai Gunung Ledang. 

Alexei Butakov:  Pegawai Tentera Laut Rusia antara orang Rusia terawal menjejak kaki ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1840. Antara catatan beliau mengenai orang Melayu ialah  : "Malays have more noble qualities, they are loyal, true to their word." "The wealth of its natural produce may well rank Penang among the richest islands of the world."

Alfred Russel Wallace“Few Englishmen are aware of the number and beauty of the architectural remains in Java. They have never been popularly illustrated and described, and it will therefore take most persons by surprise to learn that they far surpass those of Central America, perhaps even those of India.”

Alfonso de Albuquerque : Dalam "Comentarios do Grande Afonso de Albuquerque" bahawa ada lebih kurang 3,000 senjata api dirampas oleh Portugis selepas tentera Melaka berundur. Ada catatan lain yang mengatakan 8,000 senjata api. 

Ananda Kumaraseri (Datuk Dr.) : New Straits Times (2012) > Bangsa Melayu merupakan etnik paling dominan di Malaysia  dikenal pasti berasal dari Tibet dan wilayah Yunan di Selatan China. 

Anthony Dosset (Dr.)  : dari University Wollongong > dalam kajian terbaru beliau pada 2013 di Gua Moros, Sulawesi mendapati bahawa sekitar 39,000 tahun lalu sudah ada manusia di wilayah ini dan mereka sudah hebat membuat stensil tangan dan lukisan rusababi di dinding gua. 

Anthony Reid : Bangsa Nusantara adalah perintis kepada peradaban Maritim dan perdagangan Laut. 

Antonio de Morga : in his book " Sucesos de las Islas Filipinas" (Historical events of the Philippines Islands), gave an idea of the connection between the people of Luzon and nearby islands to the rest of the Malay Archipelago. 

Antonio Pigafetta:  Pengembara Itali yang mula-mula mengumpulkan kosa kata Bahasa Austronesia. Beliau adalah anak kapal yang mengikuti ekspedisi Magellan  pada 1519 - 1522. Beliau turut mencatatkan tentang seorang pemuda Melayu yang ikut serta dalam Pelayaran Magellah yang diberi nama Kristian "Enrique the Black" berasal dari Sumatera. Semasa beliau melawat Brunei pada 1521M, beliau melihat di istana Sultan Brunei terdapat 56 pucuk meriam tembaga dan 6 meriam besi. 

Armando Cortesao (1944) : 
  • "The Suma Oriental of Tom Pires An Account of East, From the Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues.Hlm 287" > "Barang siapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher (dapat menguasai) Venice."
  • Melaka merupakan sebuah kota yang lebih baik daripada kota-kota lain di dunia. 

Arndt Graf (Prof.) : Pensyarah Pengajian Melayu di University Goethe, German menyatakan Hang Tuah mengusai 12 bahasa asing. Namun beliau masih berbahasa ibundanya iaitu Bahasa Melayu. 

Artur Basilio De Sa Insulinda : Dalam "Documents On The History of the Portuguese Patronage in the Far East" > Kapal-kapal besar berlabuh di Kota Melaka > Di Melaka terdapat 2 lombong emas.

Arthur Edward Powell : dalam bukunya "The Solar System" bab 35 bahawa akar bangsa ke-4 Lemuria merupakan Malayan Brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar ke-4 ini digelar Atlanteans.

Arysio N. Dos Santos (Prof.) : Pensyarah University of Campinas Sao Paolo > Beliau menemukan Benua Sunda sebagai "The Lost Continent of Atlantis" seperti yang dinyatakan oleh Ahli Falsafah Greek Plato dalam "Timaeus and Critias"

Asmah Hj Omar : menyatakan bahawa lokasi bahasa Proto-Austronesia terletak di Dataran China yang dikenali sebagai Yunan. 

Atlas Lopo Homem-Reineis a.k.a Atlas Miller:  sebuah atlas yang dilukis oleh pakar Kartografi Portugis bernama Lopo Homem, Pedro Reinel, Jorge Reinel dan Antonio de Holanda pada 1519 yang kini tersimpan di Perpustakaan Negara Perancis. Atlas Miller ini adalah Atlas pertama yang menggambarkan kewujudan Jong Melayu. (Jim Siebold, 2016)

Barry Fell (Dr.) :  Ahli Arkeologi Barat yang menemui bukti kedatangan pelayar Melayu Islam dari Melaka di Amerika berdasarkan tulisan jawi/Arab yang ditemui terukir di sebuah gua di daerah Corinto, El-Salvador. 

Battle of Duyon River:  Rekod Portugis mengenai pertempuran di Sungai Duyong antara Portugis dengan Armada Kerajaan Acheh pada tahun 1629. Diakhir pertempuran sebuah kapal raksasa Acheh bernama Cakra Donya  telah ditawan dan dibawa ke Melaka. Portugis amat kagum dengan kehebatan kapal raksasa tersebut dan menggelarnya "Espanto del Mundo" bermaksud "Keajaiban Dunia."

Batu Bersurat Terengganu: ditemui pada tahun 1887 di Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kandungannya berisikan undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam. Pentarikhan yang diterima umum adalah 4 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303M.

Buddha Cannon: Catatan Buddha Cannon "Kapal ini cepat dan dapat mengangkutdari 1,000 orang, selain kargo. Mereka juga dipanggil K'un-lun po. Kebanyakan mereka yang membentuk anak kapal dan tukang kapal-kapal ini adalah orang K'un-lun

Buzurg al-Ramhurmuzi : Dalam "Aja'ibul Hind" > Seorang nakhoda Islam Parsi  yang bernama Ismailuyah telah belayar daripada Kalah (Kedah Tua) menuju ke Oman pada 929 M. 

Catatan Dinasti Sui : mengenai Kerajaan Melayu bernama Chi Tu > hubungan pertama yang dibuat oleh negara Kota Melayu ini dengan Kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-618 M. 

Charles Truxillo : Dalam "Crusaders In The Far East: The Moro Wars In The Philippines In the Context of The Ibero-Islamic World War" > Masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu bertindak balas diatas pencerobohan orang-orang Iberia (Portugis) dengan mengadakan perikatan bersama umat Islam dan memohon kepada Sultan Uthmaniyyah untuk bantuan. "

Chi'en Han Shu  : sumber penulisan China, telah wujud hubungan diantara Kerajaan-Kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Kerajaan Fu-Kan-Tu-Lu dengan Maharaja Wu-Ti dari Dinasti Han antara tahun 141 SM hingga 87 SM. 

Chih Tu Guo Ji : Catatan China dihasilkan dari Kerajaan Sui menggambarkan Chih Tu sebagai sebahagian dari Kerajaan Funan

Cladius Ptolamaeus :  Dalam "Geography" > Merekodkan kapal-kapal besar yang datang dari sebelah Timur India (Nusantara). 

D.G.E Hall dalam bukunya “ A History of South-East Asia “ yang mengatakan Parameswara ialah pengasas kerajaan Melayu Melaka.

Dahl & Alexander Adelaar :  membuat kesimpulan bahawa masyarakat proto - Malagasy berasal sekitar Pulau Bangka yang terletak di Selat Melaka. 

Damian De Goes : dalam "The Chronicle of the Most Happy King Dom Manuel of Glorious" menyatakan Melaka dikenali sebagai Kota yang terkaya di dunia

Daoyi Zhilue : a book written by Yuan Dynasty (1271-1368) traveller named Wang Dayuan > Langkasuka was known as "Long-ya-xi-jiao" .

Davisakd Puaksom : menulis untuk tesisnya di National University of Singapore bahawa beliau telah menemui banyak bukti mengejutkan tentang pengaruh bahasa Melayu sebagai Lingua Franca didalam Istana Ayutthaya. 

De Silva (Prof. Dr. ) : Penyelidik Arkeologi dan Ahli Sejarah Sri Lanka > beliau telah menganalisis bahan arkeologi dan mendapati sudah wujud tamadun di Alam Melayu sejak 15,000 S.M. 

Dirk Van Hogendorp : Pegawai tentera Belanda yang terlibat dalam serangan Belanda di Kuala Selangor berkata bahawa pihak Belanda telah merampas 68 pucuk meriam di Kota dan Kubu di Kuala Selangor. 

Diogo de Couto :  Sejarawan Barat yang menyatakan bahawa nama Raja Melaka yang pertama yang juga Raja terakhir Singapura ialah Raja Sabu

Dom Paulo Lima de Pereira : Dalam Surat kepada Raja Philip bertarikh 18 November 1587 ada menyebut tentang kapal perang milik Kerajaan Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika cubaan Portugis menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons.

Dong Xi Yang Kao : "Studi mengenai Samudera Timur & Samudera Barat" yang ditulis oleh Zhang Xie (1574-1640) Dinasti Ming menyatakan penduduk di Kelantan tidak menggunakan seramik melainkan anyaman buluh dan daun sebagai pinggan makan. 

