ZULHEIMY MAAMOR

Monday, 29 August 2022

Al-Quran Menjawab Persoalan Orang Barat!! Semoga Mereka Diberi Hidayah

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Umum tahu bahawa Barat sangat membenci Al-Quran yang mana menjadi pegangan kepada umat Islam di seluruh dunia. Ia dikatakan senaskah buku yang direka oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk memperdayakan umat manusia.

Namun dalam keegoan mereka untuk mengiktiraf Al-Quran sebagai wahyu dari ilahi, terdapat ramai juga cendekiawan barat bersetuju bahawa kitab ini adalah benar. iluminasi.com ingin berkongsi 5 pendapat cendekiawan barat mengenai kitab suci ini.

1. Dr. Maurice Bucaille

Siapa beliau : Penulis dan ahli Persatuan Perancis dalam Ilmu Pengetahuan Mesir

“Pemeriksaan yang sangat objektif terhadap Al-Quran berdasarkan pengetahuan moden membawa kita untuk mengiktiraf perjanjian di antara kedua-duanya, sepertimana yang disebutkan berulang kali. Ia membuatkan kita beranggapan bahawa tidak mungkin bagi seseorang yang wujud pada zaman Muhammad untuk mengarangnya, berdasarkan pengetahuan pada zaman itu.

Pertimbangan ini meletakkan wahyu dalam Al-Quran di tempat yang unik, dan memaksa para saintis yang tidak mempercayainya untuk mengakui ketidakmampuan mereka dan kegagalan penjelasan semata-mata berdasarkan pertimbangan materalistik.

2. Johann Wolfgang von Goethe


Siapa beliau : Penulis dan negarawan Jerman

Walau sejijik mana pun setiap kali kita padanya (Al-Quran), ia kemudiannya perlahan-lahan menjadi menarik, mengejutkan dan akhirnya menguatkan rasa hormat kita terhadapnya. Gayanya selaras dengan kandungannya dan matlamatnya amat tegas, besar dan begitu indah.

Disebabkan itu, buku ini akan terus menjadi pegangan kepada semua lapisan umur dan menjadi pengaruh paling kuat.

3. Professor Emeritus Dr. T.V.N. (Vid) Persaud

Siapa beliau :
1. Profesor Anatomi 
2. Profesor Pediaktrik dan Kesihatan Kanak-Kanak 
3. Profesor Obstetrik, Ginekologi dan Sains Reproduktif di Universiti Manitoba, Kanada 

“Cara yang dijelaskan kepada saya adalah Muhammad S.A.W adalah seorang yang biasa. Baginda tak tahu membaca dan menulis. Malah, baginda seorang yang buta huruf. Dan kita sedang berbincang mengenai 1,400 tahun yang lalu.

Anda mempunyai seorang yang buta huruf membuat pengumuman dan pernyataan yang sangat mendalam dan luar biasa, yang mana sangat tepat mengenai perkara saintifik. Secara peribadi saya tidak melihat perkara ini hanya sebagai satu peluang semata-mata kerana terdapat terlalu banyak ketepatan dalam dakwaan baginda.

Dan seperti Dr. Moore, saya tidak mempunyai kesukaran untuk memproses bahawa ia merupakan inspirasi ilahi dan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.

4. George Margoliouth

Siapa beliau:
1. Penulis British
2. Pendita Kristian Holy Trinity
3. Mubaligh Misi Parochial kepada orang Yahudi

Al-Quran diakui mempunyai kedudukan yang sangat penting di kalangan buku-buku agama terulung di dunia. Ia telah menghasilkan fasa pemikiran baru kepada manusia dan karakter-karakter yang segar.

Ia pada awalnya telah mengubah beberapa suku-suku padang pasir di semenanjung Arab kepada sebuah negara pahlawan, dan kemudiannya terus menghasilkan organisasi politik agama yang sangat luas yang dipimpin oleh Muhammad. Ia merupakan satu kuasa yang sangat besar yang mana dunia Eropah dan Timur pada hari ini harus mengiktirafnya.

