ZULHEIMY MAAMOR

Tuesday, 16 August 2022

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

SUMBER: BERITA HARIAN : 13 JUN 2006

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yangsungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosadiampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlusebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutukdiri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Akusebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurutkajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjangtidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb) , jangan dengar orangmengumpat

Copy and paste: 16 Ogos 2022 > 19 Muharam 1444H: 9.38 pm

No comments:

Post a Comment