Duarte Barbosa :  
  • Dalam "The Book of Duarte Barbosa" menyatakan Pelabuhan Melaka adalah pelabuhan yang terkaya di dunia. 
  • Beliau juga turut merekodkan kewujudan kapal besar milik orang Jawa yang mempunyai 4 tiang layar. 
Dudley Francis Amelius Hervey (1849-1911) : Penasihat British di Tanah Melayu menyatakan pernah melihat Kota Gelanggi pada tahun1881. 

E.H. Schafer (1957) : "terdapat catatan bahawa pada tahun 554, juak-juak Melayu telah ditugaskan Kerajaan Maharaja Fei dari Wei Barat (China) untuk mengembala 2 ekor Gajah Perang dari Lingnan (kini China Selatan & Vietnam). 

Ernest Small:  Menulis dalam catatan China bahawa bangsa India,Arab, Parsi dan Turki belajar tentang ilmu pelayaran dari orang-orang Melayu. 

Encyclopedia Britainica Volume 14 : "The Malay Archipelago, also known as Malaysian and East Indies contain in the largest group of Island in the world consisting of more 3,000 islands of Indonesia and 7,000  islands and unnamed rocks of Philippines group. The New Guinea island is arbitrary included in the Malay Archipelago. 

Eusibio Dizon : Menyokong "Theory of Taiwan" oleh Peter Bellwood dan menjelaskan orang Melayu keluar dari Taiwan sejak 6,000 tahun lalu. 

F.D.K Bosch : pada tahun 1946 telah menegaskan bahawa pedagang-pedagang dari Kepulauan Melayu pernah sampai ke pelabuhan-pelabuhan di India. 

F.de Houtman: Pada awal 1603M, beliau membuktikan bahawa Madagaskar mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu. Seluruh kerabat bahasa Austronesia turut dikenali sebagai kerabat "Bahasa Melayu-Polinesia" hingga sekarang. 

Ferano Mendez Pinto : mencatatkan pada 1539, beliau telah singgah ke Perlis. Pembantunya Maurice Collis telah menulis, " We sailed two day and half with favorable wind by means we got to the river of Parles in the Kingdom of Queda… being departed from the river of Parles on a Saturday about sunset….” “anchored at the mouth of the Perleys River near Alor Setar to trade 1539”

Fernao Lopes De Castanheda: dalam "History of the Exploration & Conquest of the Indies by the Portuguese" menyatakan Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan komoditi yang paling kaya dan dikenali di dunia. Tentera Melaka adalah tentera terbaik yang pernah dihadapi oleh Portugis.

Fernao Pires de Andrade: Pada 1513 : Jong Patih Unus dari Demak mempunyai antara 3 - 7 lapisan kulit kapal yang tidak dapat ditembusi peluru meriam. 

Francois Valentijn (1666-1727):  pendeta dan ahli Sejarah Belanda telah menulis tentang sejarah Kepulauan Melayu dan kehebatan Bahasa Melayu.Beliau meletakkan bahasa Melayu pada abad ke-16 setaraf dengan bahasa Latin dan bahasa Perancis yang menjadi lingua franca di Eropah ketika itu. 

G.B Gardner : Teori asal usul Keris > evolusi senjata tangan berasal dari tulang ekor ikan pari.

G.C. Woolley : Teori asal usul keris > jika keris berasal dari tulang ekor ikan pari, bermakna ianya hanya digunakan oleh masyarakat pesisir dan tidak diketahui masyarakat pendalaman. 

G.E. Gerini:  menganggap istilah "Meleu-Kolon" oleh Ptolemy berasal dari perkataan Sanskrit iaitu "Malayakom" atau "Malaikurram" yang merujuk kepada Tanjung Kuantan. 

G.K. Nieman & R.M. Clark: Daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. 

Gabriel Ferrand :  Kerajaan Srivijaya telah wujud sejak tahun 392M. 

GARC:  the recent finding by  the Universiti Sains Malaysia's Global Archaelogical Research Centre (GARC) that the Malay Maritime trade with India should have started at least approximately 1,900 years ago., especially involving the Kingdom of Kedah Tua. The Kingdom was known as Kadaram to ancient Indians, Kalaha to ancient Arabs and Cheh-Cha to ancient Chinese. Its name was mentioned early in Sanskrit literally works, such as the famous Kathasaritsagara(Ocean of Stories), later in the 12th century as recorded by Al-Idrisi, an Arab traveller and Geographer in his book Ar-Rujjar (1154). 

Gaspar Correia: Dalam "Lendas da India" > pencatit Portugis yang mencatatkan bahawa sewaktu armada Portugis bertembung dengan kapal Melayu dari Acheh, kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tidak ada sesiapa yang berani hendak memanjanya dari mana-mana kapal Portugis. 

George Coedes: dalam "The Indianized State of Southeast Asia." (1968) > Pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis yang menyedari tentang sebutan "Sanfotsi" adalah Kerajaan Melayu Srivijaya. 

George Murdock:  Seorang Professor dari Amerika pada 1959 melalui penelitianya mendapati bahawa beberapa tanaman yang didapati di Madagaskar seperti Kelapa, Ubi Jalar, Keladi, Padi Sawah dan Jagung adalah berasala dari Nusantara yang di bawa oleh Pelaut-pelaut Melayu. 

George Percy Badger : Seorang ilmuan Inggeris pada tahun 1863 yang mengulas pengembaraan Ludovico di Varthema di Mekah, turut mengulas mengenai Jemaah Haji dari Alam Melayu dengan cara pakaian mereka di Mekah. 

Georgio Bucallati :  dalam kajian mendapati cengkih telah digunakan di Syria sejak tahun 3,700 S.M. 

Gerald Gardner (1884-1964) : Seorang pengembara yang mendakwa pernah melihat Kota Gelanggi di Johor. 

Giovani Da Empoli : mengesahkan tentera Melaka menggunakan lancara dan perahu api untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula, pertahanan Melaka diperkukuhkan dengan pancangan kayu. Juga dilengkapi besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru. Sebenarnya perang di Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat.

Godinho de Eredia : Dalam buku "Asia Portugeuza" karya Manuel de Faria Y Souza dalam E.Koek, Portuguese History of Malacca turut menceritakan kedatangan Portugis ke Melaka. Jumlah meriam besar dimiliki oleh kerajaan tersebut adalah sangat banyak iaitu 3,000 pucuk telah dijumpai dalam kota Melaka tetapi 5,000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka sebelum kota itu mula tumbang.

Gorys Keraf : Dalam bukunya Linguistik Bandingan Historis (1984) mengemukakan Teori Leksikostatistik dan Teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bahasa Melayu. 

Gospels Hebrew King James Version:  Book of Job 28:16 > "It cannot be Valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire." Mount Ophir means Gunung Ledang of today.

Graham W.Irwin : Dalam Pengkisahan Melaka 2003 - 2006 anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada 2006, Beliau menyatakan : " The first fort built at Melaka was constructed by Malays. It consisted of a system of earthworks,surmounted by wooden stockades and, by the early 16th century, was well provided with guns. Within it defence line lay the Royal Palace of Melaka Sultans. During Alfonso de Albuquerque's attack of 1511 these Malay were much damaged, through traces of them could still be seen in 1641."

Griffith Wilkens  : mengemukan teori bahawa sanya keris berasal dari senjata lembing. 

H.D.Collings : "AN IRON AGE FIND NEAR KLANG" > This paper was produced in December 1949 about ancient iron work in Bukit Jati, Klang. P.W.D workers found 21 iron ages tools and part of its the kind which the Malays call Tulang Mawas. 

H.G. Ouaritch-Wales : orang yang memulakan kajian terhadap Lembah Bujang di Kedah sejak 1840-an lagi. 29 Tapak candi yang ditemui ketika itu membuktikan bahawa wujud sebuah Kerajaan yang masyhur yang menerima pedagang dari selurha Asia. 

Habib Abdullah Bin Abu Bakar al-Hadad:  Kitab Sejarah Keturunan Raja-Raja Bugis : mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Balqis.

Hadrian Reland: Sarjana Belanda yang pertama mengandaikan wujud persamaan antara Bahasa Melayu dari kawasan Madagaskar ke Jawa, Borneo, Maluku sehingga ke Timur pada tahun 1706. 

Han Shu : Buku Dinasti Han > karya Ban Gu , Rekod terawal mengenai "Nanhai Trade" antara China dengan Semenanjung Tanah Melayu sudah wujud sejak 140 SM. Nama 'Duyuan' dalam catatan ini ialah Duyung di Terengganu.

Heidi Roupp:  Dalam "Teaching World History : A Resource Book." > Pelayar-pelayar Melayu telah tiba di Timur Afrika selewat-lewatnya abad pertama Sebelum Masihi. 

Hendrik Kern: mengemukakan teori bahawa kawasan bangsa Melayu adalah di Champa, Cochin-China dan Kemboja. Teori ini kemudian diikuti oleh R.O.Winstedt

Henk M.J. Maier : Daripada Leiden University,Belanda mengatakan mengenai Hikayat Hang Tuah (2004: 127) "An epic perhaps, but certainly not an epic."