5. Dr. William Hay

Siapa beliau :
1. Saintis marin terkenal
2. Profesor Sains Geologi di Universiti Colorado
3. Bekas Dekan di Rosenstiel School of Marine and Atmospheric Science, Amerika Syarikat

Selepas perbincangan dengan Profesor Hay tentang perkara yang disebutkan dalam Al-Quran mengenai penemuan fakta-fakta terbaru yang ditemui di lautan, beliau berkata : “Saya sangat teruja kerana maklumat seperti ini ada dalam kitab kuno Al-Quran ini. Saya tak tahu dari mana ia datang, tapi saya sangat tertarik dengan wujudnya Al-Quran dan kerja-kerja (kajian lautan) ini bakal merungkai segalanya, yakni maksud bagi beberapa petikan dalam Al-Quran.

Dan apabila ditanya mengenai sumber Al-Quran, beliau menjawab “Saya rasa ia mesti melalui wahyu,”.

Maklumat yang dimaksudkan oleh Profesor Hay adalah ayat 19 dan 20 dalam surah Ar-Rahman :

Ayat 19 : Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.

Ayat 20 : Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.

sumber: iluminasi

Copy and paste: 29 Ogos 2022 > 1 Safar 1444H: 10.59 am

Sunday, 28 August 2022

Doa Agar Kita Dijauhkan Musibah Dan Kemalangan. Ikhtiar Dan Tawakkal Kepada Allah Sahajalah Yang Kita Mampu

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

“Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau , Tiada upaya melainkan dengan Allah swt “.

Penjelasan

Menurut Ibnus Sunni , Nabi saw mengajar kita memohon keselamatan dari musibah-musibah yang dirasakan akan berlaku . Terutamanya zaman sekarang apabila berbagai kemalangan berlaku tanpa mengambil kira masa dan tempat , maka seseloknya kita beramal dengan doa ini selain dari mengambil langkah-langkah patut untuk mengelakkannya .

Dunia mengalami perubahan cuaca, ekonomi, politik, sosial serta pelbagai aspek kehidupan manusia yang amat ketara sejak akhir-akhir ini. Dalam konteks musibah penyakit, dunia secara keseluruhannya telah dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

Sesungguhnya ini merupakan siri ujian dari Allah terhadap manusia secara keseluruhannya dan telah diperingatkan oleh Alah SWT melalui ayat 155 surah al-Baqarah yang bermaksud, “dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (makanan), dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”.

Ujian dan musibah

Berdasarkan tafsir ayat tersebut, ulama menyatakan ujian atau musibah tersebut pasti akan diberikan kepada manusia sebagai satu persiapan kepada manusia seluruhnya bahawa hidup ini tidak selalu indah, ceria, gembira.

Daripada aspek antropologi, seorang tokoh yang menekuni bidang ini melihat musibah daripada aspek krisis iaitu manusia mengalami kegetiran dalam kehidupan. Secara umumnya tidak ada manusia yang inginkan susah, sukar atau getir dalam kehidupannya tetapi manusia tidak mungkin dapat menghindari kesukaran atau kegetiran itu.

Untuk itu, manusia berusaha mendekatkan diri dengan pelbagai pendekatan agama atau ritual bagi menenangkan diri. Dalam aspek antropologi, manusia berupaya mencipta pelbagai bentuk ritual untuk berdamai dengan krisis yang dialami dan teori ini dipanggil ‘rites the passage’ atau lingkaran ritual kehidupan.

Musibah menjadi ‘madrasah’

Jika ini dapat difahami dengan baik, barangkali ada baiknya untuk kita reda atas musibah yang berlaku ini dengan cara mencari serta menimba hikmah daripadanya dan musibah yang kita hadapi kini perlu menjadi ‘madrasah’ yang dapat membina jiwa dengan hikmah dan ibrah.

Kita meyakini bahawa sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan atau memberikan musibah kepada manusia kecuali untuk mengisyaratkan sesuatu kepada mereka.