Horst H. Liebner (Dr.) : Pengkaji Arkeologi Nusantara berasal dari Jerman ini menyatakan bahawa orang Melayu pada abad ke 10 sudah berupaya membina kapal yang berukuran 25 hingga 35 meter panjang dan 12 meter lebar. 

Hsing-Ch'a Sheng-Lan : Catatan Fei-Hsin pada tahun 1436 mengenai keadaan sosioekonomi negeri Melaka yang makmur pada zaman itu. 

Hsuan-tsung (Hsuan-te) Shih-lu : rekod catatan China yang menyebut tentang Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 115 chuan. 

Huayi Tongyu  : Kamus China - Melayu terbitan tahun ke-9 Maharaja Guangxu (1883M).

Human Genome Organisation (HUGO) : the study conducted by HUGO in 2013 showed that the ancestors of the Malay people, the Semang and Senoi, migrated to the ancient Kingdom of Champa that is now located in parts of Vietnam and Cambodia. 

I-Tsing : Sami Buddha dari China zaman Dinasti Tang. Ketika dalam perjalanan ke Nalanda, India untuk mendalami agama Buddha, beliau menyebut Kedah sebagai Chieh Chia

Ibn Al-Faqih : dalam Kitab Al-Buldan : 
  • antara Benua India ke Benua China (Alam Melayu) terdapat sebanyak 30 Kerajaan.  Raja yang paling kecil (paling miskin) memiliki apa yang dimiliki oleh Raja Arab. 
  • Kerajaan yang paling besar dalam wilayah itu ialah kerajaan Srivijaya (Al-Zabaj dalam bahasa Arab.)

Ibnu Abd Rabbih (860-840M) : menulis dalam bukunya "Al-Iqd Al-Farid" bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah Hind yang mengutus surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang meminta baginda menghantar seseorang untuk mengajarkan agama Islam kepada beliau. Prof. Q.S.Fatimi menjelaskan wilayah Hind yang dimaksudkan dalam surat itu adalah Srivijaya. 

Ibnu Battutah: Dalam Kitab "ar-Rihlah" > 
  • Beliau singgah di Pasar dan mendapati Istana Pasai menjadi pusat peradaban Ilmu Islam yang terhebat pada zaman itu. 
  • beliau singgah di Kailukari dalam pelayaran ke China. Pemerintah negeri itu seorang wanita bernama Puteri Udruja yang fasih berbahasa Arab dan Turki. Kailukari diyakini oleh pengkaji sejarah adalah Kuala Krai di Kelantan. 

Ibnu Kathir: Dalam kitab "Al-Kamil fil Tarikh" > Umat Nusantara termasuk Melayu (Bani Jawi) bersalasilah secara terus dengan Nabi Ibrahim a.s. melalui isteri ketiganya bernama Keturah. Dalam Kitab Perjanjian Lama ada disebut nama Keturah, isteri Nabi Ibrahim a.s. 

Ibnu Kordadhbeh (844-848 AD) : ada mencatatkan mengenai Srivijaya > Pemerintah Zabag (nama bangsa Arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai Maharaja dan sabah hari, Maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man."

Ibnu Yusuf: Dalam Kitab "Permata yang Hilang" > Kemungkinan nama Melayu berasal dari perkataan "Malai-Ur" sempena nama Kerajaan Chaldea tempat asal Nabi ibrahim a.s. 

Inskripsi Cola : Abad ke 11 Masihi berkaitan dengan serangan Cola ke atas Kepulauan Melayu disebut nama Malaiyar

Inskripsi Madigiriya : diukir oleh Mahinda VI Raja Kerajaan Polonnaruwa Sri Lanka > memuji Raja Srivijaya yang membebaskan Sri Lanka dari Raja Chola. 

Isabella Desjeux (Dr.) : pada tahun 2015 telah membuat dokumentari tentang Saintis Melayu Sarawak bernama Buang bin Muhammad Ali. Penemuan kehebatan Buang bermula apabila sebuah kotak besi yang tertanam dalam tapak pembinaan sekolah di Ternate di kesan. Kotak itu mengandungi catatan Buang mengenai Kajian-kajian Sains. 

Isabella L. Bird:  dalam bukunya "The Golden Chersonese and the Way Thither." > mencatatkan pengembaraannya ke Timur Jauh pada tahun 1879 menyatakan selepas kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar Melayu Aceh telah cuba menawan kembali Melaka dengan kapal-kapal perang yang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari kapal-kapal yang pernah di bina di Eropah.

Ismail Husein & Amat Juhari (1996):  orang-orang Melayu di Nusantara mempunyai aksara tersendiri sebelum Aksara Palavi. Aksara ini dikenali dengan nama Huruf Rencong atau Rencung (Zain, 2000). 

Issobel Dyen : "Theory Out of New Guinea" (1965) > Pelopor "Theory Out of New Guinea" pada 1965, teori asal usul bangsa Melayu dari New Guinea. 

J.A. Richardson : In his book "The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub, Pahang" > according to him in page 36 "People found that for every 'Dulang' of sand there was a handful (raub) of gold." 

J.C. van Leur's : 1960 : "Indonesian Trade and Society" Hlm 57 > Bahasa Melayu menjadi LIngua Franca bagi gugusan Kepulauan Nusantara dan disamping itu mereka semestinya bertanggungjawab dalam usaha penyebaran agama Islam."

J.H.C. Kern : Ahli fisiologi Belanda yang mendapati perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara juga terdapat di Madagaskar, Filipina dan Taiwan. Bahasa Melayu adalah satu induk yang terdapat di Asia. 

J.J. Sheehan :  'Melaka Papers', JMBRAS "Seventeeth century visitors to the Malay Peninsula" (KP JB 116) > Bahasa yang digunakan di Melaka dipanggil bahasa Malaya (Melayu). 

J.R. Foster: Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia berasal dari Bahasa Melayu-Polinesia purba. 

J.R. Logan :  Terdapat persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet).

Jacques Dumarcay : dalam bukunya "Cambodian Architecture: Eight to Thirteen" mengatakan bahawa senibina awal Khmer mempunyai banyak pengaruh dari Kerajaan Melayu Champa dan juga Jawa. 

James Hornell : dalam penulisannya terdapat bukti kewujudan suku Austronesia di selatan India pada zaman kuno. 

James Low (Colonel): Orang yang pertama menjalan penyelidikan mengenai Kerajaan Bruas pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Kedua mereka bersetuju bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud cuma tidak pasti dimana lokasinya. 

James T. Collin: dalam buku "Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Sejarah Singkat." (2011) Yayasan Pustaka Obor, Indonesia > Bahasa Melayu merupakan turunan bahasa Austronesia Purba yang digunakan di Kalimantan Barat sejak kurang lebih 2 juta tahun yang lalu. 

Jan Hugen Van Linschotten : Bangsa Belanda yang pernah tinggal di Indonesia dari 1586 - 1592 mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai Bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa Negeri Timur. 

Jen-tsung (Hung-hsi) Shih lu : catatan rekod China yang menyebut mengenai Kerajaan Melayu Melaka  sebanyak 10 chuan. 

Jim Siebold (2016) :  menyatakan bahawa Atlas Miller atau Atlas Lopo Homem-Reineis, atlas yang dilukis oleh pakar kartografi Portugis bernama Lopo Homem, Pedro Reinel, Jorge Reinel dan Antonio de Holanda pada tahun 1519 adalah atlas pertama yang menggambarkan kewujudan Jong Melayu. 

Joao de Barros: dalam "On The Deeds and Discoveries & Conquest Made by Portuguese in The Seas and Eastern Lands." > mengesahkan kehebatan Kota Melaka dan Orang Melayu di Melaka telah menggunakan Minyak Tanah sebagai bahan bakar. 

Johann Friedrich Blumenbach: Dalam Kajian mengenai 5 bangsa Utama dunia pada tahun 1779, dicatatkan bangsa Melayu adalah antara 5 bangsa utama Dunia. 

John Crawfurd: memetik catatan De Burros dalam bukunya "A Descriptive Dictionary of the Indian islands and Adjacent Countries." > 
  • Ketika Portugis tawan Melaka, mereka berjaya rampas sehingga 8,000 unit senjata api. 
  • Asal bahasa yang terdapat di Nusantara berasal dari bahasa di Pulau Jawa.  
  • Orang Melayu telah menggunakan Kompas sebelum orang Eropah
John D. Baldwin: Dalam "Ancient America" (1871)
  • Another hypothesis, much less improbable, though not satisfactory, is the Civilization was brought to America in ancient times by the Malays.
  • The Malayan Empire was maritime and commercial, it had fleets of great ships, and there is evidence that its influence reached most of the Pacific islands. 