Ini penting bagi menunjukkan kebijaksanaan yang tinggi atau wisdom Allah untuk meningkat darjat ketakwaan dalam kalangan umat atau untuk diberikan kejayaan di dunia atau akhirat.

Dalam hal ini bagaimana pula musibah dalam aspek agama Islam? Perkataan musibah berasal dari kata Bahasa Arab ‘musibah’ dari kata akar ‘ashaba, yushibu dan musibah’, yang bermakna menimpa atau mengenai.

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa musibah merupakan krisis yang menghilangkan kesenangan atau kebahagian manusia (human’s pleasure and happiness).

Oleh yang demikian, bencana alam, penyakit, kematian, tanggungjawab atau amanah yang diberikan boleh terkena musibah sebagai satu bentuk ujian kepada manusia seluruhnya.

Dalam hal ini secara umumnya juga musibah boleh dikategorikan kepada dua jenis berdasarkan dari perspektif al-Quran iaitu musibah sebagai satu pendekatan hukum alam dan musibah disebabkan kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Namun kedua-duanya merupakan ketepatan dari Allah SWT, ini berdasarkan dari firman Allah dalam surah al-Taghabun ayat 11 yang bermaksud, “Tidak ada kesusahan atau bala bencana yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa sahaja yang telah berlaku itu, dengan tenang dan sabar dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan tiap-taip sesuatu”.

Selain itu, tujuan musibah itu juga sebagai ujian yang melatih dan mendidik jiwa manusia untuk ke arah kesabaran sebagai proses kenaikan taraf ketakwaan manusia atau kemungkinan sebagai satu bentuk ‘hukuman dan peringatan’ atas kelalaian atau kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia sendiri.

Berdasarkan kesemua itu, apakah ibrah atau pengajaran yang boleh diambil oleh manusia seluruhnya dari musibah ini? 

Berdasarkan firman dalam surah al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud, “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh kesusahan, mereka berkata; sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali”.

Melalui ayat ini Allah SWT mengingatkan tentang ciri-ciri orang yang sabar ketika ditimpa bencana, musibah atau keburukan dan kumpulan ini sentiasa menyerahkan dirinya kepada Allah. Kata kunci untuk kembali dan berserah kepada Allah kerana kesemua itu urusan Allah dan ini telah pun diberi peringatan oleh Allah melalui ayat 11 surah at-Taghabun yang bermaksud, “Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Sebagai sebuah ‘madrasah’, tentunya ‘musibah’ mengandungi rahsia dan ‘hikmah dan ibrah’ yang tersendiri untuk memberi pengajaran kepada jiwa manusia dan antaranya:

Pertama: Musibah akan memberikan erti kebahagian kepada individu yang telah berjaya melepasinya. Kepedihan, kepayahan dan kesukaran dalam mendepani musibah berlangsung dapat memberikan pengertian dan perbandingan sebenar antara yang pahit dan manis. Pengalaman tersebut sudah tentunya dapat membina sikap simpati dan empati terhadap orang lain pada kemudian hari. Kepekaan atas penderitaan orang lain akan membuat kita menghargai dan memahami pengertian penderitaan, dan sudah tentu kita tidak akan melakukan sesuatu yang memungkinkan orang lain menderita.

Kedua: Melalui musibah Allah Subhanahuwataala akan menumbuhkan rasa cinta dan belas kasihan antara manusia. Dengan berlakunya musibah manusia akan berubah perasaan, pemikiran dan tindakan ke arah yang lebih baik, positif, tolong menolong dan sentiasa ingin membantu orang lain serta menghilangkan perasaaan benci dan dendam yang ada dalam diri. Manusia akan lebih dan cepat belajar melalui krisis atau musibah yang berlaku, berbanding dengan pelbagai kenikmatan kehidupan yang boleh melalaikan serta lupa.