John M. Miksic (Prof.) : dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dalam buku bertajuk "Singapore - The Silk Road of the Sea, 1300 - 1800." berdasarkan kajian J. Miksic terhadap 300,000 artifak yang berkaitan masyarakat Melayu. Artifak ini membuktikan masyarakat Melayu bukanlah pemalas seperti yang dimomokkan sesetengah pihak bahkan bangsa Melayu adalah pembina kota dan tamadun. 

John Tiffany : dalam "The Malay - A People of Fascinating Divisions" > "Penghuninya adalah peneroka dalam ilmu pelayaran sehingga mereka diberi gelaran "The Viking of The Orient." 

John Van Wyhe & Gerrel M. Drawhorn: dalam sebuah artikel bertajuk "I am Ali Wallace The Malay Assistant of Alfred Russel Wallace" dalam JMBRAS Vo. 88 Part 1 (2015) menyebut tentang remaja Melayu Islam bernama Buang (Buang bin Muhammad Ali) sebagai pembantu Saintis Inggeris bernama Alfred Russel Wallace di Sarawak. 

Joyce E. Chaplin (Dr.) : dalam "Round about the Earth - Circumnavigation from Magellan to Orbit." > Sejarawan dari University Harvard menyatakan orang yang pertama berjaya mengelilingi dunia ialah lelaki Islam berbangsa Melayu bernama Enrique de Malacca.

K. Himly : Menyangkal pendapat yang mengatakan bahasa Melayu-Polinesia serumpun dengan bahasa Champa. 

K.A. Nilakanta Sastri: Dalam "The History of Srivijaya" (1940) menyatakan 4 buah inskripsi Melayu Klasik yang ditemui di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Brahi dan di Kota Kapur adalah inskripsi bahasa Melayu yang paling tua dan rekod pengunaan bahasa tertua di dalam keluarga bahasa Malayo-Polinesia. 

K.G. Tregonning : dalam bukunya "Malaysian Historical Sources" (Singapore, 1965, m2) dan "The Encyclopedia Americana" (Edisi 8,1963 m.164) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik perdagangan China-India.

Kang Tai: Pada 260 M, mencatatkan kewujudan Jong Melayu yang mempunyai 7 liang layar dipanggil Kun-Lun Po.

Kaushik Roy : (2011) > War Culture and Society In Early Modern South Asia 1740-1849: Hlm.12) >Melaka mengimport Meriam dari Calicut, meriam terbesar yang dijumpai oleh Portugis di Melaka itu berasal dari Turki Uthmaniyyah

King Kalakaua (Hawaii) : In 1879 , he authored a bill in the Hawaiian Parliament - the first democratically elected national parliament in Austronesia - to formally declare Hawai'i as an Asiatic Malay State. He went around the world in 1881 visiting Japan, Malaya, China, Singapore, Thailand and India. 

Kevin Reilly: Dalam buku "The Human Journey: A Concise Introduction to World History." > beliau telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu adalah pelayar yang pertama belayar di lautan luas.

Kong Yuanzhi (Prof.) :  daripada University Peking menyatakan "Kamus Bahasa Melaka (Manlajia Guo Yiyu) bukan sahaja adalah kamus Bahasa Melayu - Cina yang pertama, bahkan adalah Kamus Bahasa Melayu yang pertama di dunia."

Kurayoshi Takara (Prof.Dr.) : Beliau yakin keris yang ditemui di Kuil Enkakuji di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun adalah dari Kerajaan Melaka kerana Kerajaan Ryukyus (Okinawa kini) telah mula berdagang dengan Melaka pada kurun ke 15. 

L.C Damais  : Sejak dahulu lagi bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perantara utama atau Lingua Franca di Asia Tenggara amnya dan di Nusantara khasnya. 

L.P. Briggs : Nama Funan disebut dalam catatan China sekitar tahun 221M - 280M dan berakhir pada 627M. 

Liang Liji (1996) :  menyentuh hubungan Melaka-Dinasti Ming abad ke 15 : "Hubungan antara China dan Alam Melayu sudah lama wujud, iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117SM). 

Liangshu : "The Book of Liang" > Rekod Sejarah Dinasti Liang (502-557M) - rekod terawal mengenai Kerajaan Langkasuka dari catatan China. 
"The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the Southern Sea (å—ęµ·).Its frontiers are thirty days’ journey from east to west and twenty from north to south. It is twenty-four thousand li (里) distant from Canton. Its climate and products are somewhat similar to those of Funan. Eagle-wood, Agar-wood and Barus camphor are especially abundant. It is customary for men and women to go with the upper part of the body naked, with their hair hanging disheveled down their backs, and wearing a cotton kan-man.

Luc Baudouin & Patricia Lebrun : Dalam makalah 'Coconut (Cocos Nucifera L) DNA studies support the hypothesis of an Ancient Austronesian migration from Southeast Asia to America" > kedua penulis ini mencadangkan bahawa antara faktor utama yang membuatkan kelapa boleh berada sehingga jauh Ecuador dan Benua Amerika kerana dibawah oleh suku-suku Austronesia/Melayu-Polinesia daripada Asia Tenggara kira-kira 2000 tahun yang lalu.

Ludovico di Varthema : (1470-1517)
  • dalam pelayaran ke Melaka dan Kepulauan rempah pada 1505, beliau mencatatkan seorang Nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang beliau tumpangi belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet. 
  • Ketika beliau pergi ke Mekah dengan menyamar sebagai orang Islam pada 1503 hingga 1508, beliau bertemu ramai jemaah Haji datang dari Alam Melayu di Mekah. 

Luis Filipe Ferreira Reis Thomas:  1993: The Malay Sultanate of Malacca. Dim Anthony Reid : Southeast Asia in the Early Modern Era: Trade, Power and Belief. Hlm.81): Hubungan diplomasi Melaka dengan pelbagai Kerajaan di seluruh dunia. 

Lynda Norene Shaffer: dalam buku "Maritime Southeast Asia to 1500." > 

  • “The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance overseas trade. The chine infact to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails. “
  • There is no doubt that the most intrepid sailors were the Malayss, people who lived in what is now Malaysia, Indonesia, the southeastern coast of Vietnam and the Philippines. 
  • Sometimes before 300 B.C.E , Malay sailors began to ride the Monsoon.
  • Malay sailors had reached the eastern coast of Africa at least by 1st century B.C.E. if not earlier.
  • Indian traders and shippers and Malay sailors were also responsible for opening up an all-sea route to China
  • Pelaut Melayu seawall kurun pertama telah mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh, mereka mempunyai ilmu laut yang tinggi, belayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa menggunakan kompas atau carta, mengetahui kedudukan sebuah pulau dengan hanya melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dsb.

M.Klaproth: dalam "On The Name of China"
  • Perkataan 'Cina' dan 'China' itu berasal dari panggilan dan gelaran orang Melayu terhadap orang-orang Dinasti Tsin (Qin).
  • Maharaja Tsin-che-Hwang-te dikatakan mula berdagang dengan pelaut-pelaut Melayu sekitar kurun ke-3 Sebelum Masihi
M.W. Tweedie: dalam bukunya "Pre-History" menyatakan mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Negrito dan telah ada sejak tahun 8000 S.M. 

Ma Huan : Pelayar China yang beragama Islam yang mengiringi Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Ma Huan dalam catatannya bertajuk "Ying Ya Shen Lan"  (Pemandangan Indah di Seberang Laut) mencatatkan keindahan Kota Melaka dan menara-menara di sana.

Ma Tuan Lin  : Dalam catatan Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke negara China pada tahun 638M. 

Manlajia Guo Yiyu : Kamus Terjemahan Bahasa Melaka diterbitkan oleh Siyi Guan (Balai Bahasa-Bahasa Asing) yang ditubuhkan pada 1405 oleh Maharaja Yongle dari Dinasti Ming. 

Manuel de Faria Y Souza : Dalam buku "Asia Portugueza" dalam E.Koek. Portuguese History of Malacca ada mencatatkan 3,000 meriam ditemui di Istana Melaka . 

Manuel Godinho (Padre) : penduduk tempatan yang tinggal di Melaka pada zaman Portugis kebanyakannya adalah orang bukan Islam, kebanyakan mereka masih jahil (pagan) dan beragama Hindu-Buddha (Bragmanes). 

Manuel Joaquim Pintado Portuguese Documents on Malacca - 213 (1509-1511) : Sumber yang kukuh tentang Kesultanan Melayu Melaka > "Dinding Jong Melayu begitu tinggi sekali sehinggakan orang Portugis tidak mampu memanjatnya, dan dinding Jong  setebal 4 lapis tidak rosak sedikitpun oleh peluru meriam."

Manlajia Guo Yiju:  Kamus terjemahan bahasa Melaka (Bahasa Melayu) yang diterbitkan oleh Siyi Guan iaitu sebuah balai Bahasa-Bahasa Asing yang ditubuhkan pada zaman Pemerintah Maharaja Yongle (Dinasti Ming).