Ketiga: Daripada segi pendekatan tasawuf atau spiritual, musibah merupakan salah satu pendekatan untuk memperoleh ‘cahaya kehidupan’. Tokoh tasawuf, Jamaluddin al-Rumi menyatakan bahawa, “musibah merupakan luka-luka yang memasuki cahaya dalam diri. Untuk mencapai pencerahan dan ketinggian rohani, nurani manusia perlu memasuki pelbagai lembah penderitaan, seumpama burung yang memasuki tujuh lembah penderitaan”. (Jamaluddin al-Rumi- Musyawarah Burung). 

Mengikut Jamaluddin al-Rumi lagi, tahap penderitaan dan kesukaran biasanya akan ditempuhi oleh golongan salih yang ingin mencapai tahap atau maqam yang tinggi dalam tahap kerohanian. Oleh yang demikian, penderitaan atau kesusahan yang menimpa bukanlah sesuatu yang buruk, tetapi ia mesti dilalui dan dinikmati dengan erti kata sebenar.

Keempat: Musibah berlaku kesan daripada sikap dan kerakusan manusia yang ingin mengeksploitasi atau menggunakan kekayaan sumber alam tanpa mengambil kita faktor ekosistem alam sekitar atas nama pembangunan dan kemajuan. Oleh yang demikian, terjadi banyak masalah alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh, pencemaran, penyakit dan juga masalah sosial masyarakat yang memberi kesan negatif. Jared Diamond dalam bukunya Collapse (2005) menyatakan bahawa perang dan juga pandemik telah banyak meragut nyawa manusia dan ia merupakan satu bencana atau musibah kepada manusia seluruhnya. Untuk itu manusia perlu terus berhati-hati dan manusia perlu menghindarkan perasaan tamak dan haloba atau kepentingan diri semata-mata.

Semoga pelbagai musibah atau bencana yang menimpa umat dan dunia pada hari ini memberikan erti dan pengajaran untuk kita, seterusnya menghadapinya dengan penuh kekuatan dan kesabaran serta ketabahan.

Copy and paste: 28 Ogos 2022 : 30 Muharam 1444H: 7.39 am

Tuesday, 23 August 2022

ULAMAK YANG MENETAPKAN TARIKH KEMERDEKAAN MALAYA


SUMBER: FB PERISTIWA N' SEJARAH

Beliau adalah Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim bin Haji Thahir. Lebih di kenali disini dengan nama Syaikh 'Abdullah Fahim. Dilahirkan di Syi’ib ‘Ali, Mekah pada pada tahun 1286H/1869M, dan wafat pada tanggal 12 Dhulqaedah 1380H/ 27 April 1961M di Seberang Perai, Pulau Pinang. Tuan Guru Haji ‘Abdullah berguru kepada ulama yang masyhur, di dalam pelbagai displin ilmu.
Di antara guru-guru beliau ialah:
1 - Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
2 - Syaikh Muhammad Sa`id BabShil (Mufti Mazhab Syafie);
3 - Syaikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
4 - Syaikh Sayyid Muhammad Amin ar-Rdhwan, Madinah;
5 - Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (pengarang kitab Mathla’ al-Badrain);
6 - Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kalantani (pengarang kitab al-Jauhar al-Mauhub dan Lum’ah al-Aurad);
7 - Syaikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani (pengasas pengkaderan ulama dunia Melayu di Mekah. Beliau dikatakan mahir di dalam sekurang-kurangnya 47 disiplin ilmu).
Beliau mahir di dalam pelbagai displin ilmu, terutamanya di dalam ilmu falak dan kesusteraan arab. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.
Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanahair dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Syaikhul Islam Kedah, Syaikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.
Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai “Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah”.
Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.
Ketika hendak mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris, Tunku 'Abdurrahman Puta al-Haj menemui beliau untuk mendapatkan tarikh yang sesuai. Dan beliau telah mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957. (insyaAllah akan ditulis sedikit tentang ini nanti ...)
Beliau juga adalah seorang yang tegas, terutama dalam menghadapi anasir yang membuatkan masyarakat Melayu Islam berpecah belah ketika itu. Ini dapat dilihat pada pesanan beliau:
"بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه . اما بعد
Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع). – [diharamkan merobek ijma’]
Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyarus Salikin.
Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'
(Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39)
Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi:
“(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah (yg beliau maksudkan adalah golongan kaum muda @ WahabI)(1). Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu……. hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama' Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ)".
"Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri …… "
Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi: “Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia (ditakwil perkataan 'bunuh' di situ bermaksud 'bunuh hujahnya dgn hujah2 ilmiyyah').
Copy and paste: 23 Ogos 2022 > 25 Muharam 1444H: 9.22 am