Mao Qiling: Mansi hezhi [A Comprehensive Record of the Aboriginal Chieftains]. Taipei: Guangwen Shuju, (1968)Melaka mempunyai bala tentera yang kuat. Tentera Melaka telah berjaya mengalahkan 30,000 tentera Annam yang lengkap dengan Istinggar dan rentaka di Lanxang sekitar tahun 1483. 

Marco FerrareseAsia’s secret World Heritage site > pada tahun 2009, saintis menemui sebilah kapak purba paling tua di dunia iaitu kira-kira 1.5 juta tahun yang lalu (Ferrarese, 2016). Ada kebarangkalian 1.83 juta tahun pun.

Marco Polo : he went to Southeast Asia in the 11th century but never went to Fansur. He did mention in his account that the best camphor (Kapur Barus) originated from Fansur (Barus). 

Martianus Heraclea: Pencatat Yunani dalam "Periplus of the Erythrean Sea." > Kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) terletak diantara benua India dan China. 

Martin Ferdanadez de Navarette : tokoh sejarah Sepanyol yang menulis sebuah buku pada 1837, yang menyebut kebolehan Enrique de Malacca (Panglima Awang) bertutur fasih bahasa Negara itu. 

Martin Richards: Menemui bukti DNA bahawa penyebaran penduduk di Asia Tenggara ribuan tahun lalu melibatkan pergerakan  ke arah utara disebabkan oleh fenomena banjir besar di Benua Sunda. 

Md. Salleh Yaapar (Prof. Dato' Seri Dr. ) : Penyelaras Operasi, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS), USM menyatakan bahawa Orang Melayu berasal dari Kepulauan Melayu dan bukanlah pendatang. 

Meilink-Roelofsz : Melaka telah muncul sebagai antara pusat Perdagangan utama di Asia. 

Michael Adas: dalam buku " Agricultural and Pastoral Societies in Ancient and Classical History." > Sejak 300 tahun Sebelum Masihi pelayar Melayu mula belayar menggunakan angin Monsun ke China dan India. Mereka telah tiba di Pantai Timur Afrika selewat-lewatnya pada abad pertama Sebelum Masihi. 

Michael W. Charney: Dalam "Southeast Asian Warfare, 1300 - 1900." > Pembuatan meriam di alam Melayu. Alfonso de Albuquerque pada 1511 teruja dengan pembuatan meriam di Melaka yang mana beliau sifatkan setanding dengan pembuatan meriam di Jerman. 

Mikhail Venyukov : "An Essay on the contemporary state of British dominions in Asia." (1875) > beliau menganggap pegawai-pegawai kolonial British sebagai angkuh dan suka mengeksploitasi sebuah bangsa yang pernah mencapai keagungannya satu masa dahulu. Venyukov turut menyifatkan orang Melayu diperlakukan seperti bangsa bawahan dan sentiasa dimalukan penjajah secara sistematik.

Ming Shih Lu : (veritable records of the Ming Dynasty)
  • a Collection of records on events happening in Ming Court.
  • It is the earliest reference to Malacca written anywhere. 
  • Malacca was mentioned more than 100 times.
  • the last visit of Srivijaya (San Fo Qi) to China was in 30.11.1377

Mohd Hazmi Mohd Rusli (Dr.) : "The Unsung Malay History" > “The Malays were great seafarers who once dominated most parts of Southeast Asia. For centuries, they built great kingdoms, huge monuments and pioneered maritime technologies in strengthening their grip over a huge maritime area extending from Madagascar in the West to the Indonesian islands in the East.

Mpu Prapanca : penyair Jawa di Kraton Majapahit dalam karyanya "Desawarnama" pada tahun 1365M telah menyenaraikan daerah-daerah yang dikenalpasti sebagai daerah-daerah Melayu seperti Jambi, Palembang, Siak, Minangkabau, Kampar, Rokan, Kedah, Langkasuka, Kelantan, Pahang dsb. 

Muhammad al-Idrisi:  menulis dalam "Nuzhat al-Musytaq" bahawa di Kedah Tua terdapat lombong logam bijih timah dan juga terdapat banyak permata yang asli.

N.N. Miklukho-Maklai (1846-1888) :  Famous Russian scholar and traveller > made his field research in the Malay Peninsula and Java in the 1870s. His diary of his first travel in Malay Peninsula was published in 1941.

Nanhai Trade :  rekod terawal mengesahkan hubungan antara China dan Semenanjung Tanah Melayu sudah wujud sejak 140 SM seperti yang tercatat dalam Han Shu.  

Nayef R.F. al-Rodhan: dalam "The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of the West." > Melaka memperluaskan perdagangannya ke Gujerat, Dhabol, Bengal dan Coromandel di India, ke China dan Ryukyu dan Empayar Uthmaniyah. 

Negarakertagama : The first time the place called Barus mentioned was in Negarakertagama written in Java during Majapahit Kingdom in 1365AD. Kapur Baru or Camphor as mentioned in the Quran was one of the ingredients in Pharaoh mummification. 

Nicholas Miklouho-Maclay : Saintis Rusia yang melawat Tanah Melayu sekitar 1874-1875 > Banyak maklumat yang dikumpul beliau semasa di Tanah Melayu termasuk beberapa dialek puak-puak yang dikatakan hampir pupus dan maklumat ini diterbitkan pada tahun 1941. 

Nicholas Tarling:  Mencatatkan kejayaan Kerajaan Srivijaya adalah hasil dari kemahiran orang Melayu dalam bidang Pelayaran. 

Nicholas Thomas:  tahun 3000 SM bangsa Melayu telah belayar ke Lautan Pasifik. 

Niccolo da Conti :dalam pelayaran ke Asia dari 1419 ke 1444 mencatat Jong yang dijumpainya jauh lebih besar dari kapal Eropah dan mempunyai 5 tiang layar. 

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (Prof. Datuk Dr. ) : dalam Kajian Arkeologi UKM dari 1972 - 2010 > Membuktikan bahawa rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak 40,000 tahun

Nik Safiah Karim : Istilah 'Melayu' merujuk kepada Kerajaan atau kawasan dikesan pada 100 - 150 S.M. 

Nur Haslindawaty Abd Rashid: Teisi PhD (2013) > Kajian DNA Mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA Mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun

O.C. Dahl :  Bangsa Melayu telah sampai ke Madagaskar sejak tahun 686 S.M.

O.W. Wolters: Dalam "Early Indonesian Commerce : The Origin of Srivijaya"  > 
  • Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masihi lagi
  • Sebuah teks Yunani “Periplus of the Erythrean Sea” dicatatkan bahawa Kapal yang belayar ke Chryse (Semenanjung Tanah Melayu) dan ke Gangga dikenali sebagai Colandia dan sangat besar.
  • Kerajaan Tambralinga pernah menghantar utusan ke China sekitar tahun 616M semasa Pemerintahan Dinasti Tang. 
Otto Dempwolff : Pelopor kajian bahasa Austronesia. 

Oud en Nieuw Oost-IndiĆ«n : (Old and New East India, 1724) : Rekod Belanda oleh Francois Valentijn (1666-1727), penubuhan Melaka sebagai sebuah Kerajaan Maritim dikatakan bermula pada tahun 1160M dan berpusat di Singapura.  

P.Sarasin & S.Sarasin : mengemukakan hipotesis asal usul Melayu dari Tanah Besar Asia atau Asia Tengah dan disokong oleh R.H.Geldern pada tahun 1932. 

P.W. Schmidt: Membuat kajian struktur ayat dan perbendaharaan kata Bahasa Champa dan Mon-Khmer. 

Pattinappalai : sebuah puisi Tamil oleh Katiyalur Urutti pada abad 1/2 Masihi yang menyatakan bahawa pedagang India telah mengeskspot besi dari "Kataram" untuk membuat pedang. Kataram adalah Kedah Tua.  (Note: the only text that mentioned iron of Kedah Tua was Indian source of Sangam Period). 

Paul D. Buell (2009) :  Kemajuan maritim yang dialami oleh bangsa Cina adalah berlaku sesudah Maharaja Song melantik bangsa Melayu Champa menjadi Pegawai Maritim yang sekaligus menjadi Shahbandar di Fujian

Paul Johnstone: dalam "The Seacraft of Prehistory" (1980) > pada kurun ke 3 Sebelum masihi orang China mula belajar membuat layar jenis 'Batten Sail' dari pelaut-pelaut Melayu (Kun-lun Po).