Kapal-Kapal Gergasi Tamadun Melayu

16/08/2022, By Helmi Effendy
Posted by : Rozza Zainal > PERISTIWA N'SEJARAH: 23/8/2022
Korang tahu tak bahawa antara kekuatan Tamadun Melayu ialah kapal-kapal mereka yang sangat mengagumkan tamadun dunia? Malahan ada, kapal-kapal dari kerajaan Alam Melayu dipanggil sebagai “keajaiban dunia?”
Kewujudan kapal-kapal Melayu dicatat se-awal tahun 100M di mana seorang pengkaji bintang Yunani bernama Claudius Ptolemaeus, dalam bukunya ‘Geography’, merekodkan kapal-kapal besar yang datang dari sebelah Timur India.
Ini disokong oleh cacatan dalam ‘Periplus Marae Erythraensis’. Kedua-dua catatan ini merujuk sejenis kapal gergasi yang dinamakan “kolandiaphonta”. Perkataan tersebut dikatakan sebagai transliterasi perkataan Cina ‘K’un-lun po’.
Pada abad ke-3, Wan Chen (萬震) dalam ‘Strange Things of the South’ (南州異物志) mencatat kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang dengan muatan sehingga 1000 tan.
Beliau mencatat kapal ini datang dari K’un-lun, yang bermaksud negara Selatan atau kepulauan dibawah angin (“Southern country” or “Islands below the wind”). Kapal ini digelar K’un-lun po dan berukuran 50 meter panjang.
Pada tahun 260M, Kang Tai (康泰) mencatat kewujudan jong Melayu yang mempunyai 7 tiang layar dipanggil K’un-lun po (kapal negeri Selatan) yang direkodkan berlayar hingga ke Syria. Perkataan “po” dikatakan berasal dari perkataan Melayu “perahu”.
Niccolò da Conti dalam perjalanan ke Asia dari 1419 ke 1444 mencatat jong yang dijumpainya jauh lebih besar dari kapal Eropah dan mempunyai 5 tiang layar.
Berdasarkan pelayaran Ludovico di Varthema ke Melaka dan kepulauan rempah pada 1505, adalah dicatatkan bahawa nakhoda Melayu kapal besar dari Borneo yang ditumpangi Varthema belayar dengan berpandukan carta nautika yang mempunyai garisan rhumb dan dibaca dengan kompas magnet.
Nakhoda tersebut juga dikatakan mempamir kemahiran dalam belayar dengan menggunakan buruj bintang. Juga dikatakan carta nautika tersebut merujuk kepada kewujudan pulau paling selatan yang kini diketahui sebagai pantai utara Australia.
Empayar Majapahit (1293-1527) dikatakan menggunakan antara 400 hingga 500 jong yang bersaiz antara 70 hingga 100 meter.
Setiap jong dilengkapi meriam dan boleh memuatkan dari 600 hingga 800 bala tentera. Lihat lukisan jong Jawa bawah ini di Banten yang dilakar dalam Hodeporicon indiae Orientalis (1610) yang menggambarkan saiz kapal Belanda yang lebih kecil.
Kapal bersaiz besar juga ada dicatatkan wujud di zaman kegemilangan Kesultanan Melaka. Sultan Mahmud Syah (1488-1511) dicatat memiliki beberapa buah kapal dari jenis jong dan ghali. Ia dinamakan Sairul Amin, Miratus Safa, Sekepar, Batil Suasa, Rancung Mengkuang dan Mendam Berahi.
Kapal-kapal milik Kesultanan Melaka ini dikatakan bersaiz 70 hingga 100 meter panjang dan dilengkapi meriam.
Ianya telah direkodkan belayar ke Majapahit dan seterusnya telah menjelajah ke Bentan, Lingga, Palembang, Jayakarta, Aceh, Inderapura, Brunei, Siam, Sri Langka, India, Cina, Mesir, Jeddah dan juga ke Rum (Istanbul).
João de Barros (1496–1570) mencatat tentera pimpinan Alfonso de Albuquerque telah diserang jong dari Pasai semasa armada mereka berada di antara Lumut dan Belawan di mana Portugis mengambil masa 2 hari untuk mengalahkan jong tersebut.
Portugis kagum dengan jong tersebut dan keberkesanan sistem pertahanan yang dipamerkan dan bertindak melepaskan anak kapal jong tersebut dari tahanan.
Fernão Pires de Andrade (1513) mencatat pertempuran Portugis dengan tentera Pati Unus (Patih Yunus) di mana diceritakan bahawa jong-jong Patih Yunus dari Demak mempunyai antara 3 hingga 7 lapisan kulit kapal yang tidak dapat ditembusi peluru meriam.
Beliau juga mengatakan bahawa jong Patih Yunus begitu besar sehinggakan Anunciada (kapal perang Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus tidak lagi kelihatan seperti sebuah perahu.
Kagum melihat jong-jong ini, Alfonso de Albuquerque telah cuba membawa sebuah jong bersama-sama 60 orang tukang kapal Jawa dari pelabuhan Melaka ke Goa bersama-sama….
…konvoi pulang yang terdiri dari kapal Flor de la Mar, Trindade, dan Enxobregas. Malangnya akibat ribut, Flor de la Mar tenggelam pada Januari 1512. Jong yang dibawa bersama telah dilarikan ke Pasai oleh tukang-tukang kapal tersebut.’
Kapal raksasa Nusantara yang terakhir mungkin telah dibina oleh Kesultanan Aceh sekitar tahun 1620an. Kesemuanya 47 buah kapal ghali telah dibina di mana sebuah darinya telah direkodkan terlibat dalam ‘Battle of River Duyon’ atau Pertempuran Sungai Duyong pada tahun 1629.
Ghali tersebut dinamakan Cakra Donya. Ianya berukuran 100 meter panjang, 17 meter lebar dan boleh memuatkan 700 bala tentera. Ia mempunyai tiga tiang layar, 70 dayung dan dilengkapi lebih dari 100 laras meriam dalam pelbagai saiz.
Semasa pertempuran, armada Aceh terperangkap diserang hendap Portugis di muara Sungai Duyong. Ketika itu sebahagian dari tentera Aceh sedang mengepung kota Melaka.
Dicatat bahawa tentera Aceh membuat kesilapan dalam meletakkan keseluruhan 236 buah kapal mereka di muara Sungai Duyong iaitu lebih kurang 3 km dari pelabuhan Melaka, di mana mereka tidak menyangka armada Portugis dari Goa akan datang menyerang mereka disitu.
Akibatnya, 19,400 orang tentera Aceh telah terkorban. Kapal Cakra Donya bersama-sama rampasan perang lain telah dibawa ke pelabuhan Melaka. Kapal tersebut kemudian dibawa ke markas Portugis di Goa, India.
Portugis yang amat kagum dengan kapal tersebut telah menggelarnya sebagai “Espanto del Mundo” iaitu bererti ‘keajaiban dunia’. Sesetengah pengkaji menterjemahnya sebagai “Terror of the Universe” iaitu ‘keganasan alam semesta’.
Sumber artikel : thepatriots

Copy and paste: 23 Ogos 2022 > 25 Muharam 1444H: 9.13 am

AL-KAFI #371 : KEADAAN ANAK YANG MENINGGAL PADA WAKTU KECIL

 SUMBER: PEJABAT MUFTI WPKL

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 371 (5 SEPTEMBER 2016 M / 3 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

YBhg Datuk Mufti, boleh huraikan/jelaskan/ceritakan bagaimanakah khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah dia sedang menghuni syurga dan sedang diasuh oleh Nabi Ibrahim? Saya merindui arwah anak saya.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam suatu peristiwa, Rasulullah SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam Syurga. Antara yang baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi yang di sekeliling dipenuhi kanak-kanak. Malaikat menerangkan kepada Nabi:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صلى الله عليه وسلم وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ‏

Maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Ibrahim SAW, dan sekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang meninggal dunia pada waktu kecil). Maka semua yang dilahirkan pada waktu kecil itu mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga).