Paul Wheatley: Buku "The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500" , University of Malaya Press 1966 > 
  • Masyarakat China telah menjalin hubungan dengan Masyarakat di Kepulauan Melayu seawal tahun 221 S.M lagi. 
  • Nama Kerajaan Kedah Tua terdapat dalam catatan China pada tahun 638 Masihi. Dalam Catatan Ma Tuan Lin dinyatakan bahawa Chia Cha (Kedah) menghantar utusannya ke Istana China pada tahun 638 Masihi.
  • Pencatat Yunani bernama Martianus Heraclea didalam “Periplus of the Outer Sea” tentang kedudukan Semenanjung Emas (Tanah Melayu) yang terletak antara Benua India dan China.
  • Catatan Abu Dulaf al-Muhalhil mengenai Kedah ketika beliau singgah di Kedah. 
Pei Xing (825 - 880 C.E) : the famous story of "The Kunlun Nu" which potrays a Malay security guard cum martial arts expert named Mo Le who is invulnerable, capable of flying and has other supernatural abilities. This story has been adapted into a movie "The Promise" (2005) with Mo Le's name changed to Kunlun. 

Periplus Marae Erythraensis : Kewujudan kapal-kapal Melayu dicatat seawal tahun 100M, merujuk kepada sejenis kapal yang dinamakan "Kolandiaphonta". 

Perlembagaan Malaysia :  Perkara 160 (2) > "Melayu" merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu, ataupun seseorang yang menganut agama Islam , mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur bahasa Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari Merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. 

Peta Mao Kun / Wubei Zhi: nama Kuala Pahang disebut dalam peta lama China sebagai "Penghang Gang" dan Pulau Tioman dicatit sebagai "Ningma Shan". 

Peter Bellwood
  • "Theory out of Taiwan" (1997) dalam bukunya "The Austronesian"  > Orang Melayu berhijrah dari Taiwan, teori ini turut dikenali dengan nama "Teori Keretapi Ekspress ke Polinesia".
  • Telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar 1000SM sehingga 100SM (M.A.Ishak, 2009) yang merupakan permulaan kepada tamadun Melayu Champa
Pierre Yves Manguin: 
  • Malay ships did not use nails, but pegs and mortise for the plank joint of the ship's body. 
  • Sumber China dari abad ke 3M telah mencatatkan kehadiran kapal Melayu yang dinamakan Kunlun
Pieter Van Der Aa (1706)  : Lakaran beliau bertajuk "Royal Carriage of thirty wheels pulled by twelve Elephants" - gambaran istana bergerak Melaka yang saiznya adalah seluas rumah teres moden hari ini. 

Pingzhou Ketan (Canton stories) : catatan Zhu Yu sekitar tahun 1118-19 mencatatkan betapa pentingnya San-fo-ch'i (Srivijaya) yang makmur dan kuat. 

Prasasti Batu  : di Desa Dakuwu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia > rekod terawal kemunculan keris di Alam Melayu pada abad ke -5 Masehi. 

Prasasti Budhagupta : ditemui di Seberang Prai, P. Pinang membuktikan bahawa Kerajaan Chih-tu benar wujud di Utara Malaysia sekitar abad ke 4-5 Masihi. Sejarawan J Laidlay pada tahun 1848 menterjemahkan teks prasasti itu yang ditulis dengan huruf Pallava (400-500M) dan bahasa Pali mengandungi ajaran Budha dan menyatakan kejayaan pelayaran oleh seorang nakhoda kapal bernama Budhagupta, seorang penduduk Negeri Tanah Merah (Chih-tu).

Prasasti Dong Yen Chau : ditemui di Teluk Tourane, Selatan Vietnam menggunakan tulisan Pallava >  rekod bertulis terawal Bahasa Melayu pada abad ke 4 Masihi melalui Tamadun Melayu Champa. 

Prasasti Grahi, Thailand : ditemui di Thailand namun ditulis dalam bahasa Khmer, mengisahkan tentang seorang Raja Melayu dari Kerajaan Dharmasraya. 

Prasasti Han Cey :  Batu Bersurat di Kemboja bertarikh abad ke 6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II Raja Chenla. Terdapat ayat "Mala Malayu iva Malayam Raja" yang bermaksud "Raja Mala dari Negeri Melayu". 

Prasasti Kedukan Bukit, Sumatera: adalah antara dokumen fisikal tertua yang merekodkan bahasa Melayu Kuno. Prasasti ini ditemui oleh pegawai Belanda bernama M.Batenburg di Kampung Kedukan Bukit di Sumatera, Indonesia. Didalam prasasti ini tercatat nama "Srivijaya", sebuah empayar Maritim legenda terkenal di Asia Tenggara. 

Prasasti Kepingan Leiden Besar: Kurun ke-11 Masihi, ditulis dalam bahasa Sanskrit , Pemerintah Srivijaya disebut sebagai 'Srivisayadhipatina Katahadhipatyam atavanta" yang bermaksud "Pemerintah Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah."

Prasasti Laguna Copperplate: ditemui di Laguna de Bay, Manila, Filipina pada tahun 1989 menunjukkan tarikh yang tetera 822 Saka atau 21 April 900M menggunakan bahasa Melayu kuno.

Prasasti Matari Singa Jaya Himat : Prasasti yang diperbuat daripada tembaga ditemui di Palembang, Indonesia, menggunakan tulisan rencong dan diperkirakan berusia sekitar abad ke 13 hingga 15M. 

Prasasti Padang Roco  : ditemukan di Padang Roco, Siguntur, negeri Dharmasraya, Sumatera Barat pada 1911  bertarikh 1286M, istilah "Bhumi Malayu" merujuk kepada Pulau Sumatera. 

Prasasti Sojamerto, Jawa Tengah: mengandungi nama pengasas Dinasti paling agung Asia Tenggara iaitu Dapunta Sailendra dan nama keluarganya ditulis dalam bahasa Melayu kuno, bertulisan Kawi ditemui di daerah Batang, Jawa Tengah, Indonesia. 

Prasasti Sungai Mas: menyebut tentang Raktamrttika (Bahasa Sanskrit) yang bermakdus Tanah Merah telah menyumbang kepada kepada kajian sejarah lampau Kerajaan Ch'ih Tu. 

Prasasti Talang Tuwo :  ditemui pada 1920 oleh di Palembang,Indonesia oleh Louis C. Westenenk > mencatatkan tarikh "tahun Saka pada hari kedua bulan terang Chaitra" yang bersamaan dengan 23 Mac 684 M. Prasasti ini menyebut nama seorang Raja bernama Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang dianggap pengasas Kerajaan Srivijaya abad ke-7 Masihi. 

Ptolemy: dalam "Geographike Sintaxis" > Istilah 'Meleu-kolon' dianggap berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Malayakolam atau Malaikurram yang merujuk kepada sebuah tempat di Malaysia iaitu Tanjung Kuantan. 

Purana : Kitab Hindu Purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 M. Terdapat istilah 'Malaya Dvipa" yang bermaksud "Tanah yang dikelilingi air" . Para pengkaji sejarah beranggapan bahawa Malaya Dvipa ialah Pulau Sumatera. 

Quaritch Wales (Dr.) : "Indian Art and Letters" vol. IX no. 1 menegaskan bahawa ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai Timur Selatan Thailand. 

R.A. Fletcher: Dalam "Worship and their Stories." (2004) > menyatakan bangsa yang mula-mula menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu atau sampan-sampan adalah orang Melayu. 

R.C. Majumdar: Dekan sejarah India pada tahun 1933 mengemukakan teori bahawa Ibukota Srivijaya ialah di Semenanjung Tanah Melayu semasa kunjungan I-Ching. 

R.H. Geldern: Ahli pra-Sejarah dan pengetua di Iranian Institute and School for Asiatic Studies yang menemui kapak tua dari Asia Tengah dan Gendang Dongson di Utara Vietnam.

R.J. Wilkinson : "The Capture of Malacca, A.D. 1511" > menyebut mengenai beberapa perkataan lazim seperti "Malay gun-fire" atau "Heavy fire" yang merujuk kepada istilah kehebatan tentera Melaka ketika itu.

Rabbai Jacobovici :Kajian Project Genome > mengesahkan hipotesis Dr. Ralph Olssen berkenaan Israel DNA Variant dalam bangsa Mala. 

Rafael Monleon (1840 -1900) : Dalam "Historia De La Navigacion" beliau membuat ilustrasi dan dokumentasi tentang rekabentuk dan senibena kapal dari Alam Melayu. Ianya tersimpan dalam Muzium Ketenteraan Sepanyol, Barcelona. 

Ralph Olssen (Prof.) : Dalam "Book of Mormon" telah menyatakan bahawa ibu segala keturunan Manasseh adalah orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Manasseh adalah salah seorang dari 2 anak Nabi Yusuf a.s.  iaitu Manasseh dan Ephraim

Ramayana: Dalam epik Ramayana yang dipercayai dihasilkan dalam abad pertama Masihi ada menyebut nama tempat Malaydvipa yang membawa erti Pulau atau Semenanjung Melayu. 

Raymond Kent:  Kemungkinan besar memang wujud Bangsa Zanj yang merupakan percampuran darah diantara suku-suku tempatan Afrika dengan orang-orang Nusantara. 