Hadis riwayat al-Bukhari (7047)

Hadis ini menunjukkan bahawa anak-anak yang meninggal pada waktu kecil dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.

Anak-anak kecil ini mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada Ibu bapa mereka, dengan izin Allah. Daripada Abu Hassan RA:

عن أبي حسان قال : قلتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ : إنَّه قَدْ مَاتَ لِي ابنانِ ، فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللهِ بِحَدِيْثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا ؟ قالَ : نَعَمْ ، صِغَارُهُم دَعَامِيْصُ الجَنَّةِ ، يَتَلَقَّى أَحَدُهُم أَبَاهُ - أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ - فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ ، - أَوْ قَالَ بِيَدِهِ - كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنَفَةِ ثَوْبِكَ هذا ، فَلا يَتَنَاهَى حتى يُدخِلَه اللهُ وَأَبَاهُ الجَنَّةَ

Maksudnya: Aku bertanya kepada Abu Hurairah tentang keadaan dua anakku kecilku yang telah meniggal dunia, “Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?” Jawab Abu Hurairah, “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka, atau ibu bapa, lalu menarik bajunya, atau menarik tangannya, seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu bapanya ke syurga."

Hadis riwayat Imam Muslim (2435)

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah:

Da`amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du`mūs yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air, mereka tidak berpisah dengannya. Ertinya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.”

Rujuk kitab Syarh Muslim (16/182)

Berkata Ibn al-Athir Rahimahullah:

“Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat, seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (yakni kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab bila dengan mereka.”

Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar (2/289).

Semoga Allah berikan kekuatan kepada keluarga puan dan mentaqdirkan puan berjumpa dengan anak puan di Syurga kelak. Amin.

Copy and paste: 23 Ogos 2022 > 25 Muharam 1444H: 8.55 am

Sunday, 21 August 2022

Why Mandarin Doesn’t Come From Chinese

SOURCE: THE ATLANTIC

The name of the world’s most spoken language has a surprising origin story.