Rekidai Hoan : Warkah Raja Melayu Melaka kepada Raja Kerajaan Ryukyu (Okinawa sekarang) yang dikarang oleh Laksamana atas titah Sultan Melaka. Watikah ini bertarikh 1480 dan diakhir watikah dinukilkan nama darjat penulisnya dengan nama "Le-Zuo-ma-na". 

Richard Olof Winstedt (1878-1966) : 
  • pernah dibawa oleh orang Asli ke Kota Gelanggi pada tahun 1920. 
  • Menulis buku "The Malay Grammar" pada 1913 untuk pegawai-pegawai British yang akan bertugas di Tanah Melayu. Namun ada pegawai British lain yang telah lebih awal lagu menulis buku panduan dengan fungsi yang sama. Misalnya di bawah, “Dictionary of the Malay Tounge” oleh James Howison M.D. 1801.

Robert Blust: dalam "Model of History of the Austronesian Language Family." > Bahasa Austronesia termasuk dalam bahasa Melayu-Polinesia berasal dari Taiwan (Theory out of Taiwan).  

Robert Dick Read: Bangsa Zanj yang sering disebut oleh pengembara Arab dalam catatan mereka di Afrika Timur adalah bangsa Nusantara. 

Roland Bradell (Dato' Sir) : 
  • menganggap istilah 'Meleu-kolon' yang dinyatakan oleh Ptolemy merujuk kepada Tanjung Penyabung. 
  • Beliau juga menegaskan kepentingan Funan dalam kajian berkaitan Srivijaya. 

Rounsevelle Wildman : penulis terkenal Amerika Syarikat menemui sekeping logam di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dikeluarkan didapati mengandungi emas. 

Roxanna M. Brown & Sten Sjostrand : 'Maritime Archaeology and Shipwreck Ceramics in Malaysia' > Department of Museums and Antiquities Malaysia, Muzium Negara, 2001. 

Rui de Araujo :  Kesultanan Melaka mempunyai lebih kurang 8,000 senjataapi. 

Ruy Araujo  : Catatan beliau bahawa antara 8 sehingga 10 Jong besar dari China akan berlabuh di Melaka setiap tahun untuk bertukar barangan dengan hasil bumi Nusantara. 

Salman Reis :  Laksamana Turki Uthmaniyyah pada 1525 melaporkan mengenai Pelabuhan Melaka yang ditawan oleh Portugis. 

Sarah Zhang: dalam "Why Mandarin does not come from Chinese" The Atlantic (2019) > Perkataan 'Mandarin' berasal dari perkataan 'Menteri' oleh pelaut-pelaut Melayu yang bermaksud Pentadbir atau Penasihat

Sheikh Daud Al-Fatani: Menulis kitab Asal Melayu > Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman.

Sherard Osborn  : Naval officer in one of the British warship blockading Kedah in 1883, dalam "Like spaniels, the native of the whole sea-board of the Indian Peninsula lick the hand that chnatises them: not the Orang Malayau (Melayu) , and we Englishmen should be the first to honour a race who will not basely submit to abuse or tyranny." - Quedah or Stray Leaves from a Journal in Malayan waters, Longman, London, 1857. 

Simon Elegant: dalam "Far Eastern Economic Review" bth 10 June 1999: 45 > Lima kurun dahulu Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari, satu daripada tiga pelabuhan terbaik di dunia ketika itu. 

Slamet Muljana (Prof.Dr.) : Palembang merupakan lokasi yang tepat sebagai ibukota Kerajaan Srivijaya. 

Snouk Hurgronje:  mengemukakan Teori The Greater India, menggambarkan keseluruhan pemikiran, kebudayaan dan Tamadun Melayu adalah sebahagian dari proses ketamadunan India yang beragama Hindu-Buddha. 

Stamford Raffles : menulis dalam "History of Java" bahawa tahun 1247 tahun saka bersamaan 1325M, meriam telah digunakan secara meluas di Jawa terutama oleh Kerajaan Majapahit. 

Stephen Chia (Prof.Dr.) : Kajian di Bukit Tengkorak,Semporna, Sabah mendapati wujudnya rangkaian perdagangan Maritim diantara Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik sejak ribuan tahun dulu. 

Stephen Oppenheimer (Dr.) : dalam buku "Eden in the East, The Drowned Continent to Southeast Asia." (1999) :
  • Legenda purba Kota Atlantis yang tenggelam akibat banjir besar itu adalah tinggalan Benua Melayu Sunda
  • Penemuan DNA mendapati masyarakat di alam Melayu adalah tamadun kedua tertua di dunia mencecah 70,000 tahun selepas Afrika.

Sulalatus Salatin (Versi Raja Bongsu) :  tercatat Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 660H bersamaan 1262M

Sulalatus Salatin (Tun Seri Lanang) : Di zaman Kesultanan Melaka wujudnya sistem Kumbahan dan pembentungan dan tandas untuk pembuangan najis dan tempat mandian. 

Sultan Takdir Alisjahbana: Bangsa Selatan Thaland, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina berasal dari rumpun bangsa yang satu. 

Suma Oriental:
  • Written by Tom Pires in 1512.
  • The first European account on Malay Archipelago and Malacca.
  • The 6th Book of Suma Oriental gave details descriptions regarding Malacca. 

Sumio Fukami : He examinde the Chinese Shiji Text  and Hanshu Text says that camphor (Kapur Barus) from Southeast Asia already known in Guangzhou as early as 2nd century B.C. or even ealier. 

Sung Shih : "Sejarah Song" (Dinasti Song) , nama kerajaan Tambralinga muncul dengan nama Tan Ma Ling atau Tan Mei Lieou

Suzuki Takashi (Prof.Dr. ) : dari Universiti Kobe, Jepun. Beliau menulis buku yang bertajuk "History of Srivijaya" mengatakan bahawa sebenarnya Jayavarman II  pengasas Empayar Angkor itu adalah gabenor Melayu yang memerintah Kemboja dan Khmer dan mewakili Empayar Melayu Srivijaya disana. 

T'ai-Tsung (Yung Lo) Shih-Lu: Catatan China yang menyebut Kerajaan Melayu Melaka sebanyak 130 chuan. 

Taiping Huanyu Ji : sebuah ensiklopedia Kerajaan China menyatakan bahawa jarak antara Chi Tu dan sebuah lagi Empayar Melayu ketika itu iaitu Srivijaya dikatakan dalam lingkungan 1500 li.  

Tatiana M. Kafaret (2015): mendapati bahawa haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang yang berada di Austronesia dan ia bermula di Kepulauan Melayu, sebelum tersebar ke seluruh arah. 

Tatsuo Hatsuno : Nama Chi Tu telah diingati sejak zaman Dinasti Tang lagi. Beliau menyatakan bahawa permulaan kerajaan Srivijaya adalah bermula di Chi Tu

The London Quaterly Review jilid 86-87 (1850) : menyatakan mengenai emas di Gunung Ledang (Mount Ophir) . 
"In truth, as Solomon’s ships, which brought back this gold,were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold" 
Nama Mount Ophir (Gunung Ledang) disebut dalam kitab Injil Hebrew Versi Raja James (King James Version) Book of Job 28:16 "It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire"

Theory out of New Guinea :  diterbitkan pada 1965.

Theory out of Nusantara :  J. Crawfurd, K.Himly,SultanTakdir Alishabana & Gorys Keraf > Orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. 

Theory out of Sundaland: Dr. Stephen Oppenheimer > berdasarkan analisis DNA, arkeologi dan etnologi, Asia Tenggara adalah pusat awal perabadan dunia yang dinamakan Sundaland sekitar 16,000 tahun yang lalu. 

Theory out of Taiwan: Peter Bellwood > berdasarkan penyelidikan bahasa Austronesia oleh pakar Linguistik Amerika Syarikat Robert Blust. Menurut Robert Blust bahasa Austronesia termasuk dalam Bahasa Melayu - Polinesia berasal dari Taiwan. 

Theory out of Yunan :  Henrik Kern & Robert von Heine Geldern > kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China telah berhijrah dan menduduki Asia Tenggara. Teori ini disangkal hasil dari kajian oleh pihak UKM yang mengesahkan rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak lebih 40,000 tahun dahulu

Thomas Bowrey : Wakil Syarikat French East India Company yang menulis tentang Kuala Perlis pada tahun 1670 : Send 5 or 6 more (men) to goe to Pullo Lada or Purles,which are place are belonging to this King (Of Kedah) where Tin and pepper may be bough at cheaper rates then here.

Thomas John Newbold : pegawai British di Melaka pernah mencatatkan dalam "Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca, Volume 2" bahawa ada banyak kilang milik bangsa Melayu yang menghasilkan senjata api seperti meriam. Terengganu menjadi hub di Semenanjung, manakala Gerisik di Jawa dan Minangkabau ialah hub untuk Sumatera. 

Tom Harrison:  Kurator Muzium Sarawak, beliau dan isterinya menemui tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak pada tahun 1959 menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.     

Tom Pires : dalam "Suma Oriental"
  • Merupakan catatan Eropah pertama menulis mengenai orang laut, yang juga dikenali orang Seletar, salah satu sub-etnik Melayu Asli.
  • Mengakui bahawa Kota Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka terkenal diseluruh dunia. 
  • Kemudahan Hospital telah pun wujud di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • The vessel of Malacca were usually to anchor far from the harbour. This is because their big size could be dangerous to Chinese ships which were mostly smaller. 
  • "Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice"

Tong Dian :  Ensiklopedia China yang menyebutkan bahawa nama Kalah (Kedah) atau Kalah Besar sudah kedengaran sejak era Dinasti Han (206 - 220 SM). 

T'ung Tien : pedagang China abad ke-8 Masehi mencatatkan mengenai Langkasuka terletak berdekatan dengan Laut Selatan (Laut Cina Selatan). 

UNESCO: Pada 1972 UNESCO mentakrifkan Melayu sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. 

Valery Yakovlevish Bryusov : Russian poet in the "Malay Song" written in 1909 one can easily spot numerous references to islands of Malay Archipelago such as scent of Chempaka flowers, figs, bananas, pandan, coconuts, a paddy fields, tigers in the jungle and white waves in the sea. 

Van Bemmelen: the first to proposed the name "Sundaland" in 1949. 

Van Rongkel:  Orang Melayu berasal dari Asia Tenggara dan tergolong ke dalam kumpulan bangsa dan bahasa Austronesian atau Malayo-Polinesian

Vayu Purana: kitab Hindu yang mengandungi 24,000 puisi (hyms) kepada dewa Vayu yang ditulis sekitar tahun 350 M kononnya ada menyebut tentang 'Malayadvipa" yang kaya dengan emas. Malayadvipa dikatakan merujuk kepada Kepulauan Melayu. 

W. Eliotscot  : dalam bukunya "The Story of Atlantis and The Lost Lemuria" > Lemuria wujud di wilayah Nusantara. 

W.Linehan: dalam kertas kerja bertajuk "Some Discoveries on the Tembeling" beliau mencatatkan bahawa terdapat penemuan acuan-acuan purba untuk membuat meriam di Tebing Sungai Tembeling, Pahang yang berusia seawal kurun ke 13 atau 14.

W. Lloyd Warner :  Sejarawan Barat > mengakui bahawa orang Melayu telahpun memulakan perhubungan dengan kumpulan orang-orang Asli pesisir Australia di Arnhem Land dan berdagang dengan mereka sebelum kedatangan penjajah Eropah di benua ini pada kurun ke-16 Masihi. 

Wan Chen: dalam "Strange Things of the South" > pada abad ke 3 Masihi mencatatkan kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang dengan muatan sehingga 1000 tan. Kapal tersebut datang dari Kun-lun Po (Negara Selatan). 

Wan Hashim Wan Teh (Datuk Dr.) : Bangsa Melayu sudah berada di Nusantara sejak 75,000 tahun S.M.

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah: pensyarah Fakulti Bahasa Melayu Moden, UPM membentangkan kertas Kerja bertajuk "MA 101 Kitab Tib dan Memory of the World: Warisan Ilmu Bedil Melayu." pada 2017 > Kepentingan Kitab Ilmu Bedil memberi manfaat dan panduan terhadap ilmu senjata api bedil dalam organisasi ketenteraan tamadun Islam Nusantara untuk panduan bidang ketenteraan kini.

Wang Dayuan :  Pengembara China zaman Dinasti Yuan dalam bukunya "Daoyi Zhilue Guangzheng Xia" ditulis pada tahun 1349M menggambarkan tentang kapal dari Asia Tenggara yang besar dan dibina tanpa menggunakan paku.

Wang Gungwu : Sejarawan Profilik Australia telah mengkaji dan mengesahkan rekod Dinasti Ming berkenaan Empayar kesultanan Melayu Melaka. 

Wang Ta Yuan : catatan China pada 1349M yang ada menyebut Temasik (Singapura). 

Wei Djao: dalam "Being Chinese - Voices from the Diaspora" (2003) > Kewujudan cengkerang dan tulang tapir dari Semenajung Tanah Melayu dijumpai di Makam Maharaja Wuding zaman Dinasti Shang (1328 - 1263 SM). 

Wenceslao Q. Vinsons : Tokoh Mahasiswa University of Philippines pada tahun 1932 berorasi di kampusnya bahawa dirinya memimpikan Kesatuan semua bangsa Melayu-Polinesia yang tergabung dalam Negara Melayu Raya. 

Willem Pieter Groeneveldt (1876) : 'Notes on the Malay Archipelago and Malacca, Compiled from Chinese Sources." > Pelayar China Faxian (Fa-Hsien) dalam pelayaran pulang ke China dari India (413-414) menaiki kapal yang membawa 200 penumpang dan kelasi dari K'un-lun . 

William James Perry: dalam "The Children of the Sunyang" (1927) > The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilisation. "

William Linehan: dalam "Some Discoveries on the Tembeling" - Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 1928. > Menemui 2 buah acuan bagi pembuatan meriam di zaman Kesultanan Melayu Melaka di Jeram Kawi berhampiran Sungai Tembeling di Pahang. 

William Marsden: Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia merupakan bahasa yang serumpun. 

William Schmidt: memperkenal istilah 'Austronesia' dan 'Austroasiatic' mengemukakan hipotesis bahawa 2 keluarga bahasa ini berkemungkinan berada dalam kumpulan yang lebih besar iaitu BAHASA AUSTRIC

William Skeat : The Malay Magic,1900 > Mencatatkan berbagai jenis Pawang-pawang di Alam Melayu. 

William Solheim: dalam "Theory out of Island Origin" :
  • Induk bahasa Austronesia adalah di kawasan pesisir Pantai Vietnam.
  • Percaya bahawa kronologi pembentukan kaum Proto – Austronesian bermula di Champa dan Semenanjung Malaysia.
  • Menggunakan istilah “Nusantao” (Orang di Kepulauan di Melayu Nusantara), dan mengklasifikasi mereka moyang asli orang Asia Tenggara. 
William von Humboldt: alam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. 

Xian Zhong Shu Lu : 
  • Jilid 59 : Melaka mengutus Menter Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha menghadap Maharaja China pada 1468.
  • Jilid 65 : Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha dan pendampingnya seramai 12 orang menghadap dan menyerahkan barang ufti kepada Maharaja China pada tahu 1469. 

Xuanzang : Sami Buddha dari China yang mencatatkan nama sebuah tempat bernama Mok-La-Yu dipertengahan perjalanannya ke India. 

Ye Tinggui: dalam catatan beliau pada 1151M yang bertajuk Nanfan xianglu (Treatise On Southeast Asia Aromathics) menyatakan bahawa setiap tahun Sriwijaya akan menghantar beberapa buah kapal besar yang berisi kemenyan ke Guangzhou dan Quanzhou. 

Ying Yai Sheng-Lan : Catatan Ma Huan pada tahun 1451 mengenai keadaan sosioekonomi Melaka yang makmur pada zaman itu. 

Ying Zhong Shi Lu:
  • Jilid 306 : Maharaja China mengiktiraf Sultan Mansur Syah sebagai Raja Melaka. 
  • Jilid 326 : Menteri Protokol China Shi Mao melaporkan bahawa Chen Jia You  dan Peng Sheng yang diutus ke Melaka untuk mengiktiraf Raja Melaka dimana kapal mereka rosak dilanda angin taufan. 

Yuan Shih : Catatan China yang menyatakan bahawa sekitar tahun 1295M, Maharaja Dinasti Yuan mengeluarkan satu 'Imperial Order' bagi mengarahkan Hsien (Siam) supaya tidak mengganggu Ma-Li-Yu-Erh (Melayu) serta perlu berpegang dengan janji mereka. 

Zafarina Zainuddin (Prof.Dr.) : Kajian DNA Mitokondria (2015) > DNA Melayu di Kepulauan Melayu berusia antara 50,000 hingga 60,000 tahun 15,000 tahun lebih tua dari orang China. 

Zafer Ozcan: Penulis dari Turki > Hubungan Perdagangan terjalin antara Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1471 iaitu semasa zaman Pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Mansur Syah.

Zaharah Sulaiman: Masyarakat orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu pada hari ini. 

Zhou Qufei :Pegawai Kastam Guangzhou pada tahun 1178 menulis dalam Lingwai Daida tentang kapal-kapal dari negara Selatan adalah seperti rumah gergasi (Joseph Needham,  1971) 

Zhu fan Zhi : 13th Century Song Dynasty work by Zhao Rukuo (1170-1231) give description of Langkasuka as Ling-ya-si-jia. The country paid tribute to a country Sanfoqi which is usually interpreted to be Srivijaya. 

Published : 22 August 2022 : 24 Muharam 1444H: 1.33 am

RUJUKAN:

BIBLIOGRAFI - ALAM MELAYU, BAHASA, TAMADUN DAN SEBAGAINYA.