HISTORY OF SUNGAI BATU

SOURCE: SUNGAI BATU 788 BC: THE GREAT KINGDOM OF KEDAH TUA

This Page was established as to bring the history of Sungai Batu thru archaeological, historical , literature, research paper etc. As independent writer and enthusiast we are not bind to any academic discipline, but we bow to the intellectual principle. The archaeologist will present their case accordingly to the material culture found. If any historical record found, but it does not supported by material culture or physical evidence, the archaeologists are reluctant to comment in depth or to give any conclusion. The classic example is Kota Gelanggi. Historian might found several different records and narrative that supported each other, and they might conclude that the existence of particular entity was real and absolute, but not for archaeologist. As a writer and enthusiast, we appreciate both.
Although our spectrum is about Kedah Tua but our thread is Sungai Batu, Bujang Valley circa 5th BCE and earlier. With abundant of material culture left in Sungai Batu Archaeological Complex, there were so many aspects to be uncover and it has force us to turn to various aspects of civilisation. Therefore, in certain aspects we have to refer to later era as to understand what was happened 2500 years ago. For example, we can’t find how the port of Sungai Batu operated and their taxes mechanism or how those tuyeres were made in Sungai Batu iron smelting industry. Therefore we have to refer to later era such Kedah Law, Undang-Undang 1060 Hijri, Tembera’ Dato Seri Paduka Tuan 1078 Hijri, Hukum Kanun Dato Kota Setar etc to obtain significant clue how was the ports and other laws operated in ancient time. We also found how the traditional African iron smelter fabricate their tuyere where they claim that was how their ancestors produced the tuyere thousands of years ago. Although we had no evident of the link between ancient African smelter with Sungai Batu smelter, but since both have showed the similar design of tuyere, thats allowed us to speculate how was the tuyere in Sungai Batu were made.
(Although this Page is one man show, but Admin prefer to use ‘we’ since its not only represent Admin’s interpretation, but also came from the academic discourse)
Despite lacking of written evidence pertaining to Sungai Batu, it is our obligation to establish the narrative. The earliest carbon dating was 788 BC (8th century BC). Some academician have doubt about it that seems does not fit the earlier findings or narratives. It is more on academic issue but not of carbon dating or lab result which is straight forward and clear cut. Therefore, in order to establish the narrative, we need to know the major reasons that lead human to travel from one point to another, from one continent to another, from north to south, from west to east and so on. We found out that the major reason was trade and wealth. It was known that Spice Route began 5000 years ago, Maritime Silk Route more than 2000 years ago, Cinnamon Route about 4000 years ago. All those route was about trade and wealth, and one thing in common, it was all about Southeast Asia and Straits of Malacca while Bujang Valley, Teluk Kedah Tua, Sungai Batu was the strategic zone as entry and exit point.
Almost hundred years ago, Shroder (1928), a German scholars have shown an evidence of Phoenician contact in north Sumatera in 7th century BC. Shroder wrotes about the the identical of Phonecian letters and the Bataks. Phoenician was a great seafarer who control almost all trading ports in Meditterranean. What have made the Phoenician traces found in north Sumatera if not because of trades and wealth. Years ago,an Indonesian personality talk about Armenian in Sumatera, but we think what he meant was Aramean, the people who spoke Aramaic, not Armenian. Aramaic language rooted from Phoenician where both were Semitic. Rejang letters in Sumatera also said to have semitic influence. We are not the expert, and still searching for strong clues and evidence pertaining to the subject.
Taylor (1976) also explained how the Phoenician involve in commodity that came from SeAsia and bring them into Red Sea, Levant and Meditteranean. Cassia, clove, camphor, agarwood was among popular commodity from SeAsia that reached as far as Levant and Mesopotamia. Seland (2014, 2016), Hoogervorst (2015) also mentioned the significant of Spice Route, Cinnamon Route and SeAsia maritime supremacy thousands of years ago in trans-oceanic and inter-continent trade.
Seland (2005), explainimg the influence of Malayo-Polinesia language that spoken by Malagasy people, the native of Madagascar Island. People from SeAsia came to Madagascar in two waves, first, during the establishment of Cinnamon Route in 2nd millenium BC and second wave during Srivijaya time. The Srivijaya armada came to Madagascar as invasion campaign but only to found out that the people of the island speaks the similar language with theirs.
Therefore, to uncover the hidden history of Sungai Batu, Bujang Valley, we have to look from broader perspective, it was not a strange thing to realise that Kedah Tua, Bujang Valley played an important role 3 or 4 thousand years ago.
As we know Sungai Batu producing iron ingot, the searching could lead us to find out what was actually happened 2800 years ago in Malay Peninsula.
As we know, Sungai Batu was an iron ingot exporter, the searching could lead to other civilised nation that requires great amount of iron for their armament.
As we know the existence of wharves, large bay and ports in Kedah Tua, the searching could lead to inter continental maritime trade that involved several renowned polities, countries and civilisations. The searching also lead us to navigation knowledge and ship building.
As we know the Malay Peninsular and Islands of SeAsia rich with spices, aromatic and exotic item, the searching could lead to the pharaoh, kings, emperor, kaiser, kisra courts. The searching could also lead to diplomatic affair, alliance and hostile among the states and nation.
It was no strange to acknowledge that Kedah Tua was a great kingdom, there was a civilisation exist at least 2800 years ago. Civilisation that begins in Sungai Batu was the birthplace of Kedah Tua kingdom.

Copy and paste: 21 August 2022 > 23 Muharam 1444H: 9.14